Quote...

Monday, January 30, 2012 marina 1 Comments















CC: book of quote...

1 ayat cinta:

knpe aku join blogging??

Monday, January 30, 2012 marina 0 Comments

ok menjawab soalan di atas ye.. kenapa aku blogigng?? sejak bler??


  1. sebab kan.. dlu2 aku mase mule2 menjinakkan diri dlm blogging2 nie aku mcm terpengaruh sket la ngan org2 yg ader blog.. cambest jer aku tgk blogging nie.. so, aku pun join la...
  2. sebab kedua.. ok dlu aku mmg bsn gler.. keje pun bsn.. so, blogging nie tmpt aku meluahkan perasaan.. tmpt aku bercerita.. tp since aku da msuk blaja balik aku rase mase aku sgt terhad.. dgn internet yg mcm harem lembab kan.. so. tiap kali aku taip2.. aku blur.. di tambah pulak masa tu tak mengizinkan plak.. sbb tue agak lmer aku nk hupdate blog nie.. weeee....
  3. honestly aku join blogging nie sbb duet.. weweeeee... yerla.. aku tgk blog org nie.. dia wat blogging as side income.. mcm best gak.. wat sjer.. pastu dpt wet.. so, aku pun wat.. but bler da wat.. aku rase susah sbnrnya.. yerla nk dpt wet pun  kena la ader yg baca blog kter.. everytime.. everyday.. orang pgi blog kter.. bace.. then baru org tue klik kt iklan kter.. lg satu kalu ko nye story xbest.. sape nk pg blog ko.. yer tak?? so, aku rase susah jgak la.. di tmbah aku nie bkn byk idea pun.. melalut tue bley la.. so, lmer2 aku mcm bsn.. then aku stop jgak dlu,.. but now aku cuti nie bsn tak watpe.. so, i start blik blogging..  
  4. owh.. aku blog da lmer..since mac 2009.. dan da pnh la rase duiet nuffnang dkt rn 2++ something la.. aku cashout kan mase dlm 2010 mcm tue la.. lmer jgak aku nk tggu mencecah angka tue.. dgn penuh kesabaran tau.. hihiih ...


papepun sebenarnya blogging nie best kalau kena cara..  ok la.. 


enjoy reading :)

0 ayat cinta:

Pelihara lembu dah macam pelihara kucing

Saturday, January 28, 2012 marina 0 Comments

Pelihara lembu dah macam pelihara kucing









hihiih.... :P

0 ayat cinta:

kekasih biasa vs kekasih sejati..

Saturday, January 28, 2012 marina 0 Comments

KEKASIH BIASA: hanya ingat senyum pada wajah kamu..
KEKASIH SEJATI: selalu ingat senyum & tangis pada wajah kamu..

KEKASIH BIASA: tidak suka kamu menghubunginya ketika dia sedang tidur
KEKASIH SEJATI: tidak kisah bile2 pun..asalkan..kamu menghubunginya..

KEKASIH BIASA: selalu mendoakan kebahagiaan kamu..
KEKASIH SEJATI: selalu mendoakan kebahagiaan kamu,dan berusaha untuk membahagiakan kamu.

KEKASIH BIASA: setiap detik menunggu panggilan daripada mu..
KELASIH SEJATI: setiap detik akan menghubungi kamu..

KEKASIH BIASA: melihat semua yg telah dia korbankan untuk mu
KEKASIH SEJATI: melihat semua yg telah kamu korbankan untuk dirinya..

KEKASIH BIASA: ingin kamu di samping menemaninya selalu..
KEKASIH SEJATI: sentiasa mengharapkan dapat mendampingi kamu selamanya..

KEKASIH BIASA: selalu bertanya kepada kamu,mengapa kamu buat dia bersedih..
KEKASIH SEJATI: selalu bertanya pada dirinya sendiri..apakah dia selalu membuat kamu bersedih.

KEKASIH BIASA: berfikiran bahawa perpisahan adalah cara terbaik menyelesaikan masalah.
KEKASIH SEJATI: berfikiran bahawa perpisahan bukanlah penyelesaian terbaik..dan dia akan berusaha untuk menyelamatkan hubungan dengan menggunakan alternatif lain..Kekasih Sejati hanya akan meredhakan perpisahan  setelah sgala usaha untuk mengharmonikan semula hubungan telah gagal...andai perpisahan itu mampu membuatkan pasangannya lebih bahagia..dia terima perpisahan itu dengan hati yang terbuka..walaupun perpisahan itu menyakitkan dirinya..!!

KEKASIH SEJATI: sangggup berhadapan dengan kekecewaaan, asalkan kekecewaan yg dialaminya itu mampu memberi kebahagiaan kpd kamu..sanggup menanggung penderitaan,& kesengsaraan, asalkan kamu bahagia..kebahagiaannya adalah setelah melihat kamu bahagia...

CINTA SEJATI..Tak Bertambah Disebabkan Kebaikan..Tak Berkurang Disebabkan Keburukan..
CINT SEJATI..Sukar Ditemui..Tetapi Tak Mustahil Untuk Dimiliki..

0 ayat cinta:

macaroon ohh macaroon..

Saturday, January 28, 2012 marina 0 Comments

tetibe nk makan macaroon la.. hihih
sedap kan..
aku sebenarnya ader niat jgak la nk wat..
tp malangnye umah aku oven pun xder..
jdik niat terbantut la.. hohoho
xperla.. beli jer yg ready made punye..

kasi layan gambar2 macaroon...


tgk warna warni mcm nie mcm besh jer..






comel kan.. hihihi



kalu aku dpt free byk mcm nie.. wooo heavennn.. hihihi

tp kan xsume kedai yg wat macaroon nie sdp.. pnh aku beli kat The Garden Mid Valley.. sebijik rm10.. besar mcm wet syiling 50 sen.. tp xsedap.. sbb byk sgt butter...sgt rapuh.. xbest..


tmpt len yg aku rase best.. kt klcc.. kt mid valley kt area kdai2 makan byk.. situ sdp.. harge pun xder la smpai rm10 seketul.. puas aty gak la.. xderla rase sesal jer.. hihihi... papepun aku suke macaroon perisa coklat n strwawberry jer.. ngat nnti kalu kawen nk wat hantaran la.. hihihi.. berangan lebeh.. ok la..


enjoy reading :)

0 ayat cinta:

avenged sevenfold dear god with lyrics

Saturday, January 28, 2012 marina 0 Comments

currently i addicted to diz song... muahahhaha... love it <3




A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love
Purpose hard to find
While I recall all the words you spoke to me
Can't help but wish that I was there
Back where I'd love to be, oh yeah

Dear God the only thing I ask of you 
Is to hold her when I'm not around
When I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again, oh no
Once again

There's nothing here for me on this barren road
There's no one here while the city sleeps
And all the shops are closed
Can't help but think of the times I've had with you
Pictures and some memories will have to help me through, oh yeah

Dear God the only thing I ask of you is
To hold her when I'm not around, 
When I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

Some search, never finding a way
Before long, they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in, to selfish ways
And how I miss someone to hold
When hope begins to fade... 

A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love 
Hope is hard to find

Dear God the only thing I ask of you is
To hold her when I'm not around, 
When I'm much too far away
We all need the person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

0 ayat cinta:

10 PETANDA DIA JODOH KITA…

Friday, January 27, 2012 marina 0 Comments

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya

0 ayat cinta:

Pelamin anganku musnah...oh no!

Friday, January 27, 2012 marina 0 Comments

Perkahwinanku... -
01-16-2008, 02:05 PM


Hujan turun dengan lebatnya justeru itu juga menandakan berakhirnya pesta majlis perkahwinan antara Alia dan Jefry. Kebanyakan tetamu semuanya sudah pulang.

Ramai saudara mara Jefry yang menyertai langkah mereka ke kamar pengantin pada malam itu, sambil tersenyum dan berbisik sesama sendiri seolah olah mengusik kedua pengantin baru tersebut. Tetapi tidak demikian dengan expresi wajah Alia. Alia nampak tegang, gugup bahkan kelihatan sedikit ketakutan berbanding dengan Jefry yang kelihatan tenang sahaja.

Perkahwinan ini bukanlah kehendak hati Alia dan Jefry. Bahkan sebelum ini sebenarnya mereka tidak pernah bersua muka apalagi berkenalan antara satu sama lain. Ia adalah keinginan kedua orang tua mereka masing masing. Bagi mereka berdua, sebagai anak kepada seorang ahli korporat yang terkenal di kalangan masyarakat Singapura seperti keluarga mereka itu, mereka berdua tidak mampu menolak keinginan kedua orang tua masing masing demi maruah keluarga.

Tetapi bukan sebab perkahwinan itu sebenarnya yang menggelisahkan hati Alia, bukan juga karena keperibadian Jefry, yang dilihatnya sangat kacak, tenang, ramah, lembut, bahkan teramat lembut, tetapi sebaliknya Alia amat takut dan bimbang dengan keadaan dirinya sendiri. Ada rahsia yang tersembunyi disebalik raut wajahnya yang ayu itu. " Maklumlah, baru pertama kali..." Ibu Alia berusaha menenangkannya sepanjang siang tadi, namun tidak berhasil, Alia tetap juga berwajah sugul.


Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Suasana di luar yang tadinya kedengaran begitu riuh rendah sekali dengan suara saudara mara Jefry, tiba tiba bertukar menjadi senyap dan sunyi. Barangkali mereka semua sudah tidur, fikir Jefry. Di kamar, pengantin nampaknya kekok, kaku dan begitu sepi sekali. Tiada komunikasi antara keduanya.

Jefry kelihatan sangat tenang sekali, tetapi sebaliknya Alia terus menerus kelihatan gelisah, masih terbayang lagi di benak fikirannya akan pengalaman buruknya yang telah merenggut kegadisannya! Hal itulah yg terus membelenggu fikirannya, dia tidak berkesempatan menceritakan hal yang sebenarnya kepada Jefry, lagi pun Alia merasa takut.

Memang tragedi itu bukan kehendaknya, dia menghadiri satu pesta ulangtahun kawan baiknya, Sally. Kamal, kawan sekerjanya, lelaki yang dianggapnya paling baik ternyata adalah lelaki yang paling buas. Kamal telah memberinya ubat tidur ketika dia mengadu sakit kepala hingga secara tidak sedar Alia telah menyerahkan kegadisannya kepada lelaki keparat itu yang sehingga kini hilang entah ke mana. Sejak peristiwa itu Alia jadi takut, bingung, sedih dan macam macam lagi perasaan yang menghantui dirinya.

Tiba tiba lamunan Alia terhenti. "Abang lihat sejak dari tadi Lia termenung, kelihatan gelisah saja. Macam ada sesuatu yang Lia fikirkan dan sembunyikan dari Abang," tenang Jefry bertanya memulakan bicara pada malam yang indah itu. Apa... Lia tak suka Abang?" soal Jefry lagi. "Bukan, bukan itu, sama sekali bukan." Alia masih cuba menyembunyikan lagi perasaannya. "Cuma Lia belum biasa dengan Abang," balas Alia lagi.

Mereka memang belum pernah kenal antara satu sama lain, kerana sudah bertahun tahun lamanya Jefry menetap di Amerika. Cerita tentang Jefry hanya sedikit sahaja yang Alia tahu, itu pun Ibunya yang memberitahunya. Kata Ibu Alia, Jefry baik orangnya, kaya raya dan berpangkat. Hal itulah yang membuat Alia bertambah takut, was was dan cemas sekali.

"Alia! Lia tahu tak yang abang sudah biasa hidup di negeri yg sangat bebas pergaulannya antara lelaki dan perempuan, bersikap terbuka, tak perlulah Lia malu malu lagi dengan Abang. Abang tahu pernikahan kita ini adalah pilihan orang tua kita, itu sudah pasti, tapi budaya kita, menghendaki Abang untuk menghormatinya dan sanggup mengambil risiko dari sebarang keputusan yang Abang buat" Jelas Jefry dengan panjang lebar.

"Lia tahu, tapi tidak mudah bagi Lia untuk memahami Abang dalam waktu yang sesingkat ini. Bagilah Lia sedikit masa lagi" jawab Alia dengan lembut. "Apakah Abang kurang menarik untukmu?" "Bukan itu masalahnya, Lia sudahpun menerima Abang, sejak kita diijabkabul siang tadi, cuma...." "Cuma apa? masalah kegadisan?" Tersentak Alia mendengar pertanyaan yang terpacul keluar dari mulut suaminya itu.

Ini membuatnya bertambah tambah gelisah, malu, takut dan macam macam lagi perasaan yang datang ketika itu. Dadanya juga semakin berdebar. "Jangan bimbang, Abang sudah biasa hidup di Amerika, hal itu bukanlah menjadi hal utama dan terpenting bagi seorang gadis.."

Nyaris saja Alia tersedak kerana terkejut mendengar kata-kata Jefry itu. Bagaimana Jefry boleh meneka dengan cepat dan tepat sekali. Hairan Alia memikirkannya. Alia terdiam seketika.

Jefry meneruskan kata katanya, "Tentu Lia terperanjat bukan! macamana Abang boleh tahu tentang kejadian itu. Kamal, lelaki yang telah memperkosamu itu adalah kawan baik Abang semasa kami sama sama belajar di Amerika dulu." secara tidak sengaja Jefry menceritakan tentang perkara itu, tetapi tiba-tiba dia menyesal sekali. "Ah....... kenapa begitu lancang sekali mulut aku pada malam bersejarah ini." Jefry berkata dalam hati.

Hancur hati Alia disaat itu, rahsia yang bertahun-tahun disembunyikannya telah terbongkar oleh suaminya sendiri. Alangkah sedihnya Alia. Tiba tiba air matanya mengalir deras membasahi pipinya yang gebu itu.

"Lia, setiap orang mempunyai rahsia masing masing, setiap orang ingin dipandang suci, bersih, baik tapi itu semua tidak mungkin dapat mengubah kenyataan hidupnya, demikian juga dengan Abang..." terputus di situ sahaja cerita Jefry.

Dengan penuh keraguan Alia menatap wajah Jefry. "Kenapa dengan Abang? sudah ada isteri? sudah ada anak? atau..... ada gadis lain yang Abang cintai?" tanya Alia bersungguh sungguh.

Jefry menghela nafas panjang, " Lebih parah dari itu..., Abang sama saja seperti Alia, badan dan tubuh Abang saja nampak lelaki, tapi sebenarnya jiwa Abang, jiwa Abang ....." "Kenapa dengan jiwa Abang, kenapa bang, kenapa...? soal Alia lagi bertalu talu. "Abang "GAY", Abang "GAY" Alia." Masyallah! tiba tiba sahaja dunia terasa gelap. Badan Alia bertukar menjadi begitu lesu sekali, Betulkah apa yang aku dengar ini, bisik Alia sendirian. Betul ke apa yang dikatakan oleh suamiku itu?

Alia tergamam.... Jefry yang tampan itu seorang Gay? Gay!Gay!.... berulang kali Alia menyebut kata-kata itu. Suasana hening seketika, masing masing berbicara dengan fikiran masing masing. Alia merasa amat kecewa sekali, lelaki yang diharapkan dapat membahagiakannya rupa-rupanya seorang Gay.

Malam pertama yang seharusnya indah bagi sepasang pengantin yang 'normal' ternyata hanya bertukar menjadi kepedihan, kesedihan, kepiluan bagi Alia, bukan sahaja suaminya tahu tentang rahsianya, tapi lebih buruk lagi, dia menikahi seorang Gay?! Patutlah Jefry nampak tenang sahaja, sejak siang tadi tanpa sebarang reaksi, tidak resah juga tidak bahagia, rupa-rupanya ternyata dia seorang Gay.

Alia menyalahkan dirinya sendiri, itulah, bila niat untuk berkahwin tidak berasal dari hati nurani sendiri, calon suami atau isteri belum kita ketahui betul betul, hal hal buruk seperti ini memang mudah terjadi. Yang tinggal adalah satu penyesalan dan tangisan yang tiada hentinya.

"Abang, kalau Abang sudah tahu yang Abang ini seorang Gay, kenapa Abang bersedia untuk mengahwini Lia?" dalam tangisan Alia bertanya. Kenapa Abang tergamak melakukan ini semua. Kenapa???" tangisan Alia semakin kuat.

Dengan rasa bersalah Jefry menjawab,"Abang hanya menurut kehendak mak ayah Abang! Abang sangat sayang pada keduanya...."

"Sekarang bagaimana? tak kan kita hendak terus hidup berpura pura begini semata mata hendak menjaga hati orang tua kita?" "Entahlah, Abang pun tak tahu. Tapi Abang rasa elok kalau Lia ikut Abang balik ke Amerika, di sana kita boleh fikirkan tentang masalah kita ini, lagipun bukankah menurut hukum islam, Lia sudah sah menjadi isteri Abang? Mungkin kita tidak menikah secara fizik, secara badani atau pun emosi, tapi ada hukum yang telah mengikat kita berdua. Abang tidak ingin melihat kedua-dua orang tua kita kecewa disebabkan keputusan yang kita ambil... Kita harus bijak Lia."

Keadaan kembali sunyi. Kamar pengantin yang dihiasi indah sudah tidak bermakna lagi buat Alia. Alia sudah kecewa dan dia tidak pasti lagi apakah esok masih ada!!! Pelamin anganku telah musnah sama sekali........


p/s: Oh nO!!! huu..kdg2 kawen tanpa cinta dgn org yg kte lgsg  x knl pon susah jugak..silap2 jd cmni..mntk dijauhkan la..

CC: Syuhada Sukry 

0 ayat cinta:

35% Lelaki Di Brazil Melakukan Hubungan Seks Dengan Haiwan!!! gler r..

Friday, January 27, 2012 marina 0 Comments

kalau betul la.. memang gler.. sampai ke binatang pun sggup.. nafsu xkire sape.. layan artikel nie..

Sebuah kajian baru menemukan kalau 35% lelaki dari pedesaan Brazil pernah melakukan hubungan seks dengan binatang termasuk kuda, lembu, babi dan ayam. Dan kajian ini juga menemukan bahawa lelaki yang berhubungan seks dengan haiwan dua kali lebih rentan terkena kanser penis.


Dari sebanyak 492 orang mengambil bahagian dalam kajian mulai usia 18-80 tahun. Dan pasukan ahli urologi dari Brazil yang terlibat dalam projek penelitian, melihat adanya faktor risiko untuk kanser penis pada lelaki.Dan lelaki yang berhubungan seks dengan binatang selama hidup mereka dua kali atau lebih mungkin terkena kanser penis. Selain itu indikator tinggi terkena penyakit kelamin yang menular akibat kebiasaan menjijikan ini.


Dari 492 lelaki yang mengambil bahagian dalam studi ini, 118 adalah pesakit kanser penis. Sebanyak 45 peratus dari mereka yang menderita kanser menceritakan bagaimana mereka telah berhubungan seks dengan binatang. Cuba bandingkan dari kajian pada 32 peratus dari lelaki sihat. Sebanyak 59 peratus lelaki yang berhubungan seks dengan binatang melakukannya selama satu sampai lima tahun, sementara 21 peratus melanjutkan perilaku, juga dikenal sebagai zoophilia, selama lebih dari lima tahun.



Subjek melaporkan frekuensi untuk tindakan seks mereka, mulai dari bulanan hingga harian.
Seorang ahli bernama Stjnio de Cassio Zequi, seorang urologi di Sao Paulo, mengatakan pada kajianya adalah yang pertama untuk menghubungkan perilaku zoophilia untuk kanser kelamin laki-laki.


Dia mengatakan bahawa jika seorang lelaki memiliki hubungan seks dengan haiwan itu boleh menghasilkan trauma pada jaringan penis manusia. “Selaput lendir kelamin haiwan dapat memiliki karakteristik yang berbeza dari alat kelamin manusia, dan sekresi haiwan berbeza dari cairan manusia. Mungkin jaringan haiwan kurang lembut dari kita, sekresi haiwan ini akan menjadi racun bagi kita.”




CC: http://www.kakilepakz.com



0 ayat cinta: