Ramadhan 1432H

Sunday, July 31, 2011 marina 0 Comments

Marhaban Ya Ramadhan.. Selamat Datang Bulan Suci.. Namamu Senantiasa Di Hati.. Kedatanganmu Selalu Dinanti.. Fadhilah & Ganjaranmu Ramai Dicari.. Ibadahmu Diberkati.. Dan Kepergianmu Ditangisi.. Salam Ramadhan kepada semua Muslimin & Muslimat..







‎'''' 人
(___)
. ┃口┃
. ┃口┃
. ┃口┃     ★
. ┃口┃     ''''人
. ┃口┃   '''''(_____)     .人
. ┃口┃  '''(__________)   '(____)   人
. ┃口┃____╭━━━━━╮_____'|_口|______

. ┃╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮ |三||╭╮╭╮ ||
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ ||
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ ||
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ ||
♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸.•* ♥♥`*•.¸¸.•* ♥♥`*•.¸¸.•
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak :)
♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸.•* ♥♥`*•.¸¸.•* ♥♥`*•.¸¸.•

0 ayat cinta:

Khairul Fahmi Nekad Putus Tunang!

Sunday, July 31, 2011 marina 2 Comments

nie aku amik dr blog nie.. SUMBER.. just nk share jer kt sume blog readers yer..






KUALA LUMPUR- Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai.
Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.
Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.
Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.
Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.
“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.
Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.
Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.
Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.
Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?
Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.
Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.
Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.
Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.
Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.
Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.
Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.
Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”
INFO
NAMA: Khairul Fahmi Che Mat
ASAL: Kelantan
UMUR: 22 tahun
PENCAPAIAN: Anugerah Penjaga Gol Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010 dan Anugerah Pemain Muda Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010
# Memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak apabila menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Piala Presiden (bawah 21 tahun) sebagai penjaga gol pada 2006
# Selama lima tahun menjadi penjaga gol pasukan Piala Presiden, Khairul Fahmi akhirnya menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Liga Super
# Pada 2010, Khairul Fahmi dipilih Datuk K Rajagopal untuk mewakili pasukan negara yang menjuarai Piala AFF Suzuki
# Ketika kariernya mendaki puncak, Khairul Fahmi membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis pilihan hatinya, Elia pada 17 Mei lalu.
# Tidak lama selepas itu, percintaan mereka dilanda badai apabila pelbagai kontroversi panas dikaitkan dengan pasangan ini
# Kelmarin (29 Julai 2011), Khairul Fahmi membuat keputusan memutuskan pertunangannya (Harian Metro)

2 ayat cinta:

kelebihan solat sunat terawih...

Friday, July 29, 2011 marina 0 Comments

Kelebihan Solat Sunat Tarawih... 

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan

.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.



3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.



4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.



5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.



6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.



7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.



8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.



9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.



10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.



11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.



12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.



13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.



14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.



15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.



16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.



17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.



18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).



19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.



20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.



21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.



22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.



23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.



24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.



25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.



26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.



27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.



28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.



29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.



30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

0 ayat cinta:

lagi 2 hari ramadhan akan menjelma..

Friday, July 29, 2011 marina 0 Comments

salam.. hye uols..

diam tak diam.. kter lagi 2 hari jer lagi nak berpuasa kan.. wah.. sekejap jer masa berlalu.. puasa tahun lepas aku puasa kat umah sewa.. tapi puasa tahun nie aku berpuasa di rumah.. yerla.. tengah cuti sem kan..

so, betul2 tak sabar la nak puasa.. hehehe.. pastu raya.. hehehee.. sapa tak suke raya kan.. sume orang suka raya.. sebab dapat makan2 sedap.. dapat jumpa sedara mara jauh dekat.. dan juga dapat wet raya.. weeewwiiittt.. hehehe..

aku memang hepi jgak nak menyambut puasa nie.. yerla.. aku tengah berazam untuk kuruskan badan.. kalau boley aku nk badan macam masa aku sekolah dulu.. berat pun dalam 52kg jer.. hehehe.. xper.. skunk berat aku 55 kg.. xper.. ada sebulan nk trnkan.. hehehe.. jgn masuk raya lari diet aku.. hihihih..

dan yang paling aku gembira.. puasa tahun nie aku ada orang yang tersayang disisi aku.. heehhee.. aku berdoa hubungan ktorg kekal sampai ke jinjang pelamin.. papepun tunggu aku abis blaja dlu yer.. hehehe.. insyaallah hujung tahun depan aku abis belajar.. pastu trus crik keje.. kumpul wet.. hujung tahun kawen.. insyaallah.. sume tue perancangan jer.. kter merancang tuhan yang menentukannya.. :)

apapun lagi 2 hari nk berpuasa.. yeahhh!!! hehehe

0 ayat cinta:

genting owh genting..

Wednesday, July 27, 2011 marina 0 Comments

salam uols sume...

mggu lepas kan.. jumaat dan sabtu aku ngan family aku g bercuti.. tak jauh mner pun.. dekat jer.. kt genting jer.. 2 hari 1 mlm..

seronok dan best sgt2.. hehehee

cite nye bermula begini..

pagi tue ktorg nek train trn kl sentral dan pegi ke gombak.. amik pakej bas (pergi balik )+ kabel car + tiket msuk = rm47... murah kan.. kalu beli kt pintu masuk harga dye rm47 gak.. so, better amik pakej.. tp kat sner akak n family dye da smpai dulu.. siap check in hotel.. amik blik superiot deluxe 3 blik..

pagi tue smpai kt kl sentral sarapan sume la.. baru g gombak.. smpai2 tggu bas.. dpt bas trus g genting.. ktorg pegi ari jumaat so, rmi gler pelancong asing..








smpai2 sner.. tggu la akak dtg membawa kami ke hotel tersebut.. ktorg amik first world hotel.. jauh gak la dari first world hotel ke genting hotel tue.. menunggu agak lmer gak la.. dlm setengah jam ada rasenye.. sambil2 tue posing la ape lg.. hehehe



bler da masuk taman tema ape lg masing2 berdesub trus.. sonok2.. best2... tp yg xbestnye kena beratur.. hahaha.. pnjang gler.. ditambah lak genting skunk xsejuk sgt la.. bler ader angin jer baru terase sejuk nye.. pastu ktorg kuar makan.. pas makan mak ayah n akak blik bilik.. tp kami ber4 masih meneruskan misi kami.. hhehee.. ktorg pusing2.. amik gmbr.. sume2 la.. kol 7 baru balik bilik.. sbb hari jumaat taman tema tutup kol 7.. ntuk outdoor..























then ktorg balik bilik hotel rehat2.. malam tue kuar balik.. g makan sume.. pastu pusing2.. masuk snowworld.. pastu karok sume.. hehehee.. best la sgt..














dan esoknye sabtu ktorg sarapan dan check out blik.. ktorg menghabiskan wet ke permainan game plak.. baru lak balik..






dan ktorg pun pulang.. sebelum balik nilai singgah hospital menziarah pak cik kat hospital.. papepun sungguh best n seronok dpt bercuti berjalan2 bersame family.. lmer xmcm tue..  hehehe.. :)

0 ayat cinta:

seminar memperkasakan generasi muda (SMGM) UiTM shah alam..

Saturday, July 09, 2011 marina 0 Comments

hye uols.. salam... pe khabar sume.. harap2 shat2 sume nye yer..

oh ye.. minggu lepas dari 28-3 julai aku berada di uitm shah alam sempena program seminar memperkasakan generasi muda (smgm)..

aku dipilih dan dioffer untuk menjadi mentor kepada pelajar-pelajar SPM dan STPM yang datang dari parlimen sembrong dan pekan..

program stat ari jumaat.. to ktorg kena kursus dulu.. rabu-khamis.. jumaat-ahad program tue berlangsung.. seronok, penat dan macam2 pun ada.. apepun memang enjoy la..

aku dapat 5 orang adik angkat.. yang mana 2 org cina.. sorg anak org asli dan 2 melayu..

masa nak balik sume sedey jer nak tinggalkan uitm.. baru 3 ari bersama.. kalu 3 mggu.. atau 3 bulan xtau la mcmne.. mesty lagi susah nak berpisah.. hihihih..

papepun satu pengalaman baru la bagi aku.. dapat jgak aku join program Uitm anjuran MPP Uitm.. seronok.. if ader program lg pasni aku memang nak join la.. lagi2 di buat waktu cuti sem kan.. memang masa aku banyak terluang.. hehehee

kat sini ader sket gmbr aku letak sepanjang program seminar memperkasakan generasi muda (SMGM)..









0 ayat cinta: