Magika

Sunday, September 26, 2010 marina 1 Comments




Filem Magika
Tarikh Tayangan : 23 September 2010 ,
Pelakon: Ziana Zain, Ning Baizura, Maya Karin, Aznil Nawawi, Raja Azura, Datuk Jalaluddin Hassan, Ogy Ahmad Daud, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Adibah Noor, Saiful Apek, Senario, Vanidah Imran, Nabil Raja Lawak, Ruminah Sidek, Norman Hakim, Zaibo, Marsha dan ramai lagi.
Sumber : sinemamalaysia



Sinopsis Magika

Magika berkisar kepada pengembaraan fantasi pasangan adik-beradik Ayu lakonan Diana dan Malik (Fimie). Mereka dilanda kesedihan selepas kematian ibu mereka (Ogy Ahmad Daud). Malik berasa lebih tertekan kerana memikirkan dia sebagai punca kematian ibunya. Ketika merajuk, Malik membawa diri ke tepi hutan pada waktu senja dan tiba-tiba masuk ke alam Magika.

Lalu bermula perjalanan fantasi dua beradik itu yang berdepan pelbagai cabaran lucu dan menakutkan. Dalam pengembaraan itu, mereka berjumpa banyak watak dongeng seperti Mahsuri, Pak Pandir, Badang, Orang Minyak, Hang Tuah, Bawang Putih, Bawang Merah dan Nenek Kebayan yang berhati kejam.

Filem komedi fantasi dan muzikal ini turut dibintangi bintang-bintang ternama, Badang (Mawi) , Bawang Putih (Amani), Bawang Merah (Aleya) , Hang Jebat (Lan Pet Pet), Hang Tuah (Saiful Apek) , Nenek Kebayan (Ziana Zain), Puteri Gunung Ledang (Ning Baizura) , Pak Pandir (Aznil), Mak Andeh (Raja Azura), Orang Minyak (Nabil), Mahsuri (Vanida Imran), Puteri Santubong (Marsha), Lembing Awang Pulang Ke Dayang (Norman Hakim), Nujum Pak Belalang (Zaibo), Penunggu Gua (M. Nasir) dan Puteri Bunian (Maya Karin) .




Ayu and Malik, two sibblings is going through their darkest moments of life when their beloved mother just passed away. Malik feels so depressed believing he was the main cause of his mother’s death. During one of the evenings after a fight with his sister, Malik left to take a stroll in the forest. On and on he went until he realised he was lost and the next very moment, he appeared in another dimension called Magika.

Not only had he gotten himself lost, he was captured by a Nenek Kebayan and her follower, Awang Kenit. He is now subjected to be used as an experiment by the Nenek Kebayan to produce Essence of Youth made of human child’s tears. Upon hearing Malik’s cries for help, Ayu rushed to help her brother and she too is sucked in the Magika mystical land.

Ayu had to endure various types of challenges and obstacles in finding and to save her brother in her journey in the Magika world. And so begins the encounters of both the siblings with famous Malay heroes and myths like Badang, Dragon of Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Pak Pandir, Hang Tuah and the Warriors of Melaka, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih and a lot more characters. The irony of it, all these characters actually sing in their conversation with each other!

Will Ayu be able to rescue Malik and leave the mystical land of Magika? What happens to Badang, Nenek Kebayan and other characters in Magika? Will Malik be able to overcome his dilemma over his mother’s death? Come and watch Magika the movie which is destined to be a phenomenal in the local filming industry while already setting a record to be the first local musical movie and it will be reaching our cinemas in 2010.


Download Ost Magika - Sebuah Muzikal Edry Abdul Halim [2010]
  1. http://rapidshare.com/files/406711263/Ost_Magika_-_Sebuah_Muzikal_Edry_Abdul_Halim__2010_Rip_By_Karl_jiwang.ws.rar
  2. http://www.megaupload.com/?d=4673O6HH
  3. http://hotfile.com/dl/54587354/86d9497/Ost_Magika_-_Sebuah_Muzikal_Edry_Abdul_Halim__2010_Rip_By_Karl_jiwang.ws.rar.html
01. Maya Karin - Magika
02. Maya Karin - Gerbang
03. Aznil Hj Nawawi ft Diana Danielle - Baik Kau Pulang Segera
04. Raja Azura - Baik Kau Pulang Segera (Interlud)
05. Mawi & Diana Danielle - Kehilangan
06. Ning Baizura - Asal Menjadi Cantik
07. Ziana Zain - Rahsia Awet Muda
08. Mawi & Diana Danielle - Senyummu Lagi
09. Mawi,Ziana Zain,Diana Danielle & Fimie Don - Siapa Lebih Berkuasa
10. KRU - Kita Bersaudara
11. Diana Danielle,Fimie Don,Dato' Jalaludin Hasan & Oggy - Tidur Dahulu
12. Syarifah Aleya,Sharifah Amani,Adibah Noor,Ziana Zain & Mohd Afiq Fikri - Mana Nak Lari
13. M.Nasir,Mawi,Diana Danielle & Fimie Don - Naga Tasik Chini
14. Mawi & Diana Danielle - Penyembuh Rindu
15. Barisan Pelakon Magika - Selamat Tinggal Magika




MAWI ft DANIA DANIELLE - Penyembuh Rindu [OST Magika]
Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi kupun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu

1 ayat cinta:

SAYANG, IZINKAN ABANG....

Wednesday, September 15, 2010 marina 1 Comments

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang. "

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.


---------------------------------------------------------------

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.


Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

1 ayat cinta:

Drama Asmara (TV3)

Monday, September 13, 2010 marina 0 Comments




Sinopsis Drama Asmara (Budiey.com)

Bermula: 31 Ogos 2010,
Hari: setiap Selasa
Masa: 9.00malam.
Episode: 13 episod
Pelakon: Faezah Elai, Shaz Jazle, Faralyna, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi


Drama Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah.

Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).

Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.

Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawaZaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.

Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.

Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.

Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati? Saksikan konfik cinta mereka di Lestary: Asmara mulai 31 Ogos 2010, setiap hari Selasa jam 9.00malam.



Lirik Lagu OST Drama Asmara (TV3) – Menyesal (Sixth Sense)
Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri
Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku
Hanya dirimu
Tulus cintaku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

0 ayat cinta:

Drama Chinta mengantikan Drama Epilog Syurga Cinta (TV3)

Monday, September 13, 2010 marina 0 Comments



Drama Chinta [TV3 - AKAN DATANG]
slot : Akasia (TV3)
Hari : Isnin hingga Khamis
Masa: 6.30
Tarikh Tayangan : Hujung September 2010
Masa Tayangan : 10 malam
Sumber : my.metro & zon artis

Drama Chinta mengantikan Drama Epilog Syurga Cinta (TV3) menemui penonton pada hujung September depan ini menerusi slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang selama sejam mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.

Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri l(akonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.

Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.

Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.

Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.
Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.

Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.

Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).

0 ayat cinta:

raya 2010..

Monday, September 13, 2010 marina 0 Comments

salam uols..
selamat hari raya aidilfitri kepada semua blogger2 ea..

hari nie raya ke 4.. kejap jer kan da raya ke 4..
mcmne ngan raya uols sume.. ader seronok??

raya aku kali nie seronok la jgak.. hehe..
sebab aku msih dapat duet raya.. jeng jeng jeng.. hehehee

mcm selalu raya pertama balik tampin..
raya umah sedara2 mara kat tampin.. petang balik nilai..

raya ke 2 balik johor.. da tentu sempat pekena mee bandung muar.. hehee
then raya umah sedara2 mara kat johor..

raya ke 3 dan raya ke 4 kat umah jer..
sedara2 mara datang raya kat umah..

emm aku belum g raya ngan kawan2 aku nie..
maybe raya ke 7 kot..
apepun tema aku kali ini kaler purple..hehee..

juadah raya mcm biasa rendang, kuah kacang, ketupat dan kari ayam..
k la see next entry.. layan gmbr kt bwh ea..







gmbr raya banyak.. tp letak kt sini sket cukupla.. hehee.. apepun raya sebulan..
marilah kter berkunjung ke rumah saudara mara kita dan rakan2 taulan kite..
selamat hari raya..

0 ayat cinta:

cuti...

Saturday, September 04, 2010 marina 0 Comments

salam..
selamat berpuasa..
emm lamer rasenye tak update blog..

dalam 3 mggu puasa nie macam2 kena setel..
exam, asaiment, presentation..
asaiment individu baru setel..
naik raya nanti asaiment grouping plak menyusul..
tinggal sebulan jer lagi nak final exam..

sangat pack dan rush la sem nie..
apepun sgt seronok dgn kesibukan mcmnie..

tinggal seminggu jer nak raya..
tak sabar nk raya..

0 ayat cinta: