Mentor 4: Mas Idayu-Shaq Kecundang

Monday, June 07, 2010 marina 0 Comments

Meskipun dipuji para juri yang terdiri daripada Lah Ahmad dan Edry Abdul Halim sebagai memiliki 'tone' suara yang menarik dan unik, namun itu tidak mencukupi untuk memastikan Shaq, protege Mas Idayu, dapat melangkah ke pusingan separuh akhir pertandingan Mentor 4.

Selepas tiga konsert, jumlah markah yang mampu dikumpul Shaq hanya 96, ekoran daripada persembahannya yang lemah ketika konsert kedua dan konsert ketiga yang baru berlangsung sebentar tadi, dimana dia hanya perolehi 27 markah dari setiap konsert. Berlainan sekali dari konsert pertama dimana dia memungut markah tertinggi dengan 42 markah.

Pada malam ini, Shaq ternyata cuba menebus kesilapan yang dilakukan di konsert kedua. Namun dengan masalah 'pitching'-nya dan suaranya yang belum lagi cukup mantap, Shaq menjadi mangsa penyingkiran pertama Mentor musim empat. Malah  kehadiran Black, juara Mentor 3 yang juga protege Mas Idayu sebelum ini, sebagai teman duet juga gagal membantu Shaq apabila terpaksa bergelut dengan masalah teknikal, gara-gara mikrofon-nya tidak berfungsi.

Ini bermakna Ila, protege Joe Flizzow yang berjaya memungut 105 markah keseluruhan, dan Nani bersama mentornya, Azmeer dengan markah keseluruhan sebanyak 99 markah, akan meneruskan persaingan mereka di pusingan separuh akhir.  

0 ayat cinta: