Diariku Shahir di Astro Ria

Saturday, June 05, 2010 marina 0 Comments

Diariku…Shahir
 
Astro RIA kongsi perkembangan Shahir selepas kemenangan AF8

Selepas menepati ramalan ramai apabila muncul juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) pada pertandingan akhir program realiti televisyen nombor satu negara di Bukit Jalil baru-baru ini, kehidupan Shahir ternyata telah mengenjak ke satu tahap yang lebih tinggi apabila beliau mula memasuki fasa baru dalam kehidupannya iaitu dunia hiburan tempatan.

Astro RIA (saluran 104) dengan bangganya meneruskan inisiatif untuk memberikan hiburan untuk seisi keluarga dengan membawakan sebuah lagi program yang bakal membawa para peminat Shahir mengikuti perkembangan terbaru dan perjalanan Juara AF8 Shahir; bermula dengan kemenangannya sehingga merealisasikan satu tujuan, satu harapan dan satu destinasi menjadi realiti melalui program Diariku…Shahir yang akan bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 10.00 malam bermula pada 6 Jun 2010.

Menurut Pengurus Saluran Astro RIA, Puan Azlin Reza Azmi, “Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga terhadap para peminat Shahir yang telah memberi sokongan padu sehingga membawa kepada kemenangannya, kami membawakan sebuah program yang akan terus mendekatkan peminat dengan Shahir walaupun selepas program Akademi Fantasia berakhir.

Diariku…Shahir yang akan bersiaran selama 30 minit sebanyak lapan episode akan memberi fokus kepada perjalanan sulung Shahir selepas bergelar juara terutamanya semasa proses rakaman album dan lagu singlenya.

Pelbagai gelagat dapat dilihat terutamanya tentang semangat dan kesungguhannya dalam bergelar seorang artis.”

Diariku…Shahir juga bakal melihat Shahir dibimbing oleh pakar-pakar yang berpengalaman dalam mengendalikan kerenah dunia hiburan pada setiap episod. Di antara bidang-bidang yang diberikan fokus untuk membimbing Shahir ialah semasa latihan persembahan, berhadapan dengan peminat, temubual dengan media, pengurusan masa, penampilan dan fesyen, keupayaan untuk berbicara dengan khalayak ramai, promosi album dan tarian dalam persembahan.

Bukan itu sahaja, Diariku…Shahir juga bakal melihat Shahir mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dicuba sebelum dia menceburi dunia hiburan seperti menerbakan pesawat ringan.

Para peminat Shahir juga berpeluang untuk melihat Shahir mencipta sebuah lagu istimewa yang memberi makna istiemwa dalam hidupnya.

Jangan lupa untuk saksikan perkembangan terbaru Shahir melalui Diariku…Shahir pada setiap hari Ahad, jam 10.00 malam bermula pada 6 Jun 2010, hanya di Astro RIA.

0 ayat cinta: