Benarkah Kemenangan 6ixth Sense Dirancang?

Wednesday, June 02, 2010 marina 0 Comments


kemenangan 2 tahun berturut-turut kumpulan 6ixth Sense menerusi lagu paling popular Kemuncak Gah 1 malam tadi menerusi lagu Khatimah Cinta mengundang spekulasi apabila segelintir pihak beranggapan ia adalah keputusan yang dirancang walaupun berulang-kali hos Gah 1, E-One dan Ayeja menyatakan ia dibuat berdasarkan undian penonton.
Sungguh pun begitu, masih ramai yang meragui keputusan tersebut apabila jumlah undian terkini tidak dipaparkan dari saat awal malam kemuncak Gah 1 ini bermula hinggalah saat lagu Tak Mungkin Kerna Sayang nyanyian Alyah diumumkan sebagai juara sedangkan pihak produksi sudah pun berjanji untuk berbuat demikian.
Lebih menimbulkan tanda tanya apabila pasangan hos pada malam itu terlupa untuk mengumumkan waktu undian ditutup padahal kedua-dua mereka sudah pun menyebut bahawa mereka akan memaklumkan perkara itu sebelum keputusan pemenang diketahui. Jadi, apakah benar kemenangan Sixth Sense ini adalah satu komplot yang dirancang oleh pihak penganjur?
Menjawab persoalan ini, penerbit Gah 1, Sarena Mohd Salleh berkata tuduhan serta dakwaan tersebut sama sekali tidak berasas dan tidak benar belaka, namun pada masa yang sama dia mengakui bahawa team prolduksinya banyak melakukan kesilapan dari sudut terknikal.

"Terus-terang saya katakan, kami bukan tak mahu tunjuk peratusan undian yang terkini. Tapi, sebenarnya memanbg ada berlaku masalah ternikal yang tidak dapat dielakkan sepanjang malam kemuncak tadi. Kami minta maaf sangat-sangat. Bagi undian untuk lagu paling popular ini, kami telah pun menutup talian undian sebaik saja berkahirnya persembahan yang terakhir tadi.


"Tentang hos yang berjanji untuk memaklumkan tentang perkara itu pula, mungkin ia disebabkan kami sendir terlepas pandang akan hal itu. Memang kalau mengikut skrip, mereka perlu menyatakan hal ini. Apapun, jika benar kami nak menipu, ia tidak logik langsung. Untuk program mingguan, setiap minggu kami ada menyiarkan peratusan undian. Takkanlah dek kerana kesilapan kecil ini orang terus melabelkan kami menipu.


"Sejujurnya, kemenangan 6ixth Sense bukanlah satu keputusan yang dirancang. Lagu Khatimah Cinta jauh meninggalkan 8 lagu finalis yang lain di mana lagu ini menang dengan peratus undian sebanyak 13%. Dari mula program lagi, lagu ini dengan lagu Stacy bersama Adam iaitu Menggegar Dunia bersaing rapat dan sering kejar-mengejar untyuk meraih kedudukan di tangga pertama dan kedua. Ia diikuti dengan lagu Stacy yang satu lagi iaitu Pakai Buang," jelasnya.


Mengulas mengenai kepuasan penganjuran malam tadi, Sarena tidak dapat menggelak dan menyembunyikan perasaan sedikit kecewa gara-gara masalah teknikal yang berlaku sepanjang siaran langsung disebabkan mereka tiada sesi raptai penuh. Begitu juga dengan ketidak serasian E-One dan Ayeja yang dipadukan sebagai hos bersama.


"Untuk skrip hos, kami memang ada penulis skrip sendiri. Dan saya telah mengarahkan mereka untuk mengikut skrip. Mungkin sebab itulah penonton asyik melihat mereka berdua kerap mengulangi skrip yang sama berikutan kekerapan mereka menegaskan keoada penonton supaya tidak lupa mengundi untuk kategori lagu paling popular bagi setiap segmen.

"Begitu juga dengan skrip yang selalu highlight siapa komposer untuk setiap lagu. E-One adalah hos mingguan kami tetapi Ayeja pula kali pertama diberi tugasan ini. Kami tidak ada raptai penuh dan disebabkan itulah mereka nampak tak serasi kelam-kabut.
"Secara peribadi, apa yang boleh saya katakan adalah kami tak memang cukup masa untuk buat latihan dan raptai. Sebab itu, banyak masalah yang timbul pada saat-saat akhir. Apapun, kami berjaya juga sebab ramai yang turun padang untuj menyaksikan sendiri kemuncak Gah 1 dan kami berharap semua penonton telah berpuas hati," katanya lagi.

0 ayat cinta: