Patut Pun Norman KRU Suka Shahir!

Saturday, May 22, 2010 marina 0 Comments

Ketika Ajieb berborak dan makan semeja dengan Shahir pada minggu Shahir tersingkir...barulah Ajieb tahu kenapa sebelum ini Abang Norman KRU iaitu pengetua AF8 sering memuji Shahir sehinggakan dia slumber saja membuat gurauan pada kawan-kawan wartawan yang dia mahu jadikan Shahir sebagai menantu.


Walaupun Ajieb baru 2 kali bersua muka dan bercakap dengannya, Ajieb boleh rumuskan bahawa Shahir ini dibayangi imej Lelaki Melayu Terakhir. Mungkin ia terlalu besar tetapi sebagai lelaki juga, Ajieb asa Ajieb tak sehebat Shahir.


Senang cerita, kalau ibu bapa yang lain pun jumpa Shahir pasti dah berkenan dengan perilaku dan kata-katanya yang amat lembut dan sopan. Sejuk perut ibu mengandung!


Ajieb bukannya nak propa, tetapi masa Ajieb temuramah dia pun, segala jawapan yang Shahir cakap memang baik dan teratur sehinggakan Ajieb merasakan seperti sedang mendengar kata-kata seorang pencemarah. Kalau tak percaya make-up artis dan kakak kepada pelajar AF8 iaitu Nana juga ada bersama Ajieb ketika itu. Apapun, ini adalah pandangan ikhlas Ajieb sebagai manusia biasa tau.


Apapun, jangan pula peminat pelajar AF8 yang lain tersinggung. Ajieb bukannya segaja mahu memuji dia tetapi ini adalah sesuatu kebenara. Dan..jangan sekali menganggap pujian ini sebagai satu cara untuk meraih undian buat Shahir untuk dia menjadi juara AF8.


Terus-terang, Ajieb tak pernah membenci sesiapa saja yang bergelar status pelajar AF. Tak kiralah AF8, AF7, AF6 atau mana-mana AF sebelum ini. Selama ini pun Ajieb sering menganggap mereka semua sebagai kawan dan adik sendiri saja. Tapi Ajieb tak tahu apa pulak anggapan mereka terhadap Ajieb.


Jadi...Ajieb rasa tidak timbul cerita Ajieb ni berani kutuk mereka semua. Kalau tak percaya, anda boleh tanya sendiri sesiapa saja bintang AF yang Ajieb kenal..
Sesungguhnya, minggu ini Ajieb sangat sibuk dengan AF yang nak berakhir pada minggu ini (22 Mei 2010)....Namun, dalam kesibukan itu, Ajieb agak pening dan terkejut apabila Ajieb menerima komen ugutan yang mahu membakar kereta Ajieb. Siap dengan topi sekali.


Ajieb lebih terkejut sebab orang itu menujukan komen tersebut kepada Ajieb yang dikatakan abang ramos. Jujur Ajieb cakap, Ajieb memang tak tahu siapa itu abang ramos. Ajieb mula ambil tahu pasal Abang Remos pun selepas ajieb menerima ugutan tersebut.


Dan kerana ini jugalah Ajieb telah memberanikan diri dengan melaporkan kes ini kepada pihak polis. Laporan ini adalah langkah menjaga keselamatan.


Di kesempatan ini juga Ajieb cuma nak cakap kepada semua yang terlibat agar janganlah sembarangan menabur fitnah. Walaupun Ajieb tahu orang itu marah tapi janganlah melepaskan marah tersebut kepada orang lain yang tidak ada kena mengena dalam hal kemarahannya itu. Ingat dosa dan hukuman orang yang menabur fitnah sangat besar tau.


Atas masalah ini juga, Ajieb bukan seorang saja yang terlibat, tapi ia turut melibatkan keluarga dan orang yang ada berhubungan dengan Ajieb. Ajieb harap kepada mereka yang berkenaan tu janganlah melakukan kesilapan ini lagi.


Di samping itu, Ajieb juga nak mengucapkan good luck kepada semua finalis AF8. Semoga anda terus berjaya. Sama juga dengan pelajar AF8 yang sudah tersingkir awal. Moga terus sukses selalu.

p/s: kredit to www.murai.com

0 ayat cinta: