K.I.T.A Sipsnosis

Saturday, May 22, 2010 marina 0 Comments

Drama bersiri menarik 13 episod arahan pengarah Michael Ang dan Amo Rizan ini dijayakan oleh pelakon-pelakon jelita yang semakin menjadi sebutan peminat iaitu pengacara dan pelakon yang cukup sinonim dengan watak Dania dalam drama Awan Dania; Scha Alyahya sebagai Kiera yang baru-baru ini turut diumumkan sebagai duta Carefree®; jenama panty liner No. 1 di Malaysia; penyanyi dan pelakon yang digilap bakatnya menerusi program realiti Akademi Fantasia pada musim ketiga; Marsha Londoh sebagai Ilma, pelakon yang juga merupakan pemenang tempat kedua pertandingan Ratu Cantik Malaysia 2007/2008; Dawn Jeremiah sebagai Tania Tan dan juga pelakon baru yang semakin meningkat naik; Wany Osmar yang membawakan watak sebagai Alisa,

Drama K.I.T.A Carefree® ini mengisahkan persahabatan empat wanita jelita iaitu Kiera, Ilma, Tania dan Alisa yang telah terjalin sejak di bangku sekolah lagi. Sewaktu mereka baru meniti usia 16 tahun, mereka telah membuat perjanjian yang mana mereka berikrar akan sentiasa menyokong dan membantu satu sama lain dalam apa jua keadaan. Hari demi hari berlalu. Kini mereka sudahpun dewasa dan masing-masing mempunyai kerjaya yang hebat dalam bidang yang mereka ceburi.

Peranan Carefree® dikait rapat dengan jalan cerita drama siri ini menerusi satu beg Carefree® bercorak daisy tote yang merupakan "beg bertuah" kepada empat watak gadis ini untuk menghadapi cabaran dan dugaan sewaktu membesar. Terdapat beberapa babak dan situasi yang mana beg Carefree® akan muncul pada saat dan ketika yang tidak tepat pada waktunya. Contohnya apabila watak Ilma membawa beg tersebut ke sewaktu menghadiri sebuah temu janji makan malam yang formal, ia secara tidak langsung telah membawa elemen spontan dan gelagat lucu kepada watak tersebut dalam menguatkan jalan cerita drama ini.

0 ayat cinta: