Gossip Girl Season 3

Sunday, May 30, 2010 marina 0 Comments

Gossip Girl (Musim ke-3) di 8TV

Hari / Masa Siaran: Setiap Isnin, 10.30 malam

Tarikh Siaran: 31 Mei 2010

Berakhir dari musim lalu, kebanyakan penonton menyangka kumpulan “Upper East Side” yang diminati ramai atas kelicikan dan persengketaan liar mereka akan pupus buat selama-lamanya. Namun selepas semua drama putus cinta, pergaduhan dan khianat yang berlaku, kami dengan senang hatinya ingin berkata – Selamat datang! Ya! GOSSIP GIRL KINI KEMBALI!

Mereka adalah remaja yang sentiasa menjadi ikutan dan mungkin ada yang membenci … tetapi anda tidak dapat menahan untuk terus menyaksikan mereka! Tubuh mereka sentiasa disaluti jenama pereka terkenal, mereka begitu obses terhadap penampilan diri masing-masing, banyak drama yang berlaku tidak kurang juga masalah sosial seperti pengambilan dadah dan arak tetapi kehidupan mereka tidak jauh beza daripada masalah remaja yang lain.

Jadi bersedialah untuk menonton Gossip Girl (Musim ke-3) kerana 8TV akan membongkar segala rahsia gelap dunia glamor dan skandal anak metropolitan New York!

Walaupun mereka telah membesar dengan meninggalkan zaman persekolahan, jadual kehidupan mereka masih dipenuhi dengan parti sosial yang padat, percutian yang penuh glamor dan hubungan skandal yang masih lagi menjadi intipati drama ini.

Musim ini terdapat pelbagai konflik dan skandal menarik yang akan membuat anda terpukau di kaca televisyen. Mengikut hukum alam Gossip Girl, mempercayai orang yang disayangi akan membawa kepada malapetaka dan penyataan yang mengelirukan itu ada kebenarannya.

Apabila musim panas hampir tamat, Blair Waldorf (Leighton Meester) dan Chuck Bass (Ed Westwick) akhirnya telah meluahkan perasaan mereka sesama sendiri dan mengaku bahawa mereka adalah pasangan kekasih. Masing-masing cuba menyesuaikan diri dengan hubungan cinta ini.

Serena Van Der Woodsen (Blake Lively) sudah berubah? Adakah ini benar? Semasa menghabiskan percutian musim panas di Eropah, beliau telah menjadi sasaran baru paparazzi tetapi bukan kerana sikap membeli-belahnya yang melampau. Apabila hari kuliahnya di Brown University hampir bermula, Serena terpaksa berfikir untuk memilih untuk meninggalkan dunia diva dan aktiviti sosialnya kerana beliau memerlukan permulaan yang bersih untuk menjadi pelajar kolej yang baru.

Pada masa yang sama, rakan lama Serena Carter Baizen (tetamu khas – Sebastian Stan) kembali dalam hidup beliau dan ramai yang tertanya-tanya mungkin Carter adalah penyebab Serena berubah secara tiba-tiba. Saksikan apa yang akan berlaku apabila Serena kembali dari Eropah dengan gosip-gosip baru yang terlalu hangat untuk disembunyikan!

Kisah disebalik dunia Jenny Humphrey (Taylor Momsen) pula agak tunggang terbalik apabila ayahnya Rufus Humphrey (Matthew Settle) telah bertunang dengan Lily Van Der Woodsen-Bass (Kelly Rutherford). Jenny telah berpindah dari rumah loteng di Brooklyn ke Penthouse di Upper East Side yang merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk Permaisuri Bee Constance Billiard. Kebanyakan gadis berebut-rebut untuk mengenggam gelaran mahkota itu. Sejauh manakah Jenny sanggup pergi untuk merebut gelaran itu? Berapakah nilai yang diperlukan untuk mendapatkan gelaran itu?

Apabila semuanya kelihatan baik untuk Dan Humphrey (Penn Badgely) tiba-tiba sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. New York University merupakan tempat yang sesuai untuk pelajar sekolah tetapi kunjungan mengejut dari rakannya, Georgina Sparks (tetamu khas – Michelle Trachtenberg) membuatkan keadaan Dan menjadi lebih rumit.

Nate Archibald (Chace Crawford) akhirnya berjaya mendapatkan teman wanita yang mempunyai taraf hidup yang sama seperti beliau, Bree Buckley (JoAnna Garcia) tetapi keluarga perhubungan mereka ditentang keras oleh keluarga mereka. Nate dan Bree mengambil keputusan untuk meneruskan hubungan walaupun mereka tahu bahawa hubungan ini akan memberi tekanan kepada keluarga masing-masing. Pada suatu hari, Nate dan Bree berbalah tentang Senator Buckley yang juga merupakan ayah kepada Bree. Adakah mereka berjaya mengharungi konflik dua keluarga ini atau ia akan menjadi kisah moden Romeo dan Juliet?

“Mengasyikkan. Satu perkataan yang dapat dikaitkan pada Gossip Girl musim ini”, kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV. Tambahnya lagi, “Istilah Gossip Girl merupakan perkataan yang menjadi sebutan hangat di kalangan penonton muda. Jangan lupa untuk menyaksikan semua gosip, drama & kehangatan musim terbaru Gossip Girl hanya di 8TV.”

Apa yang menarik dalam pada Gossip Girl Musim Ke-3 kali ini adalah koleksi pakaian pelakon-pelakonnya yang ‘hip & trendy’. Terokailah trend dunia fesyen terkini apabila anda mengintip almari Serena, Blair & Chuck di dalam Gossip Girl musim ini.

Jangan ketinggalan untuk menonton Gossip Girl (Musim ke-3) yang padat dengan skandal, konspirasi dan gosip panas yang pastinya membuat anda melekat di kaca televisyen masing-masing. Gossip Girl Musim Ke-3 akan disiarkan setiap Isnin bermula 31 Mei 2010 jam10.30 malam eksklusif di saluran hip 8TV.
8TV juga terdapat di Saluran Astro 708. Anda juga dapat menyaksikan rancangan-rancangan 8TV kegemaran anda dengan mendaftar masuk ke mobile.8tv.com.my melalui telefon bimbit anda atau kunjungi ke laman web rasmi kami di www.8tv.com.my.

0 ayat cinta: