khas buatmu....lelaki...

Thursday, May 27, 2010 marina 0 Comments

Adam! Maafkan aku jika coretan ini memanaskan
hatimu.Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa
kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang
bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa
inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan
kerana aku buruan syaitan.

Adam! Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai
bilangannya di akhir zaman. Itulah ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jiak bilangan kaummu mengatasi kaumku , nescaya merahlah dunia dengan
darah dan kacau bilaulah suasana. Adam sama Adam bermusuhan kerana
Hawa. Buktinya, peristiwa Habil dan Qabil hingga zaman cucu-cicitnya.
Jika begitu, maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang
mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu, tapi tidak lebih daripada
empat pada satu waktu.

Adam! Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.
Atau sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi, aku risau dan
gundah menyaksikan tingkah lakumu. Sejak dulu lagi aku sudah tahu
bahawa aku mesti tunduk pabila menjadi isterimu. Namu, terasa berat
pula untukku menyatakan isi hati
Adam! Aku tahu, Al-Qur’an ada menyatakan kaum lelaki memimpin
wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab
untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasiku agar sentiasa dalam
redha Allah. Tapi, aku dan kaumku ini telah ramai yang mendurhakaimu.
Menyimpang dari jalan yang telah disyariatkan. Allah perintah aku
tinggal di rumah. Bukan berjalan-jalan di pasar atau di bandar
sewenang-wenangnya. Jika keluar pun, seluruh tubuhku mesti ditutup
ikut syariat. Tapi, ramai Hawa yang melanggar batas-batas itu.
Adam! Mengapa kau biarkan aku menjadi begini? Aku jadi ibu.
Jadi guru. Menjaga dan mendidik anak-anakmu. Waktu yang sama aku
mengurus dan mentadbir negara. Ke hutan memikul senjata. Padahal, kau
duduk saja.

Ada
diantara kaummu yang mengganggur. Kau tidak seperti
dulu lagi, Adam! Sudah hilangkah kasih sucimu padaku?
Adam! Marahkah kau jika ku katakan, Andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung! Mengapa begitu Adam? Orang kata, jika
anak jahat, emak bapa tak pandai didik. Jika murid bodoh, guru tak tahu
mengajar! Adam kau selalu kata, Hawa memang degil. tak mahu
mendengar kata. Tak mudah makan nasihat. Kepala batu. Pada hematku
yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, Apakah didikanmu
padaku seperti didikan Nabi SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah
layananmu sama seperti psikologi baginda terhadap mereka? Adakah
akhlak kaummu boleh menjadi ikutan kaumku?

Adam! Sebenarnya kau imam dan aku makmum. Aku pengikutmu dan kau
ketuaku. Jika kau benar, maka baiklah aku. Jika kau lalai, aku juga
lalai. Kau punya kelebihan akal, aku pula kelebihan nafsu. Akalmu
sembilan, nafsumu satu.Aku! Akalku satu nafsuku beribu. Oleh itu Adam,
pimpinlah aku dari kelalaian. Aku sering tergelincir kerana dorongan
nafsuku dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah aku menghayati kalimah suci
Allah. Dengarkan padaku kalimah Tuhanmu agar terang hidupku. Hembuskan
roh jihad ke dalam hatiku agar aku menjadi mujahidah. Kekasih Allah.
Adam! Seandainya aku masih lalai kerana sikapmu sendiri. Segan
menuruti langkah para sahabat. Masih gentar mencegah mungkar. Maka,
tunggu dan lihat kehancuran dunia ini apabila kaumku memerintah. Kau
akan malu Adam! Malu pada dirimu sendiri! Lebih teruk lagi, engkau
malu dan bersalah pada Tuhanmu yang kau agungkan itu.


*Ini hanya satu renungan, tidak bermaksud untuk menjatuhkan sesiapa.
Semua ciptaan Allah indah. Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha
Mengetahui ciptaanNya. Wallahu a’lam….
> Pertama:- Ayahnya
> Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
> Kedua:- Suaminya
> Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.
bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam
diri.walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia
akan ditarik oleh isterinya.
> Ketiga:- Abang-abangnya
> Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita
jatuh pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya
sahaja! Dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
> Keempat:- Anak Lelakinya
> Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan
yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa
hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak
harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH
S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU… .."
> Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda. Kasihanilah mereka dan diri kamu sendiri. Jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas. Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak ?????
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA. Semua kaum muslim masuk syurga….. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T. SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA
HISAB.

0 ayat cinta: