Teater garapan Erma Fatima ini tidak sekadar dari sudut kontroversi saja

Teater garapan Erma Fatima ini tidak sekadar dari sudut kontroversi saja


"Kisah budak perempuan bernama Natrah yang dibela sebuah keluarga Melayu tetapi direbut keluarganya, seorang Belanda, menggemparkan Tanah Melayu. Selepas 59 tahun, peristiwa bersejarah itu kembali diperkatakan"

SELAMA ini, kehidupan penuh tragik seorang insan bernama Natrah hanya diketahui menerusi tulisan. Suka, duka, tawa, sedih dan pelbagai perasaan yang mewarnai kanvas kehidupannya kebanyakannya dilakar dalam bentuk dokumentasi. Bagi generasi lama, kisah Natrah ini bukan saja pernah menggemparkan negara tetapi akan terus dikenang kerana pengajaran yang ditinggalkannya bukan sedikit kesannya.

Begitupun, tidak ramai yang tahu apakah kisah sebenar yang terjadi kepada gadis Belanda yang pernah mencetuskan kontroversi sehingga berlakunya rusuhan kaum hampir enam dekad lalu. Bukan niat untuk mengguris kembali luka lama atau cuba mengungkit sejarah yang mungkin boleh membuat ada pihak terasa namun pementasan teater Natrah yang sedang berlangsung di Panggung Sari. Istana Budaya bermula kelmarin akan mengajak penonton menyelami hati tiga insan yang terperangkap dalam perasaan serta sifat kemanusiaan.

Di tangan Erma Fatima, naskhah Natrah atau nama sebenarnya Maria Huberdina Hertogh bagai mengembalikan semula ingatan penonton ke zaman silam serta menyaksikan sendiri di depan mata perjalanan hidup anak angkat kepada Che Aminah ini.

Pementasan bermula dengan aksi monolog Natrah ketika berusia 70 tahun yang dilakonkan Sofea Jane. Luahan penuh emosi dan memuntahkan segala penderitaan yang dialami selepas terpaksa berpisah dengan ibu angkat dan suami tercinta sudah cukup menghantar isyarat bahawa dua jam yang akan ditempuh nanti bakal menjelaskan segala-galanya yang menjadi tanda tanya sebelum ini.

 Pementasan bermula dengan aksi monolog Natrah ketika berusia 70 tahun yang dilakonkan Sofea Jane. Luahan penuh emosi dan memuntahkan segala penderitaan yang dialami selepas terpaksa berpisah dengan ibu angkat dan suami tercinta sudah cukup menghantar isyarat bahawa dua jam yang akan ditempuh nanti bakal menjelaskan segala-galanya yang menjadi tanda tanya sebelum ini.



“Itulah hakikat yang terpaksa kita semua terima. Namun untuk apa kita kesalkan kerana perkara itu sudah lama berlaku. Jadikan apa yang berlaku ke atas Natrah sebagai iktibar. Soal akidah memang harus dipertahankan,” luah wanita berjiwa kental ini ketika ditemui sejurus selepas pementasan pembukaan teater Natrah yang berlangsung malam kelmarin berakhir.

Turut hadir menyaksikan teater itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noarinee Abdul Rahman, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabngsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Joseph Salang Gandum serta Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) KPKK, Datuk Mohamed Mohd Daud.

Dalam kesedihan, penonton tetap disajikan dengan elemen lucu apabila terselit juga adegan Hindustan sewaktu babak percintaan membabitkan Natrah dan Mansor Adabi, lakonan Remy Ishak.

“Kenapa orang kita suka menonton filem Hindustan? Jawapannya kerana mereka mahukan hiburan dan lagu mereka yang menarik boleh membuatkan leka. Sebab itulah saya menyelitkan elemen Bollywood iaitu dari segi tarian dan juga lagunya,” katanya.



Sebagai pengarah, Erma nyata beruntung kerana teater terbabit ditunjangi pelakon berpengalaman dan hebat. Malah tiga pelakon utamanya iaitu Sofea, Maya Karin dan Umie Aida pernah menggenggam anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

“Saya bersyukur kerana mendapat pelakon yang bagus. (Tetapi) biasalah, hari pertama persembahan, pastinya ada cacat cela di sana sini. Apapun, saya akan pastikan segala kelemahan yang berlaku akan dapat diperbaiki dari masa ke semasa.

“Saya juga kagum dengan apa yang ditonjolkan Maya dalam teater ini. Fizikalnya amat bersesuaian dengan watak Natrah dan begitu juga dengan emosinya. Nampaknya dia memang pilihan yang tepat untuk membawakan watak Natrah,”pujinya.

Umie, Maya kongsi pengalaman hayati Natrah

TIDAK dinafikan, pelakon adalah tunjang utama dalam menggerakkan teater ini. Mungkin props yang dihasilkan kurang hebat, tetapi kekuatan Natrah adalah pada jalan cerita dan pelakonnya. Mereka bijak bermain perasaan dan membiarkan penonton larut dalam emosi.

Umie meletakkan seluruh perasaan dan jiwanya pada watak Che Aminah. Biarpun tidak mengenali secara peribadi, namun dek kerana pengalaman dan dedikasinya pada wanita malang itu, Umie berjaya merealisasikan watak Che Aminah dengan penuh berkesan.

“Sebelum ini, saya hanya mengenalinya melalui pembacaan dan dari situ saya dapat merasakan yang Che Aminah adalah seorang yang kuat, bijak dan tidak mudah mengalah. Saya hanya perlu tahu beberapa perkara mengenainya dan selebihnya saya menggunakan imaginasi saya sendiri untuk menghidupkan watak itu,” katanya sambil mengakui puas dapat melakonkan watak Che Aminah, yang amat diimpikannya.

Bagi Maya Karin, watak Natrah memberikan kesan mendalam buat dirinya sehingga terbawa-bawa dalam kehidupan sehariannya.

“Tidur kena jadi Natrah, mandi sebagai Natrah, makan sebagai Natrah. Pendek kata, apa yang saya lakukan, saya kena fikir pasal Natrah sehinggakan suami saya telefon pun, saya rasa macam saya ini Natrah,” cerita Maya sambil tertawa.

Ditanya bagaimana meletakkan diri dalam watak Natrah sewaktu usia 13 tahun, Maya berkata memang ada sifat kanak-kanak dalam jiwanya.

“Kelebihan itulah saya gunakan untuk menghidupkan watak Natrah ketika kanak-kanak.Lagipun sudah lama saya nantikan saat seperti ini iaitu lebih sedekad dan akhirnya tercapai juga impian saya,” katanya yang pertama kali membintangi teater Melayu.

INFO
Natrah





  • Dipentaskan mulai 30 November hingga 9 Disember








  • Masa persembahan, 8.30 malam dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya.








  • Harga tiket, RM30, RM50, RM70, RM100 dan RM150








  • Urusan pembelian tiket boleh dilakukan dengan menghubungi Box Office, Istana Budaya di talian, 03-40265558 atau faks, 03-40265552.








  • Pembelian secara online, www.ticket2u.biz atau hubungi 03-41498600. 





  • Laman web Istana Budaya, www.istanabudaya.gov.my

    Siapa Bakal Julang Trofi ASK2009?


    Jumaat ini satu lagi majlis berprestij akan meledak iaitu Anugerah Skrin 2009 (ASK2009). Setiap tahun kita sentiasa melihat produk-produk hiburan daripada semua stesen TV dipertandingkan bersama anugerah perfileman  yang dibuat untuk beberapa kategori.


    Seperti yang 'dijanjikan' pihak penganjur Media Prima Berhad (MPB), anugerah ini bukan anugerah antara stesen TV di Malaysia, sebaliknya adalah pertandingan program hiburan atau produk seni sepanjang tahun ini. Jadi Murai Batu harap, pihak juri profesional yang telah dilantik akan menilai dengan seadil-adilnya siapa yang layak menang tanpa terpengaruh dengan stesen-stesen TV di bawah MPB.


    Bagi Murai Batu, penganjuran itu sendiri dah satu kemenangan buat MPB kerana anugerah ini mampu menjana dunia hiburan ke arah yang lebih dan berkualiti lagi.

    Baiklah, kali ini Murai Batu bukanlah cuba hendak buat ramalan siapa yang menang sebab Murai Batu sendiri tak sempat melihat kesemua drama dan program TV yang dipertandingkan. Tapi untuk kategori filem Murai Batu meletakkan juga sedikit harapan kepada beberapa pelakon yang sempat Murai Batu tonton filem mereka di panggung.

    Antara yang menjadi pilihan Murai Batu tahun ini adalah pelakon Eman Manan untuk filem Wayang, Adik Hadziq (Syurga Cinta) dan Nabila Huda (Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam). Bagi Murai Batu, kalau mereka tak menang mana-mana kategori  pun, sekurang-kurangnya Murai Batu percaya mereka akan memberikan saingan kepada pelakon-pelakon lain.


    Dari segi tema, Murai Batu nak tengok juga sejauh mana menariknya tema Hikayat 1001 Malam yang akan mewarnai malam kemuncak ASK2009 kelak. Hai, siapa agaknya yang akan pakai tarbus, jubah, mahupun baju penari gelek 'fadang fasir'. Bagi artis yang sempat mengikuti Minggu Fesyen Islamik yang baru berlangsung di KL, mungkin mereka boleh juga cilok idea-idea segar daripada pentas catwalk itu

    Penyanyi dan Pelakon Hong Kong Gillian Chung Datang Ke Malaysia

    Ingat lagi dengan nama Gillian Chung? Mmm… pasti korang dah lupa dengan nama itu. Atau tengok pada gambar ini… mungkin dapat mengembalikan semula ingatan korang.



    Ingat tak dulu, nama Gillian Chung; pelakon dan juga penyanyi ini yang dikatakan gempar dengan kontroversi skandal bersama dengan pelakon Edison Cheng. Gambar bogel yang naughty mereka telah tersebar di inernet secara meluas membuatkan pelakon dan juga penyanyi ini senyap seketika.

    Dan apa yang Budiey dengar, Gillian Chung akan datang ke Malaysia pada 4 Disember ini!

    Pastinya berita ini mengejutkan ramai peminat selebriti Hong Kong ini. Apa taknya, takde angin dan ribut, tiba-tiba penyanyi dan pelakon hot ini muncul semula dan mahu datang ke Malaysia. Untuk apa sebenarnya?

    Budiey tahu, ramai peminat di luar sana menantikan kedatangan Gillian Chung dan mahu mengambil peluang ini untuk bertemu dengan idola ini secara in person.

    Untuk info peminat, Gillian Chung akan muncul bagi mempromosikan produk minuman ini di Restoran & Bistro De Bali di Johor Bahru pada 4 Disember 2009. Gillian Chung akan buat persembahan istimewa untuk mengubat kerinduan peminatnya.

    Selidik punya selidik, Budiey dapat tahu yang Gillian Chung akan mempromosikan satu produk yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Kiranya, dia adalah duta dan jurucakap yang baru kepada produk ini.
    So, watch out for her imminent visit to Malaysia!

    (Panas) Sah Natasha Hudson Bercerai Buat Kali Kedua


    Sisipan akhbar Berita Harian memaparkan kisah Natasha Hudson sudah pun bercerai buat kali kedua dengan bekas suami’nya, Datuk Shahrin Zahari.



    Perkahwinan sebelum ini dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih, hanya bertahan selama 4 bulan. Manakala, dengan Datuk Shahrin Zahari pula, hanya bertahan selama 2 tahun. Bagaimana pun, perkahwinan kedua Natasha Hudson telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Neesa Helena.

     Menurut Natasha Hudson, penceraian kali ini disebabkan tidak mempunyai kesefahaman antara mereka berdua. Walaupun masih menyayangi antara satu sama lain, takdir sudah menentukan perpisahan adalah jalan yang terbaik buat mereka.

    nantikan kemunculan mereka!!

    Meet Uncle Hussain akan kembali beraksi dengan kemunculan di konsert Hotfm Minijam di Jb pada hari sabtu 12 hb disember 2009.. Jumpa disana!

    Bagi peminat Meet Uncle Hussain.. berita ini pasti menggembirakan..


    Mila Tak Iri Hati Pada Teman AF



    Sudah dua kali mencuba nasib tetapi kecundang juga di Separuh Akhir Muzik-Muzik. Ada yang mungkin menyifatkan kekalahan itu sebagai belum tibanya lagi rezeki Nursyarmila Jirin atau mesra disapa Mila, di Anugerah Juara Lagu (AJL).

    Namun, bila dibandingkan dengan kejayaan teman-teman Akademi Fantasia (AF) lain yang merupakan juniornya, seperti Stacy (AF6) yang akan beraksi untuk kali keduanya di AJL, sementara Hafiz dan Akim yang baru enam bulan meninggalkan Akademi pun berjaya melayakkan diri ke AJL24, tak mungkin tidak timbul rasa geram atau terkilan pada diri Mila.

    "Saya selalu 'set'-kan dalam fikiran, jika kita menang setiap pertandingan, siapa pula yang akan kalah? Kalau dapat (masuk AJL), ia satu bonus. Kalau tak dapat, cuba lagi di tahun depan. Tambahan pula, persaingan tahun ini hebat-hebat dan diketengahkan pula format baru di mana tiada kategori yang dipertandingkan. Tapi saya tak serik untuk mencuba lagi di tahun depan. Nama pun pertandingan, kan?

    "Lagipun, AJL ialah pertandingan lagu. Juri tidak melihat 100% pada persembahan penyanyi. Sebagai penyampai lagu, saya hanya mampu membuat yang terbaik. Tak timbul isu iri hati pada junior. Kami semua membawa jenama yang sama. Saya bangga dengan pencapaian mereka," ujar juara musim kelima AF ini.

    Mila ditemui tengah hari tadi di Paya Indah Wetlands, Kuala Langat, Selangor di mana bersama Dafi, Marsha dan Nana, mereka dan lebih daripada 300 kanak-kanak berusia di antara 9 - 14 tahun telah menanam 1,500 anak-anak pokok sempena projek 'Jom, Hijaukan Malaysia!' anjuran Disney.

    Tambahnya lagi, dengan pencapaian yang membanggakan dari artis-artis realiti di Separuh Akhir Muzik-Muzik tahun ini, ia sedikit sebanyak menangkis persepsi masyarakat bahawa bakat yang dilahirkan dari program realiti hanya sekadar 'penyanyi mi segera'.

    "Semua program realiti memberikan satu 'platform' yang baik untuk anak-anak muda, seperti saya, menengahkan bakat nyanyian mereka. Tanpa AF, tak mungkin saya dapat peluang yang saya perolehi hari ini. Apa yang penting ialah bagaimana kita menggunakan 'platform' itu dengan betul.

    "Dan kita tidak perlu gusar dengan kemasukan bakat-bakat baru ini. Kehadiran mereka memberikan persaingan sihat kepada artis-artis sedia ada untuk berusaha lebih kuat dalam mengukuhkan kedudukan mereka di dalam industri."

    Ingin teman lelaki tapi ...
    Dari segi perkembangan karier, selain drama 'Kau & Aku' yang sedang ditayangkan di Astro Ria, Mila telah menyumbangkan suaranya untuk filem popular Disney, 'High School Musical 3' yang akan ke udara di Saluran Disney pada 5 Disember ini, jam 7.30 petang, di mana dia membawa watak Gabriella.

    Mila juga berkongsi yang dia sedang dalam perancangan untuk mengeluarkan single terbarunya, yang akan beralih dari konsep pop rock sebelum ini, seperti yang kedengaran dalam single "Jika Kau Ubah Fikiran" kepada genre balada.

    Ditambah pula dengan perniagaan produk kecantikannya, LuvMILA, gadis berusia 22 tahun ini memberitahu, buat masa ini, keutamaan diberikan kepada kerjaya. Meskipun teringin mempunyai seorang kekasih, namun Mila bimbang tidak dapat memberi komitmen penuh pada percintaan itu.

    "Bukan trauma atas kegagalan percintaan dahulu, sebaliknya saya belajar dari kesilapan lalu. Cuma saya khuatir tidak dapat berikan perhatian penuh. Saya akui ada yang ingin mendekati tetapi saya yang hadkan. Terus-terang saya beritahu mereka saya nak fokus pada kerja dulu. Bila saya dah bersedia, baru kami teruskan," ujarnya yang menafikan mereka yang berminat itu dari kalangan VIP.

    Black Tak Mahu 'Senyap'



    "Saya bersyukur atas semua yang telah saya kecapi hari ini. Saya sebenarnya takut akan menjadi seperti artis realiti lain yang senyap saja bila dah keluar (dari program realiti).

    "Tetapi ada 'platform' seterusnya untuk kita (artis realiti) menuju kejayaan. Itulah yang saya ingin buktikan. Rezeki yang diberi pada saya, saya kena jaga dan usahakan dengan lebih kuat lagi," luah Black melalui perbualan telefon dengan GUA baru-baru ini tatkala ditanya tentang rezekinya yang semakin murah.

    Selain berjaya menempah tempat di Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) melalui lagu "Aku Rindu Sayang Kamu", single keduanya "Drama King" sebuah kolobrasi bersama Meet Uncle Hussain juga mendapat respon yang memberangsangkan di kalangan pendengar.

    Selepas seminggu dimainkan, ia sudah berjaya masuk ke Hot FM Carta 30. Pencapaian terbaik "Aku Rindu Sayang Kamu" dalam carta tersebut adalah tempat ketiga.

    "Saya suka lagu ini, melodinya. Mudah nak nyanyi dan senang untuk jiwai."

    Tambahnya, perancangan awal adalah untuk MUH menyumbang beberapa lagu untuk albumnya. Tetapi suatu hari, Taja memberinya lirik untuk lagu "Drama King".

    "Seronok dapat diberi peluang bekerjasama dengan mereka. Tak rasa tertekan, cuma mungkin risau perbandingan yang akan dibuat pendengar di antara suara saya dan Lan. Tapi memang tak sama (suara kami)."

    Bercerita mengenai pengalaman merakam lagu "Drama King", Black memberitahu, tiada sebarang masalah yang dihadapi.

    "Taja memberi saya kebebasan untuk bawa 'style' dan 'feel' saya sendiri. 'Best' kerja dengan dia, selesa. Saya melihat kolobrasi ini sebagai jalan untuk saya maju ke hadapan. Dapat merekod dengan mereka yang sudah ada nama, sedikit sebanyak akan ada tempias-tempiasnya yang terkena pada saya."

    Tentang kejayaannya melayakkan diri ke AJL24, luah Black, "Perasaan itu lebih seronok dari menang 'Mentor'."

    "AJL adalah pentas paling berprestij dalam industri hiburan. Saya sebagai seorang pendatang baru yang belum setahun jagung di dalam industri ini, hanya mampu berharap akan terpilih ke AJL. Lebih-lebih lagi apabila semua yang bertanding hebat-hebat. Saya rasa macam kerdil sangat.

    "Memang terkejut, tak disangka lagu itu akan dipilih. Saya sangat bertuah. Tomok ada berkongsi dengan saya, sepanjang 10 tahun dia bergelar penyanyi, inilah kali pertama dia dapat masuk AJL. Sebab itu saya akan berusaha bersungguh-sungguh di pentas AJL nanti. Saya tidak mahu mensia-siakan peluang ini."