K.I.T.A Sipsnosis

Drama bersiri menarik 13 episod arahan pengarah Michael Ang dan Amo Rizan ini dijayakan oleh pelakon-pelakon jelita yang semakin menjadi sebutan peminat iaitu pengacara dan pelakon yang cukup sinonim dengan watak Dania dalam drama Awan Dania; Scha Alyahya sebagai Kiera yang baru-baru ini turut diumumkan sebagai duta Carefree®; jenama panty liner No. 1 di Malaysia; penyanyi dan pelakon yang digilap bakatnya menerusi program realiti Akademi Fantasia pada musim ketiga; Marsha Londoh sebagai Ilma, pelakon yang juga merupakan pemenang tempat kedua pertandingan Ratu Cantik Malaysia 2007/2008; Dawn Jeremiah sebagai Tania Tan dan juga pelakon baru yang semakin meningkat naik; Wany Osmar yang membawakan watak sebagai Alisa,

Drama K.I.T.A Carefree® ini mengisahkan persahabatan empat wanita jelita iaitu Kiera, Ilma, Tania dan Alisa yang telah terjalin sejak di bangku sekolah lagi. Sewaktu mereka baru meniti usia 16 tahun, mereka telah membuat perjanjian yang mana mereka berikrar akan sentiasa menyokong dan membantu satu sama lain dalam apa jua keadaan. Hari demi hari berlalu. Kini mereka sudahpun dewasa dan masing-masing mempunyai kerjaya yang hebat dalam bidang yang mereka ceburi.

Peranan Carefree® dikait rapat dengan jalan cerita drama siri ini menerusi satu beg Carefree® bercorak daisy tote yang merupakan "beg bertuah" kepada empat watak gadis ini untuk menghadapi cabaran dan dugaan sewaktu membesar. Terdapat beberapa babak dan situasi yang mana beg Carefree® akan muncul pada saat dan ketika yang tidak tepat pada waktunya. Contohnya apabila watak Ilma membawa beg tersebut ke sewaktu menghadiri sebuah temu janji makan malam yang formal, ia secara tidak langsung telah membawa elemen spontan dan gelagat lucu kepada watak tersebut dalam menguatkan jalan cerita drama ini.


Patut Pun Norman KRU Suka Shahir!

Ketika Ajieb berborak dan makan semeja dengan Shahir pada minggu Shahir tersingkir...barulah Ajieb tahu kenapa sebelum ini Abang Norman KRU iaitu pengetua AF8 sering memuji Shahir sehinggakan dia slumber saja membuat gurauan pada kawan-kawan wartawan yang dia mahu jadikan Shahir sebagai menantu.


Walaupun Ajieb baru 2 kali bersua muka dan bercakap dengannya, Ajieb boleh rumuskan bahawa Shahir ini dibayangi imej Lelaki Melayu Terakhir. Mungkin ia terlalu besar tetapi sebagai lelaki juga, Ajieb asa Ajieb tak sehebat Shahir.


Senang cerita, kalau ibu bapa yang lain pun jumpa Shahir pasti dah berkenan dengan perilaku dan kata-katanya yang amat lembut dan sopan. Sejuk perut ibu mengandung!


Ajieb bukannya nak propa, tetapi masa Ajieb temuramah dia pun, segala jawapan yang Shahir cakap memang baik dan teratur sehinggakan Ajieb merasakan seperti sedang mendengar kata-kata seorang pencemarah. Kalau tak percaya make-up artis dan kakak kepada pelajar AF8 iaitu Nana juga ada bersama Ajieb ketika itu. Apapun, ini adalah pandangan ikhlas Ajieb sebagai manusia biasa tau.


Apapun, jangan pula peminat pelajar AF8 yang lain tersinggung. Ajieb bukannya segaja mahu memuji dia tetapi ini adalah sesuatu kebenara. Dan..jangan sekali menganggap pujian ini sebagai satu cara untuk meraih undian buat Shahir untuk dia menjadi juara AF8.


Terus-terang, Ajieb tak pernah membenci sesiapa saja yang bergelar status pelajar AF. Tak kiralah AF8, AF7, AF6 atau mana-mana AF sebelum ini. Selama ini pun Ajieb sering menganggap mereka semua sebagai kawan dan adik sendiri saja. Tapi Ajieb tak tahu apa pulak anggapan mereka terhadap Ajieb.


Jadi...Ajieb rasa tidak timbul cerita Ajieb ni berani kutuk mereka semua. Kalau tak percaya, anda boleh tanya sendiri sesiapa saja bintang AF yang Ajieb kenal..
Sesungguhnya, minggu ini Ajieb sangat sibuk dengan AF yang nak berakhir pada minggu ini (22 Mei 2010)....Namun, dalam kesibukan itu, Ajieb agak pening dan terkejut apabila Ajieb menerima komen ugutan yang mahu membakar kereta Ajieb. Siap dengan topi sekali.


Ajieb lebih terkejut sebab orang itu menujukan komen tersebut kepada Ajieb yang dikatakan abang ramos. Jujur Ajieb cakap, Ajieb memang tak tahu siapa itu abang ramos. Ajieb mula ambil tahu pasal Abang Remos pun selepas ajieb menerima ugutan tersebut.


Dan kerana ini jugalah Ajieb telah memberanikan diri dengan melaporkan kes ini kepada pihak polis. Laporan ini adalah langkah menjaga keselamatan.


Di kesempatan ini juga Ajieb cuma nak cakap kepada semua yang terlibat agar janganlah sembarangan menabur fitnah. Walaupun Ajieb tahu orang itu marah tapi janganlah melepaskan marah tersebut kepada orang lain yang tidak ada kena mengena dalam hal kemarahannya itu. Ingat dosa dan hukuman orang yang menabur fitnah sangat besar tau.


Atas masalah ini juga, Ajieb bukan seorang saja yang terlibat, tapi ia turut melibatkan keluarga dan orang yang ada berhubungan dengan Ajieb. Ajieb harap kepada mereka yang berkenaan tu janganlah melakukan kesilapan ini lagi.


Di samping itu, Ajieb juga nak mengucapkan good luck kepada semua finalis AF8. Semoga anda terus berjaya. Sama juga dengan pelajar AF8 yang sudah tersingkir awal. Moga terus sukses selalu.

p/s: kredit to www.murai.com


salam jumaat..

salam uols.. selamat pagi.. moga hari ini menjadi hari yang paling baik dan paling manis.. bersempena dengan hari jumaat iaitu hari paling mulia.. jadik mulakan hari anda dengan ceria dan gembira..

oohh ya.. aku da tukar layout blog aku.. huhuhuhu.. 5 kali aku duk tukar2..masih tak berkenan dihati.. last skali baru aku berkenan.. hehehee.. aku nie bukan kreatif.. jadik aku kena buat yang terbaik.. hehehee..


ok tak?? ok la tue.. aku cume tinggal nak edit header jer.. nak letak gambar kat situ.. yang len sume da ok.. bagi aku la.. pasni berkobar2 la aku nk update blog ea.. hiihiih

bosan nye cuti sem..

morning.. sorii late la update blog.. hehehee.. emm maka bertambah hari yang aku bosan ea..

ha.. family aku ada plan nak g cuti.. tapi tak tau katne.. mula2 plan g cuti kat A famosa Resort sambil boleh mandi2 kat water world.. tapi tak jadik.. pastu plan nak g genting.. time tue plak tengah keputeraan ape ntah.. so rate akan jadik double.. tak jadik pegi..

pastu plan nak g melaka.. plan tue pun tak tau jadik ke tak.. last skali pegi Sunway Lagoon.. pastu kire2 mahal plak.. so entah jadik ke tak.. arggghh bosannye..

aku cuti nie lama lagi nie.. ada cadangan tak aku nak habiskan cuti nie nak wat ape?? habis da cd korea aku tengok.. game pun tiap2 malam aku men.. bosan da sangat2 nie..

aku nak merayap.. nanti bising.. cakap aku merayap jer.. abis tue aku nak watpe g?? ha aku berazam nak dapatkan berat badan aku 50kg masa nek sem nnti.. skunk berat aku 52.. takper.. aku berazam untuk still kurus.. tapi berjayakah aku??

Syazwani Diyana Juara Top Host 2010

Tahniah kepada Syazwani Diyana kerana telah berjaya menjadi juara Top Host 2010. Semoga terus sukses bekerja di TV3.


Selepas 11 minggu berhempas-pulas, akhirnya Syazwani Diyana Mohamad Isa, 24, membuktikan dirinya memiliki kriteria yang diperlukan seorang pengacara serba boleh TV3 apabila dipilih panel juri sebagai juara rancangan Top Host 2010.

Panel juri terdiri daripada Pengurus Besar Jabatan Produksi Majalah & Dokumentari, Primeworks Studios, Ahmad Kamaludin Zabaai; Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Sherina Nordin; Pengurus Unit Pembangunan Kandungan, Primeworks Studios, Nurin Marini Ramlan, dan diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato’ Seri Farid Ridzuan.

Syazwani berjaya menewaskan pesaing terdekatnya yang juga peserta kegemaran ramai, Fadhil Mohamad Isa, 25. yang bersamanya terpilih sebagai dua finalis terakhir program tersebut.

Menurut anak kelahiran Melaka itu, peluang keemasan ini akan digunakan dengan sebaiknya, terutamanya dalam mengalak pertuturan bahasa Melayu yang betul di kalangan masayarakat. Kerana dirasakan pada hari ini, ramai yang menggunakan bahasa Melayu yang rojak dalam pertuturan seharian mereka.

Syazwani, yang sedang mengambil ‘masters’ dalam jurusan komunikasi dari Universiti Teknologi MARA, turut berkongsi bahawa dirinya seorang yang sukakan cabaran. Jika mempunyai pilihan, ingin diberi peluang mengacara rancangan ‘Majalah 3′ mahupun ‘Malaysia Hari Ini’.

Sebelum menyertai rancangan ‘Top Host 2010′, Syazwani pernah bekerja sebagai penolong pengarah dan penerbit bebas di Astro selama empat tahun. Gara-gara kerana terlalu bagus di dalam kerjanya, dia tidak diberi peluang untuk mengasah bakatnya di depan kamera. Atas sebab itu dia menyertai Top Host 2010.

“Saya lakukan ini kerana minat. Saya ingin mencuba kedua-duanya, di depan dan belakang kamera,” kata Syazwani.

“Saya memilih TV3 kerana ia dekat dengan masyarakat. Pelbagai lapisan masyarakat akan menukar saluran kepada TV3. Saya berkecimpung dalam bidang penyiaran kerana ingin melakukan khidmat kepada masyarakat.”

Ditanya jika pengalaman bekerja di Astro memberinya kelebihan berbanding peserta lain, jelas Syazwani, pengalaman empat tahun bertugas di Astro hanya terhad kepada kerja-kerja di belakang tabir sahaja. Ditambah pula, apa yang dipelajarinya dalam tempoh itu telah dikongsi bersama sembilan finalis lain.

“Jadi, saya masih perlu belajar tentang cara bertugas di depan kamera seperti peserta yang lain,” ujar Syazwani yang akan menghadiahkan wang kemenangan RM10,000 itu kepada ibu bapanya.
Nasib empat finalis lain

Menurut ketua pegawai eksekutif kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato’ Seri Farid Ridzuan, keputusan juri yang memihak kepada Syazwani bukan hanya berdasarkan persembahannya pada malam ini tetapi sepanjang berlangsungnya pertandingan Top Host 2010.

Jelas Farid, Syazwani telah mempamerkan kematangan dan inisiatif terbaik serta bakatnya dalam pengacaraan terserlah. Di samping itu, cara penyampaian dan penampilannya membuktikan dia sudah bersedia untuk mengacara program TV3.

Mengenai nasib keempat finalis yang lain – Fadhil, Za’im Helmi Zaini, Nur Liyana Adnan dan Nabihah Md Rosdi – Farid memberitahu sayang jika dilepaskan mereka kerana semuanya memang bagus. Atas sebab itu, mereka akan diserapkan juga ke dalam Media Prima, baik dalam stesen TV3, TV9, 8TV atau ntv7. [Sumber]

selamat pagi..

aku kan dah lama tak update blog.. jadik status nuffnang aku dari glitterati bertukar kepada ordinary.. apakah yg berlaku?hahahaa.. dan bila semalam aku start update blog.. tadi aku bukak nuffnang.. status aku dah bertukar kembali kepada glitterati.. hahahahaa.. suka sangat2..

ye.. ahad nie sepupu aku kawen.. jadi ktorg sekeluarga akan pergi ke kenduri kawen kat segamat.. heppi sangat sebab dapat jumpa sepupu sedara yang lama tak jumpa.. boleh aku gossip2.. banyak dah cerita aku kumpul nie.. hahahaa..

ape pun selamat pagi kepada semua blogger2 yer.. semoga hari hari anda lebih ceria berbanding hari hari yang lepas.. kena hepi slalu..

Faizal Tahir Live di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Faizal Tahir Bakal Gegarkan Showcase “Adrenalin” di Hard Rock Kuala Lumpur.

Setelah berjaya melancarkan album Adrenalin di Hard Rock Pulau Pinang minggu lalu, Faizal Tahir kini kembali dengan membawa semangat adrenalin rock yang sama. Kini, kepada peminat yang tak sempat menyaksikan secara live semasa pelancaran album itu di Kuala Lumpur!

Saksikanlah Faizal Tahir di mana beliau akan membuat persembahan di Hard Rock Café Kuala Lumpur pada 30hb Mei 2010 di bawah naungan program muzik istimewa bertajuk “Ambassadors of Rock”.

Ia adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi arena muzik rock dan Faizal Tahir adalah artis yg paling layak untuk membuat persembahan ini. (spreading the universal language of Rock).

Persembahan ini juga meraikan album terbaru beliau, “Adrenalin”. Faizal Tahir telah melancarkan album terbarunya di Hard Rock Cafe Penang dan juga Hard Rock Hotel Penang dan kini tibalah masanya untuk beliau membuat persembahan terhebat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Faizal Tahir adalah artis yang pertama yang diberi kehormatan membuat persembahan di kedua-dua Hard Rock Cafe di Malaysia dalam bulan yang sama.

Baru-baru ini, beliau telah memenangi kejayaan besar di dalam AIM17 (Anugerah Industri Muzik), di mana beliau telah memenangi “Album Rock Terbaik” dan “Album Terbaik”.

“Kami benar-benar rasa berbesar hati kerana Faizal Tahir adalah salah seorang ikon rock yang akan mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk persembahan istimewa “Ambassadors of Rock” ini”, kata wakil Hard Rock Café Kuala Lumpur.

“Kita telah menggegarkan Hard Rock Penang dan kini tibanya masanya untuk mengegarkan Hard Rock Kuala Lumpur !” kata Faizal “Saya berjanji untuk peminat di Kuala Lumpur, satu persembahan terbaik and bertenaga dari saya, dan berharap peminat akan berada bersama menyokong saya pada malam itu!”, kata Faizal Tahir lagi.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan aksi hebat Faizal Tahir di Hard Rock Café Kuala Lumpur pada 30hb Mei 2010. Persembahan akan bermula pada pukul 11.00malam. Bayaran Masuk showcase istimewa ini adalah sebanyak RM50.00 termasuk 1 minuman ringan secara percuma.

Tentunya tidak sabar untuk menunggu “showcase Adrenalin”!

Hard Rock Cafe Kuala Lumpur bertempat di Wisma Concorde. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian 03-2715 5555.