aku dah tempah baju... hahahahaa..

huu.. semalam sangat penat.. dari pagi sampai petang sibuk jer.. tapi yang paling sonok.. aku da tempah baju raya.. senang ati sket.. lalalala.. cantekkk baju raya aku.. aku tak wat pesyen2 pun.. aku ngat nanti aku beli sepasang baju siap pesyen2 la.. ala g kelas pun bukan aku pakai baju kurung sangat.. nak wat melaram time raya jer.. hehehee..

ha.. raya tahun lepas kan ktorang satu family g UK kan.. nampaknya tahun nie berada di malaysia jer la ea.. sob sob sob.. takper.. kalau ada rezeki aku nak g soul korea.. sebab macam best jer korea..

pasal temuduga spa tue.. ayah aku bagi pegi.. jadi aku pegi la.. aku pun tak tau nak prepare apa2.. apa isu skunk ea?kan org tue tnye aku.. aku plak blur2.. nak goreng boleh takut hanguss plak.. hehehee.. ape pun minggu depan jer.. jumaat. 11 jun. harap2 aku bejaya.. dapatlah menebus kekecewaan ku dulu.. hihihih

10 jun lak kuar result exam.. nie lagi satu.. wat saspen jer.. macamne la result aku.. risau + takut + saspen = anugerah dekan.. hihihih.. amin.. kter nantikan ea.. aku bukan takleh buat exam aritue.. tapi still tak confident la.. sebabnye ada paper aku nye carry mark rendah.. tue aku takut.. tapi aku da pulun sehabis nya.. doakan aku berjaya..

Shaq & Mas Idayu Sudah Tidak Sebumbung


Sebelum ini semua pihak sedia maklum bahawa Mas Idayu dan protegenya, Shaq duduk serumah semata-mata untuk memastikan kesihatan Shaq berada pada tahap yang memuaskan.

Namun berkesempatan bertemu dengan Shaq baru-baru ini, dia mengakui sudah tidak lagi duduk sebumbung dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu "Selangit" dan "Senggol-Senggolan" itu. Menurut Shaq, ini bukan disebabkan masalah salah faham seperti yang diperkatakan oleh segelintir pihak.

“Saya akui selama dua minggu terawal saya memang tinggal bersama-sama dengan Mummy (Mas Idayu) kerana tahap kesihatan saya yang tidak memuaskan. Mummy sangat mengambil berat tentang kesihatan saya dan jasa-jasa yang dicurahkan kepada saya memang tidak mampu saya balas sampai bila-bila.

"Cuma kini kesihatan saya sudah semakin memuaskan dan saya tinggal bersama-sama rakan-rakan protégé lain di Hotel Quality, Shah Alam. Saya berpindah memang tiada kena-mengena dengan isu saya kena marah dengan Mummy,” ujar Shaq menjelaskan perkara sebenar.

Tambahnya, mengenai khabar angin yang mengatakan hubungannya dengan Mas Idayu yang dikatakan berantakan sejak insiden dia tidak mampu memberikan persembahan yang baik semasa konsert Mentor pusingan kedua minggu lepas, sekaligus mengundang kemarahan Mas Idayu, langsung tidak benar sama sekali.

“Hubungan kami masih baik seperti dulu. Cuma saya akui mungkin Mummy sedikit berkecil hati dengan saya yang gagal menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan baik. Kalau saya berada di tempatnya, saya juga akan merasakan perkara yang sama.

"Namun saya anggap segala teguran dan kemarahan Mummy kepada saya sebagai perkara positif dan ianya memberikan saya pengajaran supaya lebih serius selepas ini. Sesi latihan masih berjalan seperti biasa dan saya yakin Mummy punya perancangan untuk meningkatkan lagi kualiti persembahan saya,” katanya yang berjanji untuk memberikan persembahan yang lebih baik selepas ini.

Tertekan untuk mengulangi kejayaan Black
Diusik dengan persoalan sama ada dia tertekan menjadi protege Mas Idayu, Shaq tidak teragak-agak mengakuinya. Namun dia bukan tertekan kerana selalu dimarahi oleh Mas Idayu, sebaliknya harapan peminat Mas Idayu yang mahu dia mencipta kejayaan sepertimana Black sebelum ini.

“Sedikit sebanyak perkara tersebut memang memberikan tekanan kepada saya. Cuma saya tidak mahu terlalu memikirkannya. Apa yang saya lakukan sekarang ialah fokus dengan 'Mentor 4' dan berusaha untuk memberikan persembahan terbaik kepada para peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada saya selama ini.

"Selain itu, saya tahu kalah atau menang memang adat pertandingan dan semua protege serta mentor yang terlibat mahukan kejayaan. Oleh sebab itu, saya berharap peminat akan terus memberikan sokongan kepada saya,’ jelas Shaq yang berkebolehan menyanyikan lagu-lagu dikir barat dengan baik.

Mengenai dirinya yang semakin dikenali, Shaq menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang normal apabila menyertai pertandingan realiti televisyen. Katanya dia menyertai 'Mentor' bukan untuk meraih populariti, sebaliknya mahu menimba ilmu daripada mentornya yang berpengalaman luas dalam bidang nyanyian. Namun dia berterima kasih kepada para peminat yang mula mengenali dan meminatinya.

Melodi Cinta Rossa Membuai Perasaan



Tanggal 29 Mei 2010 pasti meninggalkan memori yang cukup terkesan di hati peminat Sri Rossa Roslaina Handiyani. Penyanyi genit yang dikenali dengan nama Rossa ini akhirnya menawan Stadium Putra Bukit Jalil apabila hampir 5,000 orang peminat hadir menyaksikan konsert yang dinamakan ‘Konsert Melodi Cinta Rossa’.

Seawal jam 6 petang lagi, perkarangan stadium sudah mula dipenuhi dengan peminat-peminat Rossa yang sengaja datang awal kerana ingin mengelak daripada kesesakan lalu-lintas. Malah, ada juga yang ingin membeli tiket pada saat-saat akhir. Kehadiran peminat yang ramai ini mungkin kerana ini merupakan konsert pertama Rossa di luar Indonesia.

Sebelum ini Rossa pernah menghiburkan peminat di Malaysia apabila dia mengadakan ‘Konsert Mini Cerita Cinta Rossa’ di Life Cente, Kuala Lumpur pada 27 Jun 2009 lalu. Bagaimanapun, konsert mini itu eksklusif untuk pelanggan Hotlink dan Maxis. Sebab itulah konsert ini cukup dinanti-nantikan oleh peminat setia penyanyi itu.

Sepanjang tempoh dua jam konsert berlangsung, semua peminat yang hadir terbuai dengan kemerduan suara Rossa yang mendendangkan lebih 20 buah lagu yang disampaikan secara penuh mahupun medley.

Antara lagu yang dipersembahkan ialah “Aku Bukan Untukmu”, “Hati Yang Terpilih”, “Terlalu Cinta”, “Atas Nama Cinta”, “Takdir Cinta”, “Tegar”, “Hati Yang Kau Sakiti”, “Nada-nada Cinta” dan “Hey Ladies!”

Satu keunikkan konsert yang menelan belanja jutaan ringgit ini ialah, ia menampilkan kolaborasi Rossa dengan 50 ahli Permata Seni dan 20 kanak-kanak daripada kumpulan Tunas Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).


Bersama kanak-kanak ini, Rossa mendendangkan lagu “Pudar” dalam susunan muzik yang cukup indah. Sebaik sahaja selesai menyanyi, Rossa dilihat menitiskan air mata. Mungkin terlalu terharu dengan penglibatan kanak-kanak tersebut.

Rossa juga turun dari pentas untuk menemui tetamu VVIP malam itu, Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan penaung kepada Permata Seni. Untuk acara ini, Rossa dan Datin Seri Rosmah dilihat bertukar-tukar cenderahati. Untuk pengetahuan anda, sebagai menghargai sokongan daripada JKKN, Rossa telah berbesar hati untuk menyumbang sebahagian hasil jualan tiket kepada badan kebajikan kanak-kanak Malaysia.

Rossa-Pasha bermesra di pentas
Tidak ketinggalan, persembahan duet Rossa dengan penyanyi tempatan berbakat besar, Aizat. Mereka berpadu suara dalam lagu “Hanya Kau Yang Mampu” dan “Kau dan Aku”. Kemunculan Aizat di konsert ini adalah atas undangan Rossa sendiri, bukan disarankan oleh syarikat rakaman atau pihak lain.

Bagi mencipta variasi, Rossa turut mengundang kumpulan ST12 dan Ungu untuk sama-sama menjayakan konsert yang sudah lama diidamkannya itu. ST12 menyampaikan lagu hits mereka, “Jangan Pernah Berubah”, “Satu Jam Saja” dan duet bersama Rossa menerusi lagu “Cari Pacar Lagi”.
 
Manakala Ungu hanya menyampaikan lagu “Hampa Hatiku”. Rossa muncul menyanyikan bahagian dangdut menggantikan vokal Lis Dahlia. Bagai yang telah dijangka, Rossa turut berduet dengan Pasha untuk lagu “Terlanjur Cinta”. Ketika ini, penonton bersorak kuat apabila melihat Rossa dan Pasha ‘bermesra-mesraan’ di atas pentas. Menyedari situasi itu, Rossa pantas memberi penjelasan sebaik selesai menyanyi. Menurut Rossa, dia dan Pasha hanya bercinta di atas pentas.

Secara keseluruhan, GUA menganggap Konsert Melodi Cinta Rossa berjaya membuai perasaan peminat yang sanggup berbelanja semata-mata untuk melihat penyanyi itu beraksi secara langsung. Bagaimanapun, GUA tidak nampak di mana elemen kejutan yang dijanjikan Rossa sebelum ini.

amun, GUA suka dengan semua busana yang dikenakan oleh Rossa. Dengar kata, kelima-lima pasang baju itu adalah rekaan pereka terkenal dan kosnya mencecah RM100,000.

Persembahan Rossa diiringi oleh 40 pemuzik di bawah pimpinan Yovie Widianto. Selain pemuzik, Rossa turut membawa penyanyi latar, kru teknikal dan penari yang diterbangkan khas dari Jakarta.

Noh Jawab Isu 'Awak Busuk'

“Karyawan yang gila je tak hargai peminat dia.” Begitulah respon Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh apabila ditanya mengenai sikap biadapnya menulis ‘Awak busuk’ kepada seorang pelajar wanita di sebuah majlis anjuran Fakulti Seni Reka dan Bentuk, kursus Diploma Teknologi Fotografi di UNISEL.

Kejadian 29 April lalu telah menimbulkan ketidakpuasan hati warga universiti terbabit sehingga seorang wakil pelajar tampil di Melodi dan akhbar B*Pop untuk menceritakan hal sebenar.

"Saya tak layan isu ini. Saya memang bergurau dengan orang macam itu. Saya pernah tulis lagi teruk dari itu. Kalau tak suka, cakap. Saya boleh tulis yang lain,” ujar Noh ketika ditemui di sesi rakaman Muzik-Muzik baru-baru ini.

Bagi vokalis kumpulan Hujan ini, dia menganggap apa yang berlaku sebagai satu isu kecil yang tidak perlu diperbesar-besarkan.

“Saya bergurau je. Kelab peminat Hujan sendiri, Raingers pun gelak bila dengar isu ini. Orang dah tahu Noh macam mana. Noh nak buat peminat serapat yang boleh dengan Noh. Saya nak orang selesa dengan saya. Itu cara saya. Silap saya buat macam itu dekat orang yang salah.”

Difahamkan, Noh telah dijemput oleh warga universiti terbabit untuk menghadiri satu ‘screening’ yang turut dihadiri tokoh perfileman negara, Senator Tan Sri Dr. Jins Samsudin, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Datuk Yusof Haslam dan Dato' Siti Nurhaliza.

Selain menulis ‘Awak Busuk’ ketika sesi tandatangan, pelajar berkenaan turut memberitahu Noh telah menyebut "Girls kat sini tak cantik, tak cun" pada hari kejadian. Ekoran perbuatan Noh yang dianggap biadap dan keterlaluan itu, warga kampus terasa terhina dan meminta Noh tampil memohon maaf secara terbuka kepada mereka.

“Saya boleh minta maaf tapi itupun sebelum dia keluar dekat televisyen. Perkara ini boleh dibawa berbincang. Dah buat komen macam itu, tak kan saya nak minta maaf.

“Jika mereka datang jumpa Noh, Noh akan minta maaf, tapi mereka tak datang sendiri jumpa Noh,” tegasnya yang nekad tidak akan meminta maaf kepada pelajar kampus terbabit.

“Lebih baik saya buat kerja kat studio dari layan benda macam ni. Saya buat kerja saya je. Biarlah orang menilai saya. Ada masa kita boleh balas, ada masa tak payah. Saya bukan ahli politik yang nak memenangi hati orang, saya hanya ahli muzik yang nak main muzik.’

Terkilan dengan media
Apabila ditanya apa komen Noh mengenai pelajar kampus terbabit yang tampil ke media untuk bercakap mengenai isu ini, Noh menjawab, “Tak sangka ada peminat yang anggap diri mereka macam ‘rock star’, nak dilayan macam VIP.

"Bagi Noh, orang yang nak dilayan sebegitu hanya nak publisiti murahan. Selamat berjaya kerana awak dah glamor masuk televisyen. Benda itu akan makan diri dia balik satu hari nanti.”

Kelakuan Noh yang dianggap ‘gila-gila’ ini sedikit sebanyak telah menjejaskan nama band Hujan sendiri. Salah seorang ahli kumpulan, AG memberitahu mereka memang sudah kenal dan biasa dengan perangai Noh.

“Siapa tak kenal Noh macam tu. Cara dia memang macam tu bila nak kawan dengan orang. Dari dulu lagi dalam band perangai dia memang macam tu. Kami tak nak masuk campur. Benda ini biarlah dia sendiri yang fikir.”

Noh turut melahirkan rasa terkilan kerana ada media yang mengeluarkan cerita ini tanpa bertanyakan hal sebenar kepadanya terlebih dahulu.

“Ada media yang dah keluarkan cerita ini dan hentam saya tanpa tanya saya terlebih dahulu. Itu yang Noh malas nak bagi komen. Dari dulu Noh dah perasan, orang yang bercakap pasal Hujan, mereka tak kenal Noh.

“Lebih baik saya jadi diri saya sendiri. Dengan apa yang berlaku, saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Apa yang boleh saya katakan, tanpa peminat siapalah Noh,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Sesi Karaoke: Semua Finalis AF8 Lepas Geram!

Selama 3 bulan berada di dalam Akademi, dengan mengikuti setiap kelas dan pembelajaran yang berbeza setiap hari, ditambah pula dengan tugasan mencabar yang setiap minggu diberi, tentu tekanannya tak mudah untuk ditangani setiap pelajar Akademi Fantasia ini.

Tidak terkecualilah yang berlaku di kalangan barisan pelajar AF8 pada musim kali ini. Cabaran yang terpaksa mereka hadapi atau lalui pada setiap minggu tetap sama. Tekanan yang diterima daripada pengetua, tenaga pengajar dan pengundi, sentiasa berterusan.

Maka, tidak hairanlah kalau Shahir, Adira, Daus, Maulana, Iwan, Shah, Aliff, Nad, Anum, Ema dan Ain kelihatan seolah-olah seperti orang yang melepaskan geram sewaktu menjayakan acara sesi karaoke sempena meraikan majlis penyampaian hadiah buat 5 pemenang Mencari Bintang Apa Kata M(AKM) di pusat karaoke Neway di Puchong, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dianjurkan portal hiburan murai.com.my, acara yang telah mendapat tajaan daripada Maybelline, RNL Florist serta pusat karaoke Neway sendiri ini telah berlangsung dalam suasana yang cukup sederhana tetapi meriah, santai serta menghiburkan.

Apa tidaknya selain berpeluang berkaraoke bersama kesemua bintang AF8 kecuali Farina yang tidak dapat hadir pada hari itu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kesemua 5 pemenang bertuah beserta 3 pengundi terbanyak serta beberapa peminat terpilih telah berpeluang untuk mendekati serta bermesra dengan mereka ini.

Juara Mencari Bintang AKM, Noorshalina Zainal misalnya telah berpeluang untuk berpadu suara dengan juara AF8m, Shahir menerusi lagu Sanadrkan pada Kenangan yang dipopularkan oleh Jamal Abdillah dan Sarah Raisuddin.

Paduan suara mereka yang cukup serasi itu berjaya mendapat perhatian semua tetamu yang hadir. Malah, ramai yang cuba mengusik-ngusik mereka berdua sebagai pasangan yang konon-kononnya nampak cantik dan secocok.

Paling menarik bila melihat Nad rancak menyanyikan lagu hits Meet Uncle Hussin, Lagu Untukmu. Tiba-tiba, salah seorang daripada pemenang pengundi AKM terus mencelah masuk dan berdiri mendekati Nad untuk sama-sama menyanyikan lagu itu.

Sebelum Nad telah setuju untuk menerima cabaran apabila diminta membawakan lagu Kalis Rindu nyanyian Elyana. Lagu itu cukup sesuai dengan vokal serta karaktornya.

Begitu juga dengan Maulana apabial diminta membawakan lagu I'M Yours daripada Jason Myraz. Lagu ini sangat kena dan sesuai sekali dengan vokal finalis AF8 yang telah mendapat tempat keempat dalam konsert final AF8, baru-baru ini.

Malah, Maulana juga turut membawakan lagu Kasih nyanyian Hetty Koes Endang. Lagu itu telah nyanyikan secara duet bersama peminat setianya. Nampaknya Maulana pun pandai berkeroncong jugak. Al-maklumlah orang Johor.

Selain menyanyikan lagu 'Aku Stacy', Ain terlebih dulu membawakan lagu The Climb daripada Miley Cyrus. Lagu itulah yang telah dibawakan Ain sewaktu pertama kali muncul dalam Konsert Tirai AF8. Agaknya Ain mahu mengimabs semula kenangannya pada waktu itu.

Namun begitu, Ain tidak berani menyahut cabaran untuk membawakan lagu Mengapa daripada Nicky Astria. Alasannya, vokalnya tidak begitu lantang seperti mana Naib Juara AF8, Adira.

Adira yang sentiasa dikurumuni peminat sepertimana Shahir turut membawakan beberapa lagu. Salah satunya daripada ialah Matahari yang dipopularkan Agnes Monica. Ramai yang terpegun bila dengar Adira melontarkan vokal lantangnya itu.

Kakak Adira, Ema pula tak begitu banyak menyanyi.Sikapnya yang malu-malu membuatkan dia lebih senang jadi penonton. Hanya bila acara sudah sampai ke penghujung, barulah Ema bersedia untuk menyanyi.
Sama halnya juga dengan Anum. Dia nampaknya lebih gemar menjadi penyanyi latar. Malah waktu memilih untuk membawakan lagu Pelayaran daripada May, Anum tak mampu menghabiskan nyanyiannya. Sebaliknya, dia memaksa Shah untuk menyanyikan lagu itu bagi pihaknya.
 

Berbeza dengan Shah yang melabelkan dirinya sebagai gila mikrofon. Dialah yang paling banyak menghiburkan tetamu pada petang itu. Macam-macam lagu yang dinyanyikannya termasuklah Anuar Zain dan Samsons. Namun, tak siapa yang peduli Shah nyanyi banyak kali sebab vokalnya memang sedap.
Begitupun, gandingan Shah bersama Iwan, Daus dan Aliff menerusi beberapa lagu Samsons dan Ungu memang cukup sedap didengar terutama apabila mereka melakukan harmonizing. Rasa macam ia sebuah rakaman lagu yang betul-betul. Ditambah pula dengan aksi mereka yang spontan dan gila-gila. Tapi, itulah yang seronoknya. Yang penting, semua orang pun happy.

Apapun, Pertandingan AKM yang telah diadakan sebanyak 2 saringan ini telah diwarnakan oleh Maybelline, ditaja RNL Florist dan dimeriahkan Neway Karaoke sebagai penaja utama. Ia juga adalah salah satu segmen istimewa yang mengisi Slot AF8 @ Murai yang telah berlangsung sejak 13 Mac lalu dan tamat pada 13 April 2010.

Benarkah Kemenangan 6ixth Sense Dirancang?


kemenangan 2 tahun berturut-turut kumpulan 6ixth Sense menerusi lagu paling popular Kemuncak Gah 1 malam tadi menerusi lagu Khatimah Cinta mengundang spekulasi apabila segelintir pihak beranggapan ia adalah keputusan yang dirancang walaupun berulang-kali hos Gah 1, E-One dan Ayeja menyatakan ia dibuat berdasarkan undian penonton.
Sungguh pun begitu, masih ramai yang meragui keputusan tersebut apabila jumlah undian terkini tidak dipaparkan dari saat awal malam kemuncak Gah 1 ini bermula hinggalah saat lagu Tak Mungkin Kerna Sayang nyanyian Alyah diumumkan sebagai juara sedangkan pihak produksi sudah pun berjanji untuk berbuat demikian.
Lebih menimbulkan tanda tanya apabila pasangan hos pada malam itu terlupa untuk mengumumkan waktu undian ditutup padahal kedua-dua mereka sudah pun menyebut bahawa mereka akan memaklumkan perkara itu sebelum keputusan pemenang diketahui. Jadi, apakah benar kemenangan Sixth Sense ini adalah satu komplot yang dirancang oleh pihak penganjur?
Menjawab persoalan ini, penerbit Gah 1, Sarena Mohd Salleh berkata tuduhan serta dakwaan tersebut sama sekali tidak berasas dan tidak benar belaka, namun pada masa yang sama dia mengakui bahawa team prolduksinya banyak melakukan kesilapan dari sudut terknikal.

"Terus-terang saya katakan, kami bukan tak mahu tunjuk peratusan undian yang terkini. Tapi, sebenarnya memanbg ada berlaku masalah ternikal yang tidak dapat dielakkan sepanjang malam kemuncak tadi. Kami minta maaf sangat-sangat. Bagi undian untuk lagu paling popular ini, kami telah pun menutup talian undian sebaik saja berkahirnya persembahan yang terakhir tadi.


"Tentang hos yang berjanji untuk memaklumkan tentang perkara itu pula, mungkin ia disebabkan kami sendir terlepas pandang akan hal itu. Memang kalau mengikut skrip, mereka perlu menyatakan hal ini. Apapun, jika benar kami nak menipu, ia tidak logik langsung. Untuk program mingguan, setiap minggu kami ada menyiarkan peratusan undian. Takkanlah dek kerana kesilapan kecil ini orang terus melabelkan kami menipu.


"Sejujurnya, kemenangan 6ixth Sense bukanlah satu keputusan yang dirancang. Lagu Khatimah Cinta jauh meninggalkan 8 lagu finalis yang lain di mana lagu ini menang dengan peratus undian sebanyak 13%. Dari mula program lagi, lagu ini dengan lagu Stacy bersama Adam iaitu Menggegar Dunia bersaing rapat dan sering kejar-mengejar untyuk meraih kedudukan di tangga pertama dan kedua. Ia diikuti dengan lagu Stacy yang satu lagi iaitu Pakai Buang," jelasnya.


Mengulas mengenai kepuasan penganjuran malam tadi, Sarena tidak dapat menggelak dan menyembunyikan perasaan sedikit kecewa gara-gara masalah teknikal yang berlaku sepanjang siaran langsung disebabkan mereka tiada sesi raptai penuh. Begitu juga dengan ketidak serasian E-One dan Ayeja yang dipadukan sebagai hos bersama.


"Untuk skrip hos, kami memang ada penulis skrip sendiri. Dan saya telah mengarahkan mereka untuk mengikut skrip. Mungkin sebab itulah penonton asyik melihat mereka berdua kerap mengulangi skrip yang sama berikutan kekerapan mereka menegaskan keoada penonton supaya tidak lupa mengundi untuk kategori lagu paling popular bagi setiap segmen.

"Begitu juga dengan skrip yang selalu highlight siapa komposer untuk setiap lagu. E-One adalah hos mingguan kami tetapi Ayeja pula kali pertama diberi tugasan ini. Kami tidak ada raptai penuh dan disebabkan itulah mereka nampak tak serasi kelam-kabut.
"Secara peribadi, apa yang boleh saya katakan adalah kami tak memang cukup masa untuk buat latihan dan raptai. Sebab itu, banyak masalah yang timbul pada saat-saat akhir. Apapun, kami berjaya juga sebab ramai yang turun padang untuj menyaksikan sendiri kemuncak Gah 1 dan kami berharap semua penonton telah berpuas hati," katanya lagi.

Senarai Pemenang Malam Kemuncak Gah 1

Alyah Juara Malam Kemuncak Gah 1

Tahniah buat Alyah yang telan menjadi juara keseluruhan Malam Gah 1 RTM semalam.


Datuk Seri Dr Rais Yatim (dua, kiri) memberi tepukan kepada penyanyi baru, Alyah (kanan) yang muncul juara GAH1 sempena Malam Kemuncak GAH1 di Surf Beach Sunway Lagoon, malam tadi. Turut kelihatan ialah Ajai (kiri) yang merupakan pencipta lagu Tak Mungkin Kerana Sayang – Foto BERNAMA

Penyanyi berbakat besar, Alyah menjadi juara keseluruhan pada Malam Kemuncak Gah 1 musim ketujuh yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, malam tadi.

Lagu Tak Mungkin Kerana Sayang (komposer: Ajai / penulis lirik: Habsah Hassan) dendangan juara pusingan ke-4 itu membolehkannya menjuarai Anugerah Lagu Terbaik Gah 1 dan Anugerah Persembahan Terbaik.
Ini bermakna Alyah mengikuti jejak langkah juara terdahulu seperti Misha Omar menerusi lagu Pulangkan pada musim pertama, Jaclyn Victor (musim kedua), Yazer dan Hazama – Lagu Jiwa Lagu Cinta (musim ketiga), Adibah Noor – Terlalu Istimewa (musim keempat), Ramlah Ram – Ketentuan (musim kelima) dan Meet Uncle Hussain – Lagu Untukmu (musim keenam).

Alyah membawa pulang hadiah berjumlah RM50,000 iaitu RM40,000 untuk Anugerah Lagu Terbaik dan RM10,000 (Persembahan Terbaik) yang disampaikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Barisan juri yang menilai persembahan sekaligus memilih lagu terbaik adalah Johari Salleh, Datuk David Arumugam, Khairil Johari Johar, Adnan Abu Hassan dan Razlan.

Alyah dalam sidang akhbar memberitahu, dia bersyukur atas kemenangan yang tidak dijangkakannya itu.
“Alyah tidak pernah jangka, tidak pernah jangka, tidak tahu nak cakap apa-apa..tak target apa-apa. Saya menyanyi lagu itu kerana ia merupakan lagu terakhir yang akan dipertandingkan. Jadi saya memberikan persembahan terbaik.
“Semasa menyanyi lagu itu, saya bayangkan saya dikenali dengan lagu ini. Bila lagu ini tak dipertandingkan lagi, jadi saya bayangkan macam mana saya boleh naik, dengan promosi dan tak ada duit, dengan susah payah sayalah.. itulah yang memberikan saya kekuatan,” katanya kepada pemberita.

Hampir 10,000 penonton membanjiri taman tema air terbesar negara itu bagi menyaksikan pertandingan berprestij anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) tersebut.

Acara karpet jingga turut diadakan bagi menambahkan kemeriahan majlis itu. Warna jingga dipilih bersesuaian dengan warna rasmi saluran penyiar utama iaitu saluran TV2.

Sementara itu, Misha Omar merangkul anugerah Lagu Terbaik Tempat Kedua menerusi lagu, Cinta Adam dan Hawa (komposer: Azmeer / penulis lirik: Loloq).

Misha yang tidak dapat hadir diwakili oleh Juara Bintang RTM edisi 2009, Nur Ernie Shahirah Zakri atau Ernie untuk membuat persembahan.

Misha memperoleh hadiah sebanyak RM30,000 atas kemenangannya itu.

Dalam pada itu, kumpulan 6ixth Sense mengulangi pencapaian musim lalu apabila sekali lagi menggondol anugerah Lagu Paling Popular Pilihan SMS.

Kumpulan handalan itu meraih habuan bernilai RM20,000.

Selain wang tunai, pemenang bagi setiap kategori turut menerima sijil penyertaan berserta trofi kemenangan.
Sebanyak sembilan lagu tersenarai ke peringkat akhir. Ini termasuklah Cinta Adam Dan Hawa nyanyian Misha Omar, Tak Mungkin Kerana Sayang (Alyah), Rawan (Azharina), Bencinta (Faizal Tahir) dan Rindu Terhenti yang dipopularkan oleh Tomok.

Lain-lain lagu termasuk Khatimah Cinta (6ixth Sense), Pakai Buang (Stacy), Cinta Gila (Grey Sky Morning) dan Menggegar Dunia nyanyian duet Adam dan Stacy.

Lagu-lagu yang dipertandingkan merupakan ciptaan komposer-komposer terkenal tanah air iaitu Ajai, Habsah Hassan, Loloq, Hazami Aubrey Suwito dan Asmin Mudin.