mencari carik..

aku rasa dulu masa aku keje aku ada scan banyak gambar gambar lama.. skunk nie bila aku carik carik balik bolehnya tak jumpa.. tambah tambah ngan pendrive aku hilang.. penat aku scan gambar gambar lama..

carik kat blog pun tak jumpa.. haissyyooo.. nak kena scan balik.. nie yang malas.. baru feel nostalgia tiba tiba benda yang dicarik tak jumpa.. merencatkan mood jer.. hehehehee..

yang aku jumpa gambar masa aku kat high school dulu.. gambar kelas dengan gambar persatuan..



 

ada gambar lain tapi tak jumpa.. hehehee.. kalu nak scan satu2 penat r jgn cakap.. nanti aku carik lagi dalam blog aku..


Zee Avi Ungguli Carta Google Untuk Carian Selebriti Malaysia




Buat yang tak mengenali, Zee Avi nie adalah seorang penyanyi wanita Malaysia kat Amerika sana. Bakat dia dikenal pasti melalui  Youtube selepas dia menguploadkan video nyanyian dia. Pastue memang femes terus la minah sorang nie. Boom boom pow meletup terus. Hangat di pasaran US dan Malaysia. Tahniah kami ucapkan.

Yang seronoknya penyanyi feveret kami si Yunalis Zarai menduduki carta kedua paling ramai dicari oleh anda semua. Tahniah kami ucapkan. Tak sia-sia kami mempromote Yuna. Sememangnya dia hebat dan wajar diwar-warkan ke pelusuk Malaysia.

Untuk senarai penuh Top 10 carian selebriti terbanyak di Google, sila baca artikel ini sepenuhnya:-
P.S: Tiz Zaqyah dapat tempat ke 5 tue beb. Mungkin sebab drama Nur Kasih atau mungkin sebab ramai orang cari gambar bersosial Tiz Zaqyah.


TOP 10 GOOGLE MOST SEARCHED CELEBRITIES
1. Zee Avi
2. Yunalis Zarai
3. Hafiz AF
4. Aril AF
5. Tiz Zaqyah
6. Julie Woon
7. Stacy
8. Tomok
9. Bunkface
10. Linda Onn

*artikel diambil dari beautifulnara.com*


pembetulan dari entri Bacalah Wasiat Ini.. Sumbangan hamba ALLAH "

untuk pengetahuan sebelum nie aku ada post entry bertajuk Bacalah Wasiat Ini.. Sumbangan hamba ALLAH " untuk lebih lanjut klik entry nie..http://normarina.blogspot.com/2009/07/bacalah-wasiat-ini-sumbangan-hamba.html

dan aku ada menerima satu email berkaitan entri aku yang aku post tue.. sama2 kita baca.. 

Salam,
Wasiat ini adalah wasiat palsu sebagaimana telah dikeluarkan fatwanya oleh beberapa pihak dalam dan luar negeri. Di bawah ini dipetik sebahagian fatwa untuk tatapan umum.

Bahagian ketiga: Fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1978


KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:

Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),
adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan
anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim."

Wassalam

sumber : http://www.darulkautsar.com/pemurnianaqidah/umum/suratberantai.htm

p/s: masyaallah.. banyaknya pihak nak jatuhkan umat islam.. walaupun dengan cara halus sekalipun.. astaghfirhalazim.. 

Pencalonan ABPBH09 Dibuka 4 Dis


Mampukah Raja Lawak, Nabil mengekalkan gelaran Bintang Paling Popularnya? Atau adakah Raja SMS, Mawi akan mencipta kejutan besar pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH09) dengan merampas balik takhta yang sudah menjadi miliknya selama tiga tahun berturut-turut dari 2005 - 2007?

Keputusannya di tangan anda. Bermula 4 Disember ini, borang pencalonan pusingan awal untuk ABPBH09 sudah boleh didapati dalam akhbar Berita Harian/Berita Minggu.

ABPBH, anjuran Berita Harian, diadakan setiap tahun dengan tujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air.

Peminat perlu memilih lima calon kesukaan mereka bagi setiap 16 kategori yang dipertandingkan. Borang undian ini mengandungi tujuh kepingan dan peminat harus melengkapkan satu set sebelum menghantarnya kepada penganjur.

Edisi ke-23 ABPBH ini menampilkan satu kelainan, di mana kali ini peminat juga boleh melakukan undian mereka melalui SMS. Keterangan lanjut mengenai undian SMS boleh diperolehi di akhbar Berita Harian.

Pihak penganjur menerima banyak pencalonan daripada syarikat rakaman, syarikat penerbitan filem, stesen TV dan radio untuk artis dan selebriti di bawah naungan mereka. Pencalonan terbuka kepada personaliti, selebriti, pelakon dan penyanyi yang terbabit secara aktif dan konsisten dalam bidang masing-masing untuk tempoh produk yang diterbitkan di antara 1 Januari - 31 Disember 2009.

Sebagai insentif buat peminat, pelbagai hadiah lumayan ditawarkan termasuk dua buah motor GTR 170X sumbangan Naza Bikes Sdn Bhd, pakej melancong 4H/3M ke Bali, Indonesia sumbangan POTO Travel & Tours, pakej rawatan kecantikan dan pelansingan badan sumbangan Slimming Sanctuary serta hadiah berupa barangan bernilai RM50,000 seperti telefon bimbit, iPod, komputer riba, pemain MP4 dan kamera digital.

Menampilkan tema 'Puncak Kegemilangan', ABPBH09 akan berlangsung pada 4 April tahun depan di Arena of Stars, Genting Highlands.

how to make up eyes

When evening calls for a glamorous look, you want to focus on making your eyes amazing. Here's how to apply eye makeup in only 8 steps.

Difficulty: Easy

Time Required: 10 minutes

Here's How:


  1. Prep your eyes with concealer Concealer can be used to cover up undereye circles or just the bluish discoloration just under your inner eye. To cover dark undereye circles, apply three dots of concealer under each eye. Start at the inner corner where skin tends to be darkest, then under the pupil and the third on the outer edge. Pat, never rub with your ring finger (this finger tends to have the softest pad) until it disappears. 
  2. Apply eye base to your lid Eye base is the secret to keeping your shadow in place for hours. Without properly priming your lid first, your eyeshadow will likely end up a greasy line in your crease.
  3. Apply shadow. It's great to use a three-toned shadow and build from lids to brow. Allowing them to blend into each other like a rainbow is gorgeous, according to celebrity makeup artist Mally Roncal. Start with a light color that almost matches your lid. Sweep the color across the lid and up to your browbone. Follow with a medium color across your lid only. Build on this with a darker color in the crease. Blend the colors well.
  4. Follow with eyeliner Dark eyeshadows work great as eyeliners. Wet a slanted brush, then dip in a dark eyeshadow. Line eyes as close to the upper lashes as possible from the inner corner to the outer corner. Follow with liner on bottom eyes, but only line from the middle of the eye out. Smudge the bottom line with a Q-tip or your finger. You don't want a prominent line. For a smokey eye, use a brush to pat in a dark eyeshadow along the upper lid and below the lid. You don't want a stark line, instead you want to blend it so it's 'smudge-y.'
  5. Brighten your eyes with a highlighter This step involves only the inside part of the eye. With a gold or pink highlighter (white is too bright), draw a v-shaped shape that follows the inner corner of your eye from top to bottom. Blend with your fingers. This will help make eyes 'pop.'
  6. Highlight your brow Take the same highlighter and dab it on your browbone, concentrating on your mid-brow outward. Blend with your finger.
  7. Curl lashes An eyelash curler will make even long lashes look more gorgeous. For added effect, you can heat the curler under a blowdryer for a couple seconds. Test curler before applying to lashes because you could burn yourself.
  8. Apply mascara Place the wand of your mascara brush at the bottom of lashes and wiggle back and forth. Follow with another few sweeps of the wand. Apply to bottom lashes as well.


Apa Hubungan Naizle Dengan Stacy?


Penyanyi lagu Pendeta, Aliff Naizal Azizul Mahmud, 24, atau Naizle, awalnya kurang dikenali walaupun lagunya menjadi lagu tema drama Tari Tirana di TV3. Bagaimanapun, Naizle tiba-tiba mendapat perhatian selepas namanya dikaitkan dengan penyanyi lagu Pakai Buang, Stacy. Selain Stacy, Naizle turut diheret dengan gosip yang menuduhnya sebagai punca keretakan rumah tangga pelakon berbakat besar, Wan Sharmila.


Jom ikuti temuramah murai.com.my bersama Naizle, baru-baru ini.


MURAI: Apa komen Naizle tentang peminat yang kecewa dengan persembahan Naizle dikatakan selalu 'pancit' dan tidak sampai key?
NAIZLE: Saya baru 3 bulan jadi penyanyi. Saya minta maaf kalau perkara itu mengecewakan mana-mana pihak. Saya masih baru dan terlalu gemuruh. Inilah pertama kali saya menyanyi depan ramai orang. Sebelum ini pun saya hanya menyanyi dalam karaoke saja. Saya berjanji akan perbaiki mutu persembahan saya.

MURAI: Difahamkan, Naizle keluarkan duit sendiri untuk hasilkan single Pendeta dan video muzik yang akan dilancarkan pada Sabtu ini (5 Disember 2009). Adakah perkara ini membuatkan Naizle bersikap sambil lewa?
NAIZLE: Sebenarnya, saya buat semua ini sebab saya minat menyanyi. Sebelum ini, saya selalu fikir kenapa saya asyik buang duit dengan kerap pergi karaoke. Jadi, apa salahnya saya laburkan duit sendiri untuk buat satu lagu dan muzik video. Untuk itu, saya belanjakan kira-kira RM15,000. Tapi ia bukan duit saya seorang, ia pelaburan saya dan famili.

MURAI: Setakat ini, adakah Naizle rasa berbaloi dengan pelaburan RM15,000 itu?

NAIZLE: Alhamdulillah. Secara jujur saya rasa berbaloi. Apatah lagi ia terpilih menjadi lagu siri Tari Tirana. Saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu produser Tari Tirana mahu gunakan lagu saya. Syukur alhamdulillah dan terima kasih pada semua yang terlibat.

MURAI: Apa perancangan Naizle seterusnya?
NAIZLE: Minggu depan, saya akan masuk studio untuk rakam single kedua. Saya masih gunakan khidmat Omar K sebagai komposer. Untuk lagu ini, melodi dan lirik adalah ciptaan saya sendiri. Tajuknya ialah Tentangmu.

MURAI: Adakah lagu Tentangmu ini berkaitan dengan Stacy yang pernah digosipkan sebagai kekasih Naizle?
NAIZLE: Sebenarnya, hubungan saya  dan Stacy tak lebih dari seorang ahli kelab peminat dengan artis. Saya sendiri tak pernah borak panjang dengan Stacy apatah lagi pergi dating dengan dia.

MURAI: Benarkah selama ini Naizle banyak menaja Stacy?

NAIZLE: Saya tidak pernah taja dia pun. Bila saya masuk meeting dengan fanclub Stacy, saya cuba membantu sikit sebanyak. Saya bukanlah taja sepenuhnya untuk mana-mana program Stacy bersama peminat. Ia sekadar sumbangan saya untuk menolong apa yang mampu. Semua itu hanya salah sangka.

MURAI: Benarkah sebelum ini Naizle tidak menetap di Malaysia dan Stacy adalah gadis Malaysia pertama yang berjaya memikat Naizle?
NAIZLE: Saya baru saja 2 tahun pulang ke Malaysia. Pada 2002, saya tinggal di Australia lebih kurang setahun lebih dan antara 2004 sampai 2006, saya menetap di Jakarta. Sebelum ini saya memang ada awek di Jakarta tapi sebelum pulang ke Malaysia, cinta kami outus. Selepas balik Malaysia, Stacy adalah gadis pertama yang menawan hati saya. Hanya minat bakat dan penampilan dia, bukan bercinta.

MURAI:  Benarkah Naizle berikan hadiah istimewa kepada Stacy semasa hari jadinya ,baru-baru ini?
NAIZLE: Oh... sekadar Teddy Bear berwarna coklat saja.

MURAI: Benarkah Naizle pantang tengok artis cantik dan terus tergoda?

NAIZLE: Sebenarnya, saya tak banyak kawan wanita. Jadi, saya hargai sangat kalau dapat berkawan dengan wanita.

MURAI: Apa yang menyebabkan Naizle tertarik dengan Stacy?

NAIZLE: Saya mengikuti perkembangan Stacy sejak dia masuk AF lagi. Dia seorang yang sangat ceria dan riang. Saya  memang tak suka perempuan yang jenis control cun. Saya jenis hohahoha atau bising. Senang cakap, macam Stacylah.

MURAI: Kenapa setiap kali ditanya tentang Stacy, Naizle seolah-olah mengelak atau takut?
NAIZLE: Saya bukannya takut atau apa-apa. Cuma saya tak mahu orang kenal saya sebab Stacy. Saya tak mahu tumpang populariti Stacy atau mana-mana artis lain. Saya nak berdiri dengan diri saya sendiri.

MURAI: Selain dari Stacy, murai.com.my difahamkan Naizle juga ada kaitan dengan penceraian pelakon Wan Sharmila. Malah ada yang cakap, Naizle orang ketiga dalam konflik itu.
NAIZLE: Peliknya. Ia tidak benar. Sebenarnya semasa saya kenal dengan Wan Sharmila, saya pun tak tahu dia dah kahwin. Itu pun saya jumpa dia bersama semua pelakon Tari Tirana lain.  Saya minat Wan Sharmila sebab lakonan dia saja - tidak lebih dari itu. Saya amat harap kedatangan saya dalam dunia seni ini tidak disalahertikan.

Berikut adalah info pelancaran muzik video Pendeta:

Tarikh: 5 Disember 2009
Masa: 8 malam
Tema: Putih
Lokasi: RESTORAN INTAI-INTAI, Backyard Lot 378, Jln Ampang Ulu Kelang,
Selangor.

Fazura Tengok Pisau Cukur Dengan Tengku?


Jeng... Jeng... Jeng... Ini lagi cerita tentang tengok wayang, tapi bukan pasal Akhil Hayy dan Waheeda  tu. Cerita ini membabitkan pasangan yang masih single lagi dan memang sepadan pun.


Ceritanya, kawan Murai Batu telah ternampak si cantik jelita, Fazura telah keluar menonton wayang dengan seorang kerabat diraja.


Siapa kerabat diraja tu, tak payahlah Murai Batu ceritakan buat masa ini tetapi dia memang jadi idaman ramai gadis. Maklumlah berpendidikan tinggi dan kacak pula orangnya. Memang gentleman habis!


Murai Batu sebenarnya tidak pasti pula sejak bila Fazura intim dengan anak raja ini. Tapi, sumber-sumber yang sahih telah pun melihat kehadiran mereka di pawagam itu.

Amboi, romantisnya, tengok pula filem Pisau Cukur lakonan Fazura sendiri dengan Maya Karin. Jadi mungkin Fazura hendak minta pandangan Tengku tadi tentang kualiti lakonannya.


"Mereka duduk satu baris bersama body guard lagi. Nampak mesra dan sangat bahagia," kata sumber itu. Amboi macam babak dalam filem Kayangan lakonan Fazura dulu sebab ceritanya tentang gadis biasa bercinta dengan kerabat diraja