Tugasan Minggu Ketujuh



Minggu ketujuh, memberikan kelainan daripada minggu-minggu yang lepas. Ini kerana kesemua selebriti yang telah tersingkir berpeluang untuk kembali beraksi bersama-sama pasangan selebriti yang lain demi meneruskan perjuangan disamping mengutip derma untuk badan kebajikan yang diwakili oleh setiap pasangan selebriti Sehati Berdansa.

Kesemua pasangan dikehendaki memilih lagu berdasarkan tema dimingu-minggu yang lepas.Berikut adalah senarai lagu tugasan masing-masing:

Anita - Ajaa Nachle. Untuk mengundi Anita, taip SBMASUK10 ANITA untuk 10 Undian ke 32999
Enot - Lambada. Untuk mengundi Enot, taip SBMASUK10 ENOT untuk 10 Undian ke 32999
Mirna - Volare. Untuk mengundi Mirna, taip SBMASUK10 MIRNA untuk 10 Undian ke 32999
Oshin - Bole Chudiyan. Untuk mengundi Oshin, taip SBMASUK10 Oshin untuk 10 Undian ke 32999
Oidie - Pakai Buang. Untuk mengundi Didie, taip SBMASUK10 Didie untuk 10 Undian ke 32999

Memandangkan mereka dibenarkan memilih sendiri lagu tugasan yang bakal dipersembahkan pada Malam Sehati Berdansa minggu ini, sudah semestinya mereka mempunyai keyakinan yang lebih tinggi berbanding minggu-minggu sebelumnya. Nampak mudah namun bagi pasangan yang sudah lama tersingkir mungkin ini merupakan antara cabaran yang sukar kerana mereka mungkin terlupa apa yang pernah dipelajari oleh mereka sebelum ini.

Selain itu, cara undian juga berbeza berbanding minggu-minggu sebelum ini. Jika dahulu 50% adalah markah keseluruhan adalah daripada juri, manakala sebahagiannya lagi adalah daripada penonton. Akan tetapi untuk minggu ini pula, 100% undian adalah dari anda sendiri. Undian hanya boleh dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas SMS dan andalah yang bakal menentukan pasangan mana yang akan kekal beraksi di lantai sehati berdansa 3 ini.

Mampukah mereka menyahut cabaran ini? Untuk mengikuti perkembangan mereka saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam Isnin hinga Khamis hanya di Astro Ria (saluran 104). Juga jangan lepaskan peluang untuk bersembang bersama Oshin di Astro@15 jam 9.00 malam dan di Butang R (Astro Ria) 9.30 malam.Teruskan mengundi masuk pasangan selebriti pilihan anda kerana peluang hanya datang sekali.

Filem Ho Yuhang Raih Anugerah Di Taiwan


Sekalung tahniah buat pengarah Ho Yuhang.

Filem terbaru anak kelahiran Petaling Jaya ini, 'At the End of Daybreak' berjaya meraih anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di '46th Golden Horse Awards' yang berlangsung sebentar tadi di Taipei, Taiwan buat pelakon veteran Hong Kong, Kara Wai Ying Hung.

Persembahan mantap Wai sebagai ibu tunggal yang juga penagih arak, yang cuba sedaya-upaya menyelamatkan anak lelaki tunggalnya dari dakwaan merogol, berjaya mengenepikan tiga pesaing lain termasuk pelakon terkenal, Zhang Ziyi.

Ini merupakan kemenangan pertama Wai di ‘Golden Horse Awards’. Pada tahun 2003, dia pernah tercalon untuk lakonannya dalam filem ‘Night Corridor’.

Lebih menakjubkan, Wai dikatakan hanya dapat meluangkan masa lapan hari untuk menyiapkan kesemua babaknya dalam 'At the End of Daybreak' kerana jadualnya yang padat.

8TV at PROMAX ASIA AWARDS 2009

8TV DOES IT AGAIN! AT PROMAX ASIA AWARDS 2009
TV Network scored BIG in Asian-level Creative Excellence Awards


8tv wins Asian level creative awards for Best Public Service Announcement for its Merdeka campaign ‘Merdeka Rasa Sayang’. The Asia Promax Award recognizes excellence through its eminent series of awards for outstanding promotions and marketing in electronic media and of creative professionals in motion graphics respectively.



This year, the Promax Asia awarded the 8TV Creative team the Silver Award in a ceremony held in Singapore on November 23rd and 24th 2009.

Produced in time for the Merdeka Day, the award TV campaign, “Merdeka Rasa Sayang’ features a group of multi-racial Malaysian dancers who dances to the beat of ‘Rasa Sayang’ played by a group of musicians from various background.

The dancers, musical instruments and the song that they were dancing to symbolized the 1 Malaysia concept with the message – “We live in different cultures but we dance to the same rhythm”.  This video was aired during  the Merdeka month on 8TV in support of 1 Malaysia campaign.

Despite its young age, 8TV has shown continuous impressive accomplishments with its new direction and marketing approach in promoting their top-rated shows to their target audience.

“It is so exciting to win this award as this is an international recognition for creative work coming from 8TV. This award highlights the young creative team who has been working so hard behind this project.  The Promax Asia win is an indication that we are on the right direction in making world class content.

We are very happy to have such a talented creative team in 8TV!” said 8TV General Manager, Ms. Lam Swee Kim.


 
Mr. Douglas Khoo, Assistant Creative Director of 8TV’s creative team had only positive words for his team members, “I’m really proud of the team for constantly challenging and testing their limits by moving beyond the regional benchmarks in areas of technical competency and creative campaigns.”

“We always believe that working together is better than using just one head with limited plans. Bouncing off great ideas, stretching our boundaries, brainstorming and sharing the creativity process together are the things that get us on the adrenaline rush.” Add Douglas.

8TV also received two Silver awards and the coveted Promo Challenge Trophy at the ASIA/BDA Awards in 2004, two Silver Promax Asia Awards in 2006 for Funniest Spot and Best Public Service Announcement and also Gold for Best Interstial and Silver for Best Drama campaign in 2008

Cara balas jasa pendengar


Radio Fest 2009 di Shah Alam berlangsung dalam suasana penuh meriah apabila 19 stesen radio bergabung tenaga menjayakannya

PADA dasarnya, mereka memang saling bersaing bagi meraih perhatian pendengar. Namun, apabila tiba saja ke bab membantu perkembangan industri radio secara sepadu, 19 stesen radio swasta negara ini utuh bersatu, sebagaimana mereka tunjukkan sewaktu menjayakan Radio Fest 2009 di Shah Alam, baru-baru ini.

Acara yang dianjurkan oleh Persatuan Radio Komersial Malaysia (CRM) itu berlangsung selama dua hari, dengan hari pertama membabitkan penganjuran sukan persahabatan yang hanya dijayakan penggiat industri dan agensi media. Ia dilangsungkan di Bukit Jalil.

Hari kedua pula dipenuhi acara lebih terbuka seperti permainan, pertunjukan silap mata, beberapa pertandingan untuk kanak-kanak, pembukaan gerai serta konsert membabitkan artis dan kumpulan popular tanah.

Artis yang menyemarakkan konsert berkenaan ialah Aizat, Suki, Bunkface, Bittersweet dan Pesawat.

Menurut Presiden CRM, Datuk Borhanuddin Osman, selain Radio Fest, persatuan itu sudah pun merancang pelbagai lagi aktiviti yang membabitkan kesemua anggota CRM, dalam usaha merapatkan hubungan antara radio dan orang awam, serta kalangan penggiat industri itu sendiri.


Antara agenda yang sudah disusun termasuk hari terbuka radio yang berkemungkinan besar diadakan di Astro Bukit Jalil, Disember ini, serta pemberian biasiswa kepada pelajar terpilih, sebagai tanda terima kasih mereka kepada khalayak.

Karnival Radio Fest sendiri julung kali diadakan untuk orang awam, apabila penganjuran pertama dua tahun lalu hanyalah membabitkan tenaga kerja industri itu.

Tidak menghampakan apabila kira-kira 5,000 pengunjung silih berganti memenuhi kawasan Bulatan Bazarena, Stadium Melawati, sejak 10 pagi. Karnival berakhir kira-kira jam 6 petang dengan konsert yang sememang ditunggu-tunggu peminat, apabila mereka sedikit pun tidak berganjak pada ketika hujan turun renyai-renyai.

"Karnival ini boleh dikatakan cara CRM menyampaikan ucapan terima kasih kepada pendengar serta membalas balik sokongan orang ramai kepada kami selama ini," katanya.


Tanpa sokongan kuat pendengar serta pengiklan, Borhanuddin tidak percaya industri itu mampu berkembang pesat sejak kira-kira sedekad yang lalu.

"Bayangkan, 10 tahun lalu, jumlah pendapatan daripada iklan yang diterima oleh radio hanyalah sebanyak 2 peratus. Tetapi kini, dengan meningkatnya kepercayaan pengiklan terhadap industri ini, ia meningkat sehingga 6 peratus. Jumlah itu menunjukkan perkembangan cukup baik buat industri radio di negara kita," ujarnya.

Justeru, Borhanuddin mengalu-alukan kehadiran saluran baru untuk turut sama menyertai persatuan terbabit, seterusnya sama-sama bersaing membangunkan lagi industri berkenaan.

"Kewujudan radio baru tidak pernah menjadi masalah kepada kita. Bukankah jumlah penduduk negara ini sendiri semakin bertambah, jadi, jumlah radio yang ada tidak pernah mencukupi. Lebih-lebih lagi, saluran yang ada tidak sama antara satu dengan yang lain. Radio hari ini mempunyai pengkhususan pendengar mereka yang tersendiri.

"New Zealand mempunyai jumlah radio yang jauh lebih banyak. Dengan penduduk yang hanya sekitar 4.5 juta, jumlah radionya mencecah hingga 200 stesen," kata Borhanuddin.

Sementara itu, Pengerusi Penganjuran karnival, Seelan Paul berkata, CRM sangat komited dengan perkembangan radio, apabila medium komunikasi itu akan menuju era digital dengan kapasiti interaktif yang lebih baik, secara progresif.

"Ketika yang sama, kami amat berharap karnival ini terus mendapat sokongan ramai, bagi membolehkannya menjadi acara tahunan," katanya

Penangan ASK


JUMAAT ini, bakal terjawab segala debaran Anugerah Skrin (ASK) 2009 yang sudah mula terasa bahangnya bagi setiap calon awal yang barangkali nama atau karya serta lakonan mereka sudah disenarai pendek untuk bersaing. Diperkenalkan sejak 1995, ASK terus dianggap antara pemangkin memartabatkan legasi karya tempatan.

Bersempena dengan kehadiran anugerah berprestij itu yang bakal dipancarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menerusi saluran rasminya, TV3, Hip satukan tiga nama besar yang barangkali mempunyai peluang cerah untuk berada dalam kelompok lima terbaik bagi kategori yang dipertandingkan.

Bersesuaian dengan tema, Hikayat Seribu Satu Malam atau Arabian Nights, mereka yang dimaksudkan, Fizz Fairuz, Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi ditampilkan menepati apa yang perlu digayakan pada malam kemuncak itu nanti. Sekali pandang, Fizz dan Fauzi seperti karakter filem Ali Baba Bujang Lapuk, Sinbad dan Aladdin.

Manakala Lisdawati yang masih dalam proses berpantang dan sudi memberikan kerjasama untuk melunaskan sesi fotografi ini cukup anggun seperti watak Marjina di dalam Ali Baba Bujang Lapuk atau Puteri Jasmine (Aladdin). Berbanding Lisdawati, Fizz dan Fairuz agak asing dalam sejarah penganjuran ASK kerana kedua-duanya belum pernah tercalon sebelum ini.

Bagi Lisdawati, namanya sudah beberapa kali terpahat dalam pencalonan ASK, malah namanya pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi drama Miftahul Jamilah pada 2005. Paling jelas, tahun ini juga pasti menyaksikan dia dan suaminya sama-sama berentap jika menjadi finalis.

Potensi Lisdawati yang baru saja melahirkan anak keduanya, Nur Aina Fazneesya, 5 November lalu untuk tersenarai dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dilihat kuat apatah lagi drama lakonannya Terlerai Takbir Kasih arahan Mohd Heykal mempunyai kekuatan tersendiri.

“Jika sebelum ini, nama saya tercalon untuk watak protagonis, tapi tahun ini drama Terlerai Takbir Kasih memerlukan saya menjadi sangat antagonis. Saya tidak menaruh harapan yang tinggi, menang atau kalah itu satu bonus. Memadai kalau sudah tercalon di antara banyak drama dan deretan pelakon yang dipertandingkan,” katanya yang bersalin secara normal untuk anak keduanya itu.

Jelas kelihatan naluri keibuannya cukup terserlah. Malah kemesraan antara dia dan suaminya juga sudah cukup menjadi bukti betapa bahagianya pasangan ini. Biarpun mereka seperti pasangan lain yang tidak lepas diuji kononnya rumah tangga mereka bergoncang.

“Anak ini menjadi bukti menidakkan cakap-cakap orang selama ini. Masa juga berjalan dengan begitu pantas biarpun kami tidak merancang untuk memiliki anak dalam masa terdekat. Semuanya adalah rezeki Yang Maha Esa. Anak sulung kami kini sudah ada teman.
“Untuk anak kedua ini, baru saya mula terasa nikmat dan perit getir melahirkan anak kerana anak pertama dilahirkan secara pembedahan. Seperti biasa kini, saya masih melakukan proses meminum jamu, bertungku dan mengurut,” kata duta Slim World ini.

Rezeki murah sejak beranak

MANAKALA bagi Fauzi Nawawi pula, rezekinya dan isteri juga semakin murah selepas melahirkan anak. Sambil berseloroh dan mengerling ke arah Fizz, Fauzi menasihatkan kepada rakan artis lain untuk cepat kahwin kerana kehadiran anak akan terus menambah seri dan jaminan dalam kehidupan.

“Saya harus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya termasuk kehadiran dua orang cahaya mata kami terus membuatkan saya lebih menghargai kehidupan mendatang. Alhamdulillah, ada saja tawaran berlakon yang datang.

“Ketika ini saya sedang melunaskan baki penggambaran drama Na O Mei bagi siaran TV3 dan sekuel drama Jangan Pandang Belakang untuk RTM. Insya-Allah, saya akan menjalani penggambaran filem Ratu dan Bravo 5 tak lama lagi. Untuk Ratu, inilah kali pertama saya bekerja dengan Prof A Razak Mohaideen.

“Untuk Bravo 5 pula, saya akan berlakon sama dengan Fizz dan penggambaran dijangka bermula pada Februari depan. Kali pertama saya berlakon dengan Fizz ialah menerusi filem Orang Minyak. Harapnya kerjaya saya pada 2010 akan terus murah rezeki,” kata Fauzi.

Mengenai drama Takbir Rindu yang turut tercalon dalam ASK 2009, Fauzi berkata drama yang disiarkan Aidilfitri lalu mempunyai mesej yang kuat terutamanya mengenai kasih bapa dan anak. Dalam drama itu, Fauzi bergandingan dengan Jasmin Hamid yang melakonkan watak sebagai suami yang mengalami tekanan jiwa.

ASK mencari yang terbaik

KEKASIH hati Almy Nadia, Fizz Fairuz pula dilihat antara generasi pelapis yang terus menyemarakkan persada seni. Malah drama Nur Kasih lakonannya sebagai Aidil turut membantu memuncakkan lagi popularitinya.

Kata Fizz yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Jangan Bunuh Matahariku bersama Rita Rudaini, dia sering hadir memberi sokongan kepada majlis anugerah seperti ASK dan bagaimanapun tidak yakin namanya akan tersangkut buat kali pertama untuk pencalonan tahun ini.

“Kalau tercalon, ia pastinya akan terus menjadi motivasi serta bonus buat saya mempamerkan yang terbaik pada masa mendatang. Saingan kali ini pun cukup hebat dan saya tidak meletakkan apa-apa kepercayaan untuk berada dalam kelompok lima terbaik.

“Usia pembabitan seni saya sejak lapan tahun lalu juga masih baru kalau mahu diukur dengan pelakon lain. Kewujudan anugerah seperti ASK ini sebenarnya menjadi nadi penggerak untuk kita sebagai anak seni memberikan serta mendapatkan gelaran yang terbaik dalam setiap produk yang dipertontonkan kepada penonton,” katanya yang turut akan bergandingan dengan Tiz Zaqyah sebagai penyampai trofi.

Untuk ASK 2009, drama Tak Serupa Tapi Sama arahan Murali Abdullah menyaksikan Fizz memegang watak lelaki alim yang terlalu taksub dengan ajaran Islam hingga terpesong dari landasan sebenar. Pada masa yang sama, keluarganya di kampung juga lebih fanatik daripadanya hingga dia mula tersepit dan tersedar dari lamunan.

“Saya tidak mampu menidakkan drama ini juga barangkali boleh memberi saingan sengit untuk berada dalam kelompok kategori Drama Terbaik atau pun Pengarah Terbaik. Kita tunggu saja keputusannya nanti,” kata Fizz yang turut memiliki restoran makanan laut, Kasih Tania Seafood di Ketari, Bentong.

Tambah Fizz lagi, besar kemungkinan dia dan Almy akan menggayakan rekaan Busana Anggun pada 4 Disember ini.

INFO: ASK 2009

  • Tahun ini turut diperkenalkan dua anugerah baru iaitu Videografi Terbaik

    dan anugerah khas juri yang dipanggil sebagai Anugerah Yasmin Ahmad tajaan khas Silky.




  • Antara artis yang dijangka membuat persembahan ialah Datuk Siti Nurhaliza, One Nation Emcees, Misha

    Omar, Jamal Abdillah, Awie, Tia Jinbara, Aizat, Azlan & The Typewriter, Jaclyn Victor dan Black Mentor.




  • 24 anugerah yang dipertandingkan termasuk kategori filem dan drama.




  • Dihoskan Afdlin Shauki dan Fara Fauzana




  • Boleh ditonton di TV3 mulai jam 9 malam atau didengari menerusi frekuensi stesen radio Hot FM




  • (Gossip) Rozita Che Wan Bakal Kahwin Pemain Bola Sepak


    Tiada aral melintang, tup tup keluar pula cerita Rozita Che Wan yang dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang pemain bola sepak yang 15 tahun lebih muda dari’nya, tahun depan. Apa kes?

    Alahai, frust menongeng para VIP & tokoh kenamaan andai kata cerita ini betul-betul berlaku. Bukan apa, sejak kemunculan Rozita dalam industri hiburan, beliau pernah dikaitkan dengan Datuk K, kononnya Datuk K pernah menghadiahkan kereta kepada beliau. Apa-apa sahaja’lah.

    Pemain bola sepak yang dikaitkan dengan Rozita kali ini bernama Mohd. Asrarudin Putera Omar, baru berumur 21 tahun. Kami pun tidak faham dengan taste Rozita. Mungkin beliau sudah muak dengan tipu daya para VIP, maka keputusan’nya mencari lelaki yang lebih ‘innocent’, adalah lebih tepat.

    Kejutan...SB MASUK??



    Minggu keenam,pasangan Didie dan Sham akur dengan keputusan undian apabila mereka terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan selebriti yang lain setelah diumumkan sebagai pasangan yang tersingkir sebentar tadi. Pengumuman itu dibuat oleh Awal Ashaari dalam Debaran Sehati Berdansa secara langsung dari Studio Satu, Bukit Jalil menerusi Astro Ria (saluran 104).

    Dengan penyingkiran tersebut, pasangan Didie dan Sham telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM6000. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada wakil Persatuan Epilepsi Malaysia, Encik Fahrul Ariffin Wan Mansor.

    Bagaikan mati hidup semula, buat pertama kalinya secara tiba-tiba kesemua pasangan selebriti yang telah tersingkir berpeluang untuk meneruskan perjuangan mereka seterusnya menyumbang kepada badan-badan amal yang mereka wakili. Ini bermakna pada minggu hadapan iaitu minggu ketujuh, kelima-lima pasangan yang telah tersingkir sebelum ini mempunyai peluang untuk merebut kembali gelaran Juara Sehati Berdansa musim ketiga.

    Berbeza dengan minggu-minggu sebelumnya, minggu ketujuh hanya pasangan yang perlu diundi masuk sahaja akan membuat persembahan sementara empat pasangan yang masih bertahan akan direhatkan seketika termasuklah talian undian mereka.

    Berbeza dengan undian sebelum ini, kuasa undian 100% terletak di tangan pengundi berbanding sebelum ini yang menggunakan 50% daripada juri dan selebihnya daripada penonton. Anda menjadi juri untuk UNDI MASUK pasangan pilihan anda. Walaubagaimanpun hanya undian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja dibenarkan. Ini bermakna sebarang undian melalui butang R dan talian tetap tidak akan dikira sama sekali.

    Kesemua peserta undi masuk hanya dibenarkan untuk memilih lagu tugasan yang pernah dipersembahkan oleh peserta lain sebagai tugasan mereka pada minggu ketujuh. Bagi pasangan yang berjaya diundi masuk, dana yang berjaya dikumpul bagi badan kebajikan yang diwakili oleh mereka akan bermula dengan nilai RM1000.

    Jadi jangan lepaskan peluang untuk SB MASUK pasangan pilihan anda bermula pada jam 10.30 malam ini kerana peluang hanya datang sekali. Undian anda sangat berharga demi menentukan nasib pasangan selebriti pilihan anda.

    Untuk undi masuk taipkan:

    Taip SBMASUK DIDIE ke 32999
    Taip SBMASUK ENOT ke 32999
    Taip SBMASUK MIRNA ke 32999
    Taip SBMASUK OSHIN ke 32999
    Taip SBMASUK ANITA ke 32999