Pelakon Filem Evolusi KL Drift Dan Tunang Dicekup Kerana Dadah

Tuesday, November 09, 2010 marina 0 Comments


pelakon evolusi kl drift kena tahan dadah
Hebat. Memang hebat pelakon filem Malaysia. Mungkin terlalu tertekan dengan kehidupan seorang selebriti,pelakon dari filem Evolusi KL Drift ditahan setelah positif dadah jenis metafetamin. Pelakon tersebut yang telah mengambil dadah sejak 9 bulan lalu telah dicekup bersama tunangnya di sebuah stesen minyak di MR22 ketika sedang tunggu bekalan dadahnya sampai.
Kami masih tak tahu siapakah gerangan artis ini. Katanya dulu dia pernah terbabit dalam sebuah kumpulan muzik yang hanya sempat keluarkan satu album. Lepas tue bertukar menjadi pelakon watak utama untuk beberapa drama dan pelakon pembantu untuk filem. Hint yang diberikan masih belum mampu membuat kami meneka siapakah pelakon ini.
Kami rasa artis-artis Malaysia ini mungkin stress bayaran yang diterima agak ciput menyebabkan mereka menggunakan dadah untuk menghilangkan stress. Untuk artis-artis lain, sila jangan tiru perangai pelakon yang seorang ini. Kalau stress hisaplah shisha. Tak kena tangkap dengan polis. Cuma mungkin kena kanser paru-paru je kot. Hehehe.

0 ayat cinta: