Kata-kata LELAKI & PEREMPUAN: ayat yg sama tp maksud tak serupa!! (^_^)

Friday, November 19, 2010 marina 0 Comments

 1) "Tak payah susah2 datang amik saya, saya boleh pergi sendiri!!!"

Kalu PEREMPUAN yg ckp cmni, maksudnya: Lelaki tersebut hendaklah pergi menjemput pompuan tu dengan kadar segera jika anda tak mahu terjadinya sebarang krisis.

Kalu LELAKI yg ckp cmni, maksudnya: Lelaki tersebut hendaklah menelefon kawan2 lelakinya yang lain dengan kadar segera supaya menjemput beliau sebab pompuan tadi memang takkan datang jemput punya.


2) "Jangan cuba telefon saya dah!!!"

Kalu PEREMPUAN yg ckp cmni, maksudnya: Lelaki hendaklah jangan putus asa untuk menelefon pompuan tu. Buruk akibatnya jika anda tidak menghubunginya.

Kalu LELAKI yg ckp cmni, maksudnya: Sakit jiwa la lelaki tu tadi menunggu pompuan tu untuk menghubunginya.


3) "Saya tak kisah kalau awak tak mahu jumpa saya dah!!!"

Kalu PEREMPUAN yg ckp cmni, maksudnya: Lelaki tadi hendaklah cepat cepat tetapkan masa dan tarikh untuk jumpa pompuan tu tadi. Sebab pompuan tu benar benar nak jumpa ngan lelaki tu tadi.

Kalu LELAKI yg ckp cmni, maksudnya: Lelaki tadi cepat cepat la tetapkan masa dan tarikh nak jumpa jugak. Kalau tak, selamat tinggal la jawabnya!


4) "Takpa, duit takde kita keluar jalan jalan ronda ronda cukup la!"

Kalu PEREMPUAN yg ckp cmni, maksudnya: Lelaki tadi hendaklah membuat budget yang secukupnya, sekurang kurangnya cukup untuk makan.

Kalu LELAKI yg ckp cmni, maksudnya: Lelaki tadi pun terpaksa buat budget kurang kurang cukup untuk makan. Dan jangan lupa, makan siap siap kat umah. Kalau tak nanti, kebulur ler..


5) "Saya benci awak dan tak mau tengok muka awak dah!!!"

Kalu PEREMPUAN yg ckp cmni, maksudnya: Lelaki tu perlu kerja keras untuk memenangi hati pompuan tu semula.

Kalu LELAKI yg ckp cmni, maksudnya: Pompuan tu tak perlu buat apa apa. Cuma tunggu lelaki datang balik!


p/s: dlm byk pkara, mmg laki n pmpuan byk bezanya..walaupn dorg ckp ayat yg sme, tp mksud tetap bbeza..so, utk elakkn salah phm, laki n pmpuan kna la blaja memahami satu sme lain..(^_^)

0 ayat cinta: