Minggu keenam, tema Malam Bollywood telah dipilih untuk menjadi asas kepada koreografi kesemua pasangan selebriti malam ini. Kesemua pasangan telah menerima lagu tugasan masing-masing di dalam Detik Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.
Berikut adalah senarai lagu tugasan masing-masing:
Isma - Jai Ho (AR Rahman – Slumdog Millionnaire)
Sazzy - Twist (Film-Love Aaj Kal)
Sein - Aaja Nachle (Film – Aaja Nachle)
Didie - Ladki Baadi Anjani Hai (Film – Kuch Kuch Ho Ta Hai)
Dira - Bole Chudiyan - (Film – Kabhi Kushi Kabhi Gham)
Bertemakan Malam Bollywood Malam Sehati Berdansa minggu ini dijangka bakal berlangsung dengan begitu meriah. Seperti musim-musim terdahulu, elemen-elemen kreatif di dalam koreografi masing-masing sememangnya dinanti-nantikan.
Mampukah mereka menyahut cabaran ini? Untuk mengikuti perkembangan mereka saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam Isnin hinga Khamis hanya di Astro Ria (saluran 104). Juga jangan lepaskan peluang untuk bersembang dengan pasangan yang tersingkir di minggu kelima, Oshin dan Firdaus esok jam 8.00 malam di Astro@15 dan 9.00 malam di Butang R (Astro Ria).
Oshin adalah peserta yang telah tersingkir akibat daripada kecuaian dan kealpaan anda untuk mengundi mereka. Bantulah pasangan selebriti kegemaran anda di samping membantu mereka mengumpul dana bagi badan-badan kebajikan yang mereka wakili kerana andalah yang menentukan nasib mereka. Jangan berlengah lagi. Undilah pasangan selebriti anda sekarang juga dan bantulah mereka yang memerlukan.
Taip DANSA SAZZY atau DANSA<3/5/10> SAZZY untuk (3/5/10 undian) ke 32999
(Contoh : DANSA5 SAZZY KE 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 untuk 1/ 3 /5 /10 undian & Tekan 8
Tekan Butang R di Astro RIA, pilih SAZZY
Taip DANSA ISMA Atau DANSA<3/5/10> ISMA Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh: DANSA5 Isma Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 5
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih ISMA
Taip DANSA SEIN Atau DANSA<3/5/10> SEIN Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh : DANSA5 SEIN Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 9
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih SEIN
Taip DANSA DIDIE Atau DANSA<3/5/10> DIDIE Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh: DANSA5 DIDIE Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 2
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIDIE
Taip DANSA DIRA Atau DANSA<3/5/10> DIRA Untuk (3/5/10 Undian) ke 32999
(Contoh: DANSA5 DIRA Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730
Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 3
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih DIRA
Pasangan Oshin dan Firdaus akur dengan keputusan undian dimana mereka terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan selebriti yang lain setelah diumumkan tersingkir. Pengumuman itu dibuat oleh Awal Ashaari dalam Debaran Sehati Berdansa secara langsung dari Studio Satu, Bukit Jalil menerusi Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi selepas undian ditutup.
Jika sebelum ini mereka dikatakan sebagai pasangan yang paling comel dan menunjukkan peningkatan dalam persembahan pada minggu lepas, namun nasib mereka tidak begitu baik minggu ini. Oshin dan Firdaus terpaksa akur dengan keputusan pada malam ini.
Walaupun persembahan dan penampilan yang menghiburkan dalam Malam Sehati Berdansa ternyata mereka masih gagal meraih undian daripada peminat Sehati Berdansa. Dengan penyingkiran ini, pasangan Oshin dan Firdaus telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM5000. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada wakil Persatuan Angin Ahmar Malaysia, Lesley Hoh.
Berikut adalah peratusan markah sebelum dan selepas undian di tutup yang diperolehi:
Peratusan markah sebelum undian ditutup:
Sein - 54.99
Isma - 54.65
Sazzy - 53.43
Didie - 52.16
Dira - 50.60
Oshin - 49.51
Peratusan markah selepas undian di tutup:
Isma - 54.99
Sein - 54.52
Sazzy - 53.54
Didie - 51.75
Dira - 51.56
Oshin - 49.18
Bermula minggu hadapan, lima (5) lagi pasangan selebriti akan meneruskan perjuangan mereka di dalam Sehati Berdansa. Jadi jangan lupa teruskan mengundi pasangan selebriti pilihan anda dan jangan lupa untuk bersembang bersama Oshin dan Firdaus pada hari Selasa minggu hadapan bermula jam 8.00 malam di Astro@15 dan di Butang R (Astro Ria).
LAGU Through My Window yang menjadi tema bagi kempen Everyone Connects oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) terus mendapat sambutan hangat terutama golongan muda.
Apatah lagi selepas penyanyi popular Mila, Tomok, Dafi, Shila (One In A Million), Reshmonu, Akim dan Bunkface menampilkan dengan cara tersendiri.
Menerusi kempen ini orang ramai boleh menyanyikan lagu Through My Window dengan cara memuat naik melalui laman web www.everyoneconnects.com.
Selain itu mereka juga boleh mengenengahkan bakat mereka melalui kaunter promosi Everyone Connects yang diperkenalkan oleh TM di tempat-tempat terpilih.
Naib Presiden Pemasaran Kumpulan TM, Sherene Azura Ali berkata, kempen itu setakat ini berjaya mengumpulkan kira-kira 6,600 kreativiti orang ramai melalui video dan audio yang telah dimuat naik dalam laman web berkenaan.
''Jika Mila, Dafi, Shila, Akim, Reshmonu dan Bunkface boleh menyanyi dengan cara mereka, pasti ada ramai lagi yang berada di luar sana boleh mengatasi cara persembahan artis-artis itu.
Kempen ini juga semakin rancak apabila terdapat 17,000 peminat yang mengikuti perkembangannya menerusi laman sosial, Facebook selain radio dan surat khabar," katanya selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang program Ganjaran Call & Win TM 2009, minggu lalu.
Ia bagi menghargai pelanggan TM Homeline yang baru atau sedia ada kerana kesetiaan mereka melanggan perkhidmatan talian tetap di rumah.
Dalam majlis berkenaan, seorang pengetua daripada sebuah sekolah di Tanjung Malim, Perak telah memenangi sebuah rumah dua tingkat unit tepi untuk hadiah utama manakala Mohd. Sazali Sultani, penyelia daripada sebuah syarikat petroleum dan gas dari Sungai Gandut, Seremban memenangi Toyota Vios.
Lima pemenang tempat ketiga milik Patimah Ismail dari Gemas, Negeri Sembilan, Mohd. Rashid Ahmad (Bahau, Negeri Sembilan), Zakaria Kamarudin (Sekinchan, Selangor), Zainab Kassim (Ampang, Kuala Lumpur) dan Ang Chee Keng (Kepong, Kuala Lumpur). Kesemua mereka membawa pulang sebuah motosikal Yamaha Nouvo.
Sementara lapan pemenang lain menerima Macbook dan Sony PlayStation 3
Pelakon Isma Yusof, yang di’tayangkan oleh (Melodi) hari ini bersikap agresif dengan soalan-soalan Michelle yang agak panas. Namun, ramai yang blur dengan isu yang cuba dijelaskan oleh Isma. Kami bongkar arkib lama mengenai Isma, dan ini lah yang kami jumpa.
Al-kisahnya, Isma Yusof pernah membuat pengakuan di KOSMO bertarikh 18 Oktober 2009, mengenai diri’nya yang pernah terlibat dengan dadah. Dia mula terlibat dengan ganja ketika berlakon dalam drama Di Antara Garisan. Ketika itu, diri’nya amat tertekan kerana dituduh gila atau bipolar oleh kawan-kawan, membuatkan dirinya mengambil dadah.
Kata Isma lagi, dia mengaku berada di bawah pengaruh ganja. Tetapi yang lebih menyakitkan hatinya apabila kawan-kawan mula menelefon ibu’nya dan memburuk-burukkan dirinya. ‘Kawan-kawan’ ini datang ke rumah Isma dan kononnya mahu menasihati Isma. Akhirnya ibu’nya datang ke rumah dengan dua orang polis dan membawa dirinya ke hospital. Isma masuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selama tiga hari pada hari raya dan dimasukkan ke dalam wad psikiatri.
Pendapat kami, Isma lebih menyalahkan ‘kawan-kawan’ sebagai penyebab & semua ini berlaku seperti bukan atas kehendak diri’nya. Logik akal, Isma seorang yang matang dan mampu berfikir, semua’nya terserah kepada dirinya. Kami pasti, andai kata Isma seorang yang berprinsip, diri’nya tidak mungkin terjebak dengan dadah.
Wow. Patutlah mamat nie berani lompat ke balkoni semasa dikantoikan tangkap khalwat dengan tunang dia. Rupa-rupanya dia nie pengacara rancangan Pemburu Hantu. Memang jiwa kental dan tabah la. Setakat pegawai-pegawai JAIS tue apa sangat nak ditakutkan. Hantu pun dia dah jumpa. Rileks dan cool jer brother nie.
Mereka yang terlibat tak lain tak bukan ialah Hairi Shahrizal Mustafa, pengacara rancangan Pemburu Hantu dan tunangnya, Ziffa, seorang penolong penerbit rancangan TV. Kami cuba membayangkan macam mana si Hairi nie membalut tubuhnya dengan langsir dan melompat ke balkoni sebelah. Sepatutnya dia tak jadi pengacara rancangan Hantu. Mungkin watak James Bond lebih sesuai dengan diri dia.
Kalau korang nak baca berita penuh, sila baca artikel ini lagi.
Masih segar di’ingatan kami, kira-kira 4 bulan yang lalu, kecoh dengan berita seorang pelakon lelaki drama mistik & seram yang sanggup menyabung nyawa dengan menyeberangi balkoni di tingkat lima ke rumah jiran ketika melarikan diri daripada anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Ketika itu, tiada siapa pun yang tahu akan identiti mereka berdua. Menjadi teka-teki sehingga’lah terbongkar pada hari ini.
Hairi dituduh berkhalwat dengan Ziffa, seorang penolong penerbit TV, yang juga tunangnya, di apartmen sewaan wanita itu yang terletak di Bandar Seri Damansara, Petaling Jaya, antara jam 1.35 hingga 2.07 pagi, pada 30 Mei 2009.
Hakim Syarie, Ghazali menetapkan mereka berdua didenda sebanyak RM2700 atau penjara 3 bulan atas kesalahan yang mereka lakukan. Ketika membaca’kan keputusan mahkamah, Ghazali berkata tindakan Hairi yang sanggup menyeberangi balkoni ke rumah jiran sebelah adalah merbahaya.
Sedikit sedutan kisah lalu.
Hairi dipercayai sudah beberapa kali datang ke apartmen wanita terbabit yang juga tunangnya sejak beberapa bulan lalu, sebelum ditangkap. Malah, ketika ditahan wanita terbabit hanya memakai seluar pendek dan singlet yang menampakkan tubuhnya yang seksi, selain penemuan seluar dan baju pelakon lelaki berkenaan di biliknya.
Penahanan pelakon dan penolong penerbit itu disahkan Ketua Unit Tindakan Khas (UTK) Jais, Shahrom Maarop, yang mengakui pihaknya terpaksa menanti kira-kira 10 minit sebelum wanita terbabit membuka pintu. Beliau berkata, wanita terbabit yang hanya memakai singlet dan berseluar pendek mendakwa tinggal bersendirian di apartmen itu sebelum penguat kuasa melakukan pemeriksaan dalam bilik.
Anggota penguat kuasa yang curiga dengan pengakuan wanita itu menjumpai seluar dan baju yang menunjukkan ada seorang lelaki turut tidur di situ.
Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan seseorang meloloskan diri melalui balkoni apartmen berkenaan yang dipercayai memasuki rumah bersebelahan,” katanya.
Bagi mengelak pelakon terbabit melarikan diri, Shahrom berkata, anggota penguat kuasa Jais bergegas mengetuk pintu apartmen bersebelahan yang dihuni beberapa lelaki warga asing.
Mereka mendapati ada beberapa warga asing dan kelibat seorang lelaki yang hanya menutup dirinya dengan kain langsir berhampiran balkoni. Penguat kuasa menjalankan siasatan terhadap lelaki terbabit yang dipercayai cuba menyamar sebagai warga asing bagi mengelak ditahan.
Bagaimanapun, helah itu tidak menjadi apabila percakapan dan warna kulit pelakon itu berbeza dengan penghuni warga asing di apartmen itu,” katanya.
Selepas menyedari helah tidak menjadi, Shahrom berkata, pelakon terbabit mengaku tidur di rumah wanita yang juga penolong penerbit drama yang dilakonkannya selain mengaku mereka sudah bertunang dan akan bernikah tidak lama lagi. Pelakon terbabit turut mendakwa dia pening selepas selesai sesi penggambaran sebelum datang ke rumah tunangnya yang sebelum ini tinggal bersama seorang lagi rakan wanita di apartmen itu.
Beliau berkata, pasangan terbabit cuba merayu beberapa kali dengan memberi alasan akan berkahwin tidak lama lagi dan terbabit dengan program popular di televisyen. Bagaimanapun, Shahrom berkata, alasan itu tidak diterima kerana ikatan pertunangan bukan tiket untuk melakukan maksiat.
Yang menyedihkan, pelakon itu yang hanya membalut tubuhnya dengan kain langsir sanggup melompat ke balkoni rumah jiran untuk melarikan diri tanpa mengambil kira keselamatan diri. Begitu juga dengan penolong penerbit berkenaan yang berpakaian menjolok mata selain membenarkan tunangnya tidur di rumah itu. Kami masih menyiasat sama ada mereka sudah melakukan perkara yang ‘tidak sepatutnya’ kerana seluar dan pakaian lelaki berada dalam bilik tunangnya,” katanya.
Shahrom berkata, Jais membawa mereka pejabat agama untuk disoal siasat sebelum dibebaskan dengan jaminan.
Pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 29(1) a dan b, Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
Sumber dari OHBULAN
Pelakon Khaidirah Binti Abu Zahar atau lebih dikenali Dira, 25, menafikan sama sekali dia sedang bermusuhan atau perang dingin dengan Sazzy Falak berhubung balas membalas komen dalam laman komuniti Facebook (FB), baru baru ini.
Malalui laman tersebut, Dira yang membuat kenyataan berhubung Sazzy mempertikaikan ada pasangan Sehati Berdansa 3 suka undi bagi diri sendiri, menjelaskan bahawa teks itu tidak ditujukan kepada Sazzy secara khususnya.
"Sebenarnya, saya dan suami langsung tidak pernah membuat undian untuk diri sendiri. Banyak lagi perkara yang saya perlu fikirkan termasuklah latihan, anak mahupun membuat persiapan rapi untuk persembahan setiap minggu.
"Saya tidak pernah bermusuh, dengki mahupun tidak puas hati dengan Sazzy. Kami sudah kenal lama malah sebelum saya menjejakkan kaki dalam dunia lakonan. Memang kami kawan baik. Setiap minggu saya bercakap dengannya.
"Kenyataan yang saya letakkan dalam Facebook itu sebenarnya bukan ditujukan kepada Sazzy tetapi kepada komen-komen yang menuduh saya dengan bukan-bukan. Saya tidak tahulah apa niat Sazzy yang mempertikaikan perkara itu dan kepada siapa dia tujukan. Tapi ramai pengunjung dalam itu sudah menuduh saya.
"Mungkin pada masa tu saya penat dan stress dengan latihan. Jika pengunjung membaca semuanya pasti mereka akan faham. Pada minggu-minggu lalu saya berada di atas, mungkin pasal tu mereka tuduh tapi hari ini saya berada di bawah. Mungkin ini yang sesetengah pihak hendakkan," kata Dira kepada murai.com.my.
Mengikut carta undian sehingga hari ini, pasangan Dira jatuh ke tangga tercorot di bawah Oshin dan Firdaus. Dia yang menjangkakan akan tersingkir pada minggu ini mengakui ada berhasrat untuk sampai ke peringkat akhir bagi membantu badan yang diwakilinya, Persatuan Thalassemia Malaysia.
Dira dan Ash nyata mengambil berat terhadap anggota persatuan itu dan sering berkunjung mahupun bertanya khabar melalui telefon. Malah pagi tadi Dira turut melawat salah seorang pesakit Thalassemia, Zaniel yang kita terpaksa ditahan di Hospital Ampang akibat sesat nafas.
Berikut adalah ulasan Dira dalam blognya selepas menziarahi Zaniel.
"Sesak nafasnya, sesak juga nafasku"
Pagi tadi, sedang bersiap untuk ke sesi latihan Sehati Berdansa, kami dikejutkan dengan perkhabaran yang agak kurang senang. Zaniel, salah seorang pesakit Thalessemia major, yang juga merupakan orang kuat Persatuan Thalesemia Malaysia, yang juga banyak menyokong kami berdua.... mengalami sesak nafas. Beliau telah ditahan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.
Tatkala menerima perkhabaran yang sedemikian, hati Dira terus jadi sayu memandangkan Zaniel antara yang banyak menyokong kami dan dia antara punca yang membuatkan Dira dan suami masih kuat untuk terus berdansa. Berusia 23 tahun, dengan segala kesukaran untuk menyambung nyawa sehingga hari ini.
Dira nampak dari matanya, yang dia mempunyai cita - cita yang sangat tinggi dan semangat yang sangat kuat. Sebab, Dira boleh rasa semangatnya itu. Setiap minggu, tak kira apa, beliau akan datang menyaksikan konsert Malam Sehati Berdansa3. Tidak lengkap tarian kami tanpa menyaksikan lambaian tangan beliau dari sudut penonton di depan kami.
Selepas selesai sesi latihan, Dira dan suami terus bergegas ke Hospital Ampang, melawat Zaniel. Tatkala mata terpaku melihat beliau, hati ini jadi sayu. Seorang budak lelaki yang tanpa jemu menyokong saya dalam lantai SB3, kini terlantar lemah di katil hospital.. Kami sering berbual melalui telefon..
Dalam kesakitan beliau, saya sedar dia juga ingin hidup seperti remaja biasa, walaupun hakikinya, setiap 2 minggu beliau terpaksa bersangkang nyawa mengisi darah. Mamanya, yang juga kami dah anggap seperti mama kami sendiri, akur dengan kehendak Illahi sekiranya apa - apa berlaku ke atasnya sekarang.
Dalam hati saya, Ya Allah, macam mana kau boleh setenang ini???... Mungkin inilah kekuatan yang Dira perlu ada dalam diri tika menempuh segala rintangan yang mendatang. Terus Dira terdetik, kalau nyawa dihujung tanduk boleh dihadapi dengan tenang, kenapa tidak aku hadapi segala caci cerca manusia sekeliling dengan tenang juga??..
Untuk Zaniel, Dira dan Ash akan lakukan yang terbaik lagi dalam Sehati Berdansa3 ini dan apa keputusan yang mendatang, kita akan tetap terus bersaudara.
Baru aku sedar, aku sayang dengan budak ni.. sebab aku tahu dia sayang aku jugak. Dira mendoakan semua yang baik untuk kesihatan Zaniel.
Ya Penciptaku, kuatkan semangat budak ini.
Siapa yang tidak tertawan dengan persembahan Misha Omar di Separuh Akhir Muzik-Muzik malam semalam? Mengenakan baju kebaya perak-firus yang memukau mata, rekaan Saiful Baharin, ditambah pula dengan lenggok badan dan mainan matanya, GUA terpukau melihat Misha mendendangkan lagu "Cinta Adam & Hawa".
Kongsi Misha selepas pengumuman 14 lagu yang berjaya memasuki Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24, dari awal lagi dia berazam memberikan satu persembahan yang "menyamankan". Sebab itu, dari pemilihan pakaian, suara dan personaliti, itulah yang cuba ditonjolkannya.
Dan nampaknya, apa yang diazamkannya itu berjaya. Tatkala ditanya persembahan siapa yang paling sukar dilupai malam tadi, sudah pasti jawapannya, Misha.
Mungkin juga ini terlahir dari keyakinan yang hanya ada pada seseorang artis yang lebih berpengalaman dan sudah dua kali menang di AJL. Tapi diakui Misha, gabrah juga saat menanti pengumuman 14 lagu yang layak ke AJL24. Namun begitu, baginya, lagu tulisan arwah Loloq ini memang layak.
"Saya sempat berbual dengan arwah dan menurutnya, lagu ini mengenai manusia, kembali ke fitrah asal kita, sebagaimana kita diciptakan dan mengaitkannya kepada kehidupan. Siapa Adam untuk kaum Hawa dan sebaliknya. Besar maksudnya.
“Melodinya pula (dari komposer Azmeer) sangat unik dan susah untuk dilagukan. Bukan saja bahagian tinggi tetapi bahagian rendah juga saya perlu berhati-hati," kata Misha yang menjanjikan satu persembahan yang memberi lebih impak ketika di AJL24 nanti agar mesej lagu ini dapat difahami.
Tambahnya lagi, selepas "Cinta Adam & Hawa" berjaya mencipta sejarah di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-16, dia berazam untuk membawanya ke AJL, dan nyata dia telah berjaya.
Bakal bersaing dengan bakat-bakat baru di pentas AJL24 nanti, buat Misha "inilah baru dikatakan industri muzik. Bila orang lama seperti saya dapat berkongsi pentas dengan anak-anak muda, saya rasa bangga. Kira, masih relevan-lah saya walaupun dengan arus muzik baru.
"Bila kita sudah berdiri sebaris dengan mereka, ia bermakna kita ada kekuatan tersendiri. Saya mewakili artis yang mempunyai jati diri. Tak kira apa citarasa baru dalam industri muzik, kita (artis yang lebih berpengalaman) masih ada di sini. Kita tak perlu rasa tergugat. Saya bangga walaupun di celah-celah orang muda."