Awak Busuk, Kata-Kata Noh Hujan Buatkan Awek Unisel Sentap!!!

Rasa nak tergelak pun ada bila baca suratkhabar semalam. Kecoh betul pasal Noh Hujan yang kurang ajar cakap peminat dia busuk.

Alkisahnya awek Unisel nie nak mintak autograph Noh. Maka Noh pun tulislah “Awak Busuk” kat awek tue. Kami percaya yang dia tulis tue sekadar suka-suka dan bergurau je. Tak gitu Noh?

Buat Noh, jadikanlah benda nie pengajaran. Peminat Malaysia nie kebanyakkannya skema-skema belaka. Tak boleh nak bawak bergurau. Tak ada sense of humour. Semua benda pun nak amik serious. Takleh tahan betul isu kecik macam nie pun boleh sampai masuk Melodi gitu. Kira Noh dapat publisiti percuma dan awek Unisel itu confirm femes seantero dunia.

Mungkin Noh boleh gunakan ayat-ayat di bawah masa nak sign autograph nanti:

1. Awak busuk tapi saya memang suka orang yang bau busuk.
2. Awak busuk tapi saya lebih busuk dari awak.
3. Awak busuk. Nanti lepas concert jumpa saya ye. Saya ada deodorant lebih nak kasik awak.
4. Badan awak bau busuk. Tapi saya tau hati awak wangi.
5. Sebusuk-busuk awak, busuk lagi longkang kat sebelah awak tue.
Bak kata Noh di Twitternya, kalau tak boleh gurau pergi surau lah beb!!!

Gotcha! Awal Dan Scha Kantoi Dating Di The Curve Semalam


Menjadi selebriti popular? Lupakan soal privasi.

Kian lama juga tidak kedengaran gossip Scha dan Awal, apa kata kami suam-suamkan sedikit isu berkenaan mereka.

Semalam, seorang pembaca Forum Cari sudah kantoikan sama itu Scha & Awal yang sedang berdating-dating di The Curve, Damansara.

Kata’nya lagi, kedua-dua pasangan ini amat’lah romantik, makan siap bersuap-suap.

Adakah’kah kerana pendedahan Scha di akhbar semalam mengenai teman lelaki membuatkan mereka berdua sudah berani menonjolkan ’sweet moment’ di khayalak ramai?

sepanjang sem 1

emm terasa nak update blog.. tapi tak nak update apa.. hehehee.. ok la.. cerita sepanjang sem 1 aku belajar ea.. yerla masa aku ada kelas aritu aku tak sempat nak update apa2 kan..
sepanjang sem lepas aku rasa seronok sangat sebab aku betul2 rasa kehidupan di kampus.. walaupun fakulti aku kecik jer dan tempat belajar ktorang kat kenanga tak seindah budak2 kejuruteraan tapi yang penting ktorang enjoy..

aku banyak gak join aktiviti yang dianjurkan oleh fakulti macam aku join sukan apb, hari keluarga lg221.. bukan tue jer aku pun jadi ahli sukarelawan universiti-universiti (MASKUM) JPAM.. aku siap g kursus g kat baling kedah.. selama 4-5 hari.. banyak pengalaman menarik.. dan aku tau la macamne nak selamatkan orang dalam keadaan bencana alam.. tapi setakat peringkat 1 jer la pengetahuan tue.. memang menarik..

pastu aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat KO mcm PERSAK.. peh PERSAK nie memang menguji tahan badan.. selama seminggu tiap2 malam wat latihan sume.. memang kurus la aku masa nie.. pastu bila time PERSAK.. dijalankan dekat tasik seksyen 7.. peserta yang mewakili kompeni masing2 kena berlari mengelilingi tasik 1 round pastu kayak 1 round pastu kena berbasikal lepas berbasikal lari lagi 1 round.. betapa penatnye..

aku sampai tak larat da nak lari.. bis wat larian yang terakhir aku terus kiok kejap.. pucat lesi muka.. tapi takper.. pengalaman yang berharga tue.. lagipun aku jadik kurus pun sebab tue gak.. tiap2 malam g latihan pastu balik2 tak makan.. esok pagi g kelas.. makan pun roti jer.. memang tak der selera makan la.. hihihi

memang best la.. pastu time final exam.. emm tekanan ktorang.. yerla ktorang berderet tau exam.. selang sehari jer.. dah la tiap2 paper tue sumenye 4jam kredit.. gler r.. takut gak aku.. mcmne la result aku ea.. hehehee.. moga2 dapat 3.. amin..

so, uols layan la gambar kat bawah nie ea..












sangat memenatkan..

ok.. sori sangat lambat update blog..

semalam aku g kenduri kawen sepupu aku kat segamat johor.. sehari suntuk berjalan.. balik2 da penat.. jadi tak sempat nak update blog..

fuh.. semalam sempat gak pekena mee bandung muar yang sangat sedap.. lmer gler tak makan mee bandung.. akhirnya dapat gak merasa.. hehehee

ha sabtu malam kan konsert akhir af8 kan.. yang penting shahir jadik juara af8.. adira dan maulana pun single dorang best gak.. single adira ku ada kamu... single maulana rsvp.. best.. memang best.. ketiga2 memang best.. tapi maulana tak dapat apa2 hadiah.. sebab dapat no 4.. sian dia..

apa pun semalam adalah sangat penat..

simply siti..

aku skunk slalu dgr org bercerita pasal produk siti nurhaliza.. siti nurhaliza kan ada produk sendiri iaitu simply siti.. aku pegi la watson n guardian nak tengok la produk tue.. fuuhh ramai weh orang tengah usyar produk tue.. aku ngat produk tue mahal.. tapi harga standard macam maybelline la..

meh aku cite sket.. hehehe..

produk siti nie ada dua jenis je skincare dan cosmetic.. kat skincare ada 3 jenis.. c bright, new age dan acne solution.. yang mana 3 jenis ada perbezaan nya.. c bright nie ada mengandungi agen pencerah, new age plak mengandungi agen anti kedut dan acne solution ada mengandungi agen anti akne.. dan di dalam ke3 jenis nue terdapat agen perlindungan UV, pelembab. make up base dan foundation.



disamping produk skincare simply siti ada jgak kosmetik yang khas untuk kulit, mata dan bibir macam eyeshadoq, lipstick, lip gloss. eyeliner. compact powder, two way cake, loose powder, mascara dan blusher .. yang masing2 dinamakan mengikut album siti sendiri sepeti lentera timur, tahajjud cinta dan pancawarna..





macam menarik jer.. aku ngat nk try la produk nie.. macam nk try eyeshadow, lip dan blusher.. so, wait and see..

Kisah Cinta Fasha-Jejai



Daripada pengakuan Fasha Sandha sendiri, dia dan Rizal Ashram Ramli atau panggilan manjanya, Jejai, sudah saling mengenali sejak lima tahun lalu. Tidak diketahui jika ketika itu mereka sekadar kawan ataupun bibit-bibit cinta sudah berputik di antara mereka.

Tetapi pada 20 Jun 2006, yang menjadi pilihan Jejai untuk naik pelamin adalah pelakon comel 'Puteri', Nora Danish. Namun, ikatan yang diharapkan dapat berkekalan hingga ke hujung nyawa mula terlerai walaupun usia perkahwinan baru masuk setahun. Gara-gara orang ketiga, dipercayai Fasha.

Jejai membuat kejutan dengan melawat Fasha di set penggambaran dramanya dengan menaiki helikopterJejai membuat kejutan dengan melawat Fasha di set penggambaran dramanya dengan menaiki helikopter
Perbalahan Nora dan Fasha terbawa-bawa hingga ke perhatian umum apabila di satu majlis, ketika Fasha ingin bersalam dengan Nora, Nora dikatakan telah menepis tangannya.

Akhirnya, perkahwinan yang diraikan bagai nak rak itu hancur apabila Nora diceraikan Jejai dengan talak dua pada Julai 2008. Meskipun ketika itu Nora disahkan hamil tiga bulan.

Ekoran itu, Fasha dikecam hebat walaupun berulang-kali menegaskan, sepanjang Jejai bergelar suami Nora, tidak wujud istilah cinta di antara mereka. Namun, kebenaran kenyataan Fasha dicurigai masyarakat. Apatah lagi dia dan Jejai mula rapat tidak lama selepas itu.

Lebih tepatnya, kira-kira enam bulan selepas perceraian Jejai, yang diakui Fasha sendiri dalam luahannya di MySpace tahun lepas.

"Saya dan Jejai menjadi rapat sejak Januari tahun ini iaitu 6 bulan setelah Nora Danish bercerai. Dia adalah teman rapat saya pada ketika itu. Kami selalu berjumpa dan dia adalah lelaki yang istimewa untuk saya pada ketika itu."

Menambahkan lagi kemusykilan masyarakat terhadap penafian Fasha, tersiarnya gambar-gambar 'kantoi' mereka bersama. Ditambah pula cerita-cerita mulut daripada orang yang pernah terserempak dengan mereka berdua.

Atas alasan terlalu tertekan kerana asyik dipersalahkan sebagai punca perceraian Nora dan Jejai, ditambah pula mama menghalang dirinya daripada terlalu rapat dengan Jejai, Fasha memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan dengan Jejai.

Perpisahan itu hanya bertahan sebulan lamanya, selepas Jejai menghabiskan masa berminggu-minggu untuk memujuk Fasha. Hinggakan dia pernah menunggu Fasha di depan rumah selama empat jam.

Usaha Jejai akhirnya membuahkan hasil apabila Fasha bersetuju untuk kembali berhubung. Tetapi menurut Fasha, tidak lagi wujud hubungan istimewa di antara mereka, hanya sebagai kawan. Itupun sehingga 18 Ogos 2009.

Kemudian, perhatian media dan masyarakat beralih buat seketika daripada Jejai ke Qabil Ambak apabila ekuesterian negara itu tampil di hadapan media untuk mengakui perhubungannya dengan Fasha yang sudah terjalin sejak 2008. Tidak lama selepas Qabil memutuskan hubungan dengan Fasha, muncul pula lelaki misteri yang dikenali sebagai Tan Sri J.

Meskipun dengan kehadiran Qabil dan Tan Sri J, ramai yang mempercayai Fasha sebenarnya masih menjalinkan hubungan dengan Jejai.

Di fasa mengenali satu sama lain
Setelah sekian lama tidak kedengaran sebarang kisah tentang Fasha dan Jejai, pada 1 April lalu, beberapa kepingan gambar mereka berdua di majlis harijadi ke-26 Fasha tersiar. Dedah Fasha sendiri, melalui Twitter-nya, Jejai yang anjurkan 'surprise birthday party' tersebut.

Baru-baru ini, Jejai membuat satu lagi kejutan dengan melawat Fasha di set penggambaran drama bersiri 'Duyung Aridinata' di Pulau Lang Tengah, Terengganu dengan menaiki helikopter. Kira romantik jugalah Jejai ni.

Fasha bagaimanapun, cuba meremehkan kejutan Jejai dengan mengatakan ia "tidak bermaksud apa-apa". Tetapi pada masa yang sama, Fasha mendedahkan kepada Harian Metro, hubungan mereka "masih di fasa mengenali antara satu sama lain".

Bila diamati tindakan Jejai selama ini, sukar bagi sesiapa untuk menyangkal dia sememangnya 'cinta mati' pada Fasha. Tidak menghiraukan persepsi dan kutukan masyarakat terhadap Fasha, diteruskan juga perhubungan mereka. Begitu juga dengan Fasha. Walaupun dikaitkan dengan pelbagai lelaki, di akhir hari, dia tetap setia pada Jejai.

Nora dan Jejai bersama anak sulung mereka, Rayqal ketika majlis cukur jambulnyaNora dan Jejai bersama anak sulung mereka, Rayqal ketika majlis cukur jambulnya
Kalau begitu, dan jika benarlah kedua-duanya masih solo - kerana ada gosip mengatakan mereka berdua ini sebenarnya dalam diam sudahpun berkahwin -  mengapa tidak bernikah sahaja? Dari khabar angin yang sampai ke telinga, kononnya keluarga Jejai tidak dapat menerima Fasha.

Bukannya Jejai tidak pernah melamar Fasha. Dedah Fasha sendiri, pada 3 Januari 2009 Jejai telah melamarnya tetapi lamaran itu ditolak kerana menerima tentangan daripada keluarga Fasha. Tambahnya lagi, dia turut "yakin keluarga Jejai juga tentu tidak suka dengan hubungan ini kerana Jejai sudah punyai seorang anak hasil perkahwinan dengan Nora".

Bagaimana agaknya pengakhiran cerita cinta Fasha dan Jejai? Apakah mereka ini akan disatukan akhirnya? Atau adakah mereka akan terus dengan permainan mereka ni?

Buat pembaca GUA, dapatkah anda menerima penyatuan Fasha dan Jejai ini sekiranya mereka ini ditakdirkan bersama? 



K.I.T.A Sipsnosis

Drama bersiri menarik 13 episod arahan pengarah Michael Ang dan Amo Rizan ini dijayakan oleh pelakon-pelakon jelita yang semakin menjadi sebutan peminat iaitu pengacara dan pelakon yang cukup sinonim dengan watak Dania dalam drama Awan Dania; Scha Alyahya sebagai Kiera yang baru-baru ini turut diumumkan sebagai duta Carefree®; jenama panty liner No. 1 di Malaysia; penyanyi dan pelakon yang digilap bakatnya menerusi program realiti Akademi Fantasia pada musim ketiga; Marsha Londoh sebagai Ilma, pelakon yang juga merupakan pemenang tempat kedua pertandingan Ratu Cantik Malaysia 2007/2008; Dawn Jeremiah sebagai Tania Tan dan juga pelakon baru yang semakin meningkat naik; Wany Osmar yang membawakan watak sebagai Alisa,

Drama K.I.T.A Carefree® ini mengisahkan persahabatan empat wanita jelita iaitu Kiera, Ilma, Tania dan Alisa yang telah terjalin sejak di bangku sekolah lagi. Sewaktu mereka baru meniti usia 16 tahun, mereka telah membuat perjanjian yang mana mereka berikrar akan sentiasa menyokong dan membantu satu sama lain dalam apa jua keadaan. Hari demi hari berlalu. Kini mereka sudahpun dewasa dan masing-masing mempunyai kerjaya yang hebat dalam bidang yang mereka ceburi.

Peranan Carefree® dikait rapat dengan jalan cerita drama siri ini menerusi satu beg Carefree® bercorak daisy tote yang merupakan "beg bertuah" kepada empat watak gadis ini untuk menghadapi cabaran dan dugaan sewaktu membesar. Terdapat beberapa babak dan situasi yang mana beg Carefree® akan muncul pada saat dan ketika yang tidak tepat pada waktunya. Contohnya apabila watak Ilma membawa beg tersebut ke sewaktu menghadiri sebuah temu janji makan malam yang formal, ia secara tidak langsung telah membawa elemen spontan dan gelagat lucu kepada watak tersebut dalam menguatkan jalan cerita drama ini.