Valentine's Day

For my valentine's Day i think i will choose Patrick Dempsey to be my partner for my Valentine's Day.. because for me he was so handsome, cool and romanti.. especially when i saw him in Enchanted with Amy Adams.. i will definitely happy if he will be my partner for valentine's day..

for our valentine's day i  will prepared myself as perfect as i can be.. i want that day be a perfect day and perfect my Valentine's day for the rest of my life.. it was so meaningful for me..

i want my valentines day's be in romantic mood with a candle light dinner and a bucket of roses for me.. it was so happiest and romantic moment that i will remember for ever my life..

i want my valentine day's wil bel remembered forever.. because for me valentine day's it was so special.. and i dont want to miss it.. i really hope if my wish be comes true..

so i hope i will get a pair of ticket to watch Valentine's Day movie..

bukan nya senang..

hohohoho.. lama giler r aku tak menulis di blog aku.. hampir2 aku lupa yang aku ada blog.. hehehee.. so far wat masa nie ok.. semua berjalan lancar.. tak semudah disangka la.. aku ngat belajar bahasa nie senang.. rupanya leh tahan pening gak.. blaja lagi mendalam lagi..

linguistik la.. dan macam2 la.. aku dah dapat da laptop.. ayah aku belikan warna faveret aku.. merah.. hehehee.. bersyukur sangat2 apa yang aku dapat nie.. nie la peluang yang akan aku hargai betul2..

kelas aku kat kolej kenanga.. macam hampeh jer.. dah la tak der aircond.. da macam sekolah punya kelas.. tapi takpa.. yang hasilnya yang bagus.. sem nie leh kata semua kelas aku kat kenanga.. terima jer la seadanya..

aku harap sem nie aku dapat pointer yang bagus.. aku akan score sem nie.. target aku biarlah 3.67.. aku akan wat terbaik..

jom r tengok gambar aku yang terbaru yang dah kurus.. hahahahaa





cukup la dua gambar aku.. tak nampak aku da kurus ke? hahahaa.. series aku da kurus.. suar jeans aku siap ada lebih2 lagi.. hahahaa.. ok la.. tue jer la..

lama giler tak update..

salam uols.. peh aku rasa da berzaman da update blog.. series.. sampai nuffnang aku nye buffered earning pun da takder.. nak cash out baru rm 215..

rasa tak berbaloi jer dgn usaha gigih aku menaikkan nuffnang dengan sepenuh hati ku.. akhirnya terkulai layu begitu saja.. hahahaa.. ayat tak leh tahan.. ayat kena la gempak aku kan amik bahasa.. hahahaa..

ok aku nak cite pengalaman aku kat sini dalam masa 3 minggu nie.. sebenarnya da sebulan da.. masuk mms.. sebenarnya susah giler.. paling susah subjek tatabahasa ngan linguistik.. belajar balik apa yg pernah blaja masa form 6 dulu..

selain itu, asarama yang hampeh.. sket2 nak duit.. ada ke nak daftar laptop pun kena rm 10.. macam hampeh jer..

tue jer la story untuk kali nie..

lama tak online..

sorii sangat.. aku lama tak online.. aku tak dapat nak online sebab aku da masuk belajar.. lepas nie kalau ada masa lebih aku try update blog.. nie pun aku balik umah kebetulan cuti new year..

penat sangat.. baru lepas minggu mesra siswa.. esok kalu aku tak penat aku update apa berlaku dalam masa 4 hari..

k la.. bye..

Sah Awal Ditangkap Kerana Dadah : Ujian Negatif

Expose sangat dengan dunia sosial, Awal Ashaari & Scha ditangkap di sebuah pusat hiburan tanpa lesen di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang. Ketika di’tahan, Awal dikatakan enggan menjalani ujian air kencing, dan usaha untuk menemubual beliau berhubung isu tangkapan ini masih menemui jalan buntu.

Sekarang, siapa sebenar’nya yang lebih ‘moron‘, Awal atau blogger?


Difahamkan, artis Juliana Evans turut ditangkap dalam serbuan tersebut, ujian dadah beliau negatif.

Pengurus Awal menafikan sekeras-keras’nya pembabitan Awal dalam tangkapan tersebut. Tapi lain pula kisah’nya hari ini apabila ada pihak yang mengesahkan Awal memang terlibat, dan berita baik’nya ujian dadah Awal negatif. Sorry wahai cik pengurus, cover line anda tidak berjaya.

Qi, seorang pelakon drama Blogger Boy yang di’tangkap telah diuji positif dadah. Sememang’nya serbuan ini mendapat liputan yang sangat meluas daripada media dan kami akan cuba update segala perkembangan berita ini secepat yang mungkin.

Avatar


Filem:
Avatar

Dibintangi:
Sam Worthington, Zoe Saldana, Michelle Rodriguez dan Sigourney Weaver

Genre:
Pengembaraan / Fiksyen

Ulasan:
Buah tangan terbaru daripada James Cameron ini memang boleh dikategorikan sebagai filem wajib tonton pada tahun ini. Kalau dulu pengarah hebat ini mempertaruhkan percintaan dua darjat melalui filem box office ‘Titanic’, kali ini beliau mengetengahkan percintaan dua insan dari dunia yang berbeza. Malah, ia dipersembahkan dengan menggunakan teknologi filem terkini.

Anda pasti terpesona  dengan keindahan planet Pandora yang penuh warna-warni. Planet yang terletak jauh dari bumi itu memerlukan empat tahun kelajuan cahaya untuk sampai ke situ.  Pandora digambarkan sebagai sebuah planet indah yang masih jauh ketinggalan daripada teknologi. Penghuninya adalah puak asli bangsa Na'vi yang rupa fizikalnya berwarna biru, berketinggian tiga meter dan hidup dengan kepercayaan spritual yang tinggi.

Walaupun filem ini sekadar fiksyen kerana diadun dengan unsur-unsur dogengan, tetapi Cameron cuba menyampaikan mesej yang baik kepada penonton. Malah, mesej yang ingin disampaikan olehnya itu relevan dengan keadaan politik dan krisis ekonomi dunia sekarang ini.

Melalui ‘Avatar’, manusia digambarkan sebagai kumpulan penceroboh yang mahu merampas dan menjajah planet Pandora semata-mata kerana ingin mendapatkan kekayaan mineral yang cukup berharga. Untuk mencapai matlamat, manusia sanggup melakukan apa sahaja, walaupun harus mengorbankan nyawa. Inilah senario masyarakat dunia sekarang ini. Mungkin Cameron mahu lebih ramai yang membuka mata dan menyedari bahawa peperangan atau penjajahan bukanlah jalan terbaik.

Menariknya filem ini, makhluk asing tidak mengancam manusia, sebaliknya manusia yang menjadi musuh kepada mereka. Penonton akan bersimpati dan menyokong makhluk asing ini, bukan membenci. Agak lucu apabila terdapat adegan di mana puak Na’vi mengusir manusia daripada planet Pandora. Apa tidaknya, selalunya kita disajikan dengan filem-filem yang menyaksikan manusia berjaya menumpaskan makhluk asing, tetapi kali ini Cameron melakukan sebaliknya. Satu pendekatan yang cukup bijak.

‘Avatar’ mengambil tahun 2154 sebagai latar zamannya, tiga dekad selepas sebuah syarikat korporat multinasional melakukan perlombongan di planet Pandora. Operasi syarikat ini sampai ke kemuncaknya apabila mereka ingin menguasai galian unobtainium yang amat berharga.

Masalahnya, galian tersebut terletak di bawah pohon raksasa yang menyimpan semangat dan kehidupan puak Na’vi. Malah,  puak Na’vi menganggap pohon itu cukup suci kerana ia merupakan nadi kepada kehidupan mereka. Untuk mendapat galian itu, syarikat korporat itu perlu mengusir puak Na’vi daripada mendiami pohon tersebut. Dengan diketuai oleh Kolonel Miles Quaritch (Stephen Lang) operasi untuk mengusir puak Na’vi pun bermula.

Bagi memastikan operasi tersebut berjaya, mereka menghantar Jake Sully (Sam Worthington), bekas tentera Marin yang lumpuh melalui program Avatar yang membolehkan Jake menyerap ke klon tubuh bangsa Navi bagi mendekati kehidupan puak Na'vi sekaligus membolehkan manusia menguasi puak Na’vi dengan mudah.

Bagaimanapun, keadaan menjadi sebaliknya, apabila Jake mula jatuh hati dengan kehidupan barunya itu. Bahkan, dia juga menyintai Neytiri (Zoe Saldana), anak kepada ketua puak Na'vi. Tindakan Jake ini ternyata bertentangan dengan misi mereka untuk menguasai kumpulan tersebut. Menyedari hakikat itu, Kapten Miles tidak lagi mahu berkompromi dan mula mengerahkan tentera menghalau puak Na’vi.

Info:
Filem yang menelan belanja kira-kira RM1.2 bilion ini mengambil masa yang untuk disiapkan iaitu kira-kira 15 tahun. Skrip filem ini mula ditulis oleh James Cameron pada tahun 1994 dan ia dijangka ditayangkan pada 1999. Bagaimanapun, hasrat itu terpaksa dilupakan oleh Cameron kerana menurutnya teknologi perfileman ketika itu belum dapat merealisasikan filem tersebut. Filem ini diterbitkan dalam versi 2D dan 3D.

RAIKAN 2010 DENGAN PELBAGAI RANCANGAN HEBAT DI TV3!

Tanpa disedari tahun 2009 sudahpun hampir menutup tirainya. Sepantas masa berlalu, pastinya tahun ini melakarkan sejarahnya sendiri dengan pelbagai peristiwa dan kenangan yang harus kita ingati, baik yang positif atau sebaliknya. Khas untuk para penonton setia TV3, jangan lepaskan peluang untuk menonton rancangan-rancangan khas yang telah disusun sempena menyambut kedatangan tahun 2010!

Nantikan debaran tahun baru dengan enam rancangan menarik  bermula malam 31 hb Disember hingga keesokkannya harinya dengan program hiburan sensasi “Melodi Terhangat” diikuti seterusnya program rencana “Inspirasi 2010” dan imbasan kembali peristiwa-peristiwa menarik di dalam “Catatan 2009”. Buat sajian seluruh keluarga, jangan lupa saksikan “Ben 10 – Secret of the Omnitrix”, “The Shaggy Dog” dan “Mr. Bean Holiday”.
Pastikan TV3 pilihan utama stesen televisyen sekeluarga di waktu keraian malam Tahun Baru dan hari-hari berikutnya!

Selamat Menyambut Tahun Baru – 2010 daripada TV3!

ISTIMEWA TAHUN BARU!

“Melodi Terhangat”


Khamis (31 Disember 2009), 10 malam
Tahun 2009 meninggalkan seribu satu kisah segenap industri hiburan kita. Sempena melangkah ke tahun 2010, edisi khas Melodi Terhangat ini akan membawa kita mengingati kembali 10 cerita yang paling panas lagi hangat sepanjang tahun 2009, antaranya, kisah penceraian kontroversial Norman Hakim dengan Abby Abadi dan kisah percintaan Fasha Sandha dengan beberapa selebriti terkenal, antaranya, Qabil Ambak dan bekas suami Nora Danish, Rizal Ramli.


“Inspirasi 2010”

Khamis (31 Disember 2009), 11.00 malam
Inspirasi 2010 yang diacarakan oleh Ally Iskandar dan Aidid Marcello merupakan rancangan tentang sorotan tahun 2009 dan memperkenalkan rancangan-rancangan hebat di TV3 untuk tahun 2010 melalui ulang tayang dan temu ramah. Dedikasi dan ucapan Tahun Baru daripada penonton dan selebriti akan dibaca sepanjang rancangan. Persembahan Faizal Tahir yang memeriahkan pentas Pusat Komersil Mutiara Damansara juga dimuatkan. Terus menonton bersama tetamu istimewa yang turut hadir, Karam Singh Walia, Shamsul Ghau Ghau dan Kenchana Dewi.

“Catatan 2009”

Jumaat (1 Januari 2010), 12.30 pagi
Catatan 2009 mengupas pelbagai cerita dalam dan luar negara yang paling mendapat perhatian sepanjang tahun 2009. Dari agenda politik ke kancah sukan dan dari perkembangan ekonomi ke perihal sosial. Sudut politik membawa cerita tentang Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru, pergolakkan di dalam MCA dan banyak lagi. Kejayaan Malaysia di Sukan Sea di Laos dan pengenalan pasukan Lotus untuk musim baru Formula 1 menjadi fokus sukan. Tidak ketinggalan kisah yang menyayat hati segenap dunia apabila Padang dilanda bencana yang meragut lebih 1000 nyawa. Ikuti banyak lagi peristiwa penting sepanjang 2009!


“Ben 10 – Secret of the Omnitrix”

Jumaat (1 Januari 2010), 10.02 pagi

Di dalam pertempuran dengan Dr. Animo, Ben Tennyson secara tidak sengaja telah mengaktifkan mod letupan diri Omnitrix. Untuk menghalang Omnitrix dari meletup dan seterusnya menyelamatkan dunia, Ben, Gwen, Tetrax dan Gluto mesti mencari pencipta Omnitrix iaitu Asmath. Pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa mereka melalui termasuklah serangan dari Vilgax yang mengakibat kematian Pludo, pembantu kepada Tetrax. Adakah mereka dapat menyelamatkan dunia?

Pelakon: Tara Strong, Meagan Smith, Paul Eiding, Dwight Schultz.



“The Shaggy Dog”

Jumaat (1 Januari 2010), 6.02 petang

Dr. Kozek menculik seekor anjing penggembala biri-biri Tibet yang berumur 300 tahun untuk  mengetahui rahsia panjang umur dan berusaha menghasilkan ubat kekal muda. Malangnya, dia telah menghasilkan mutasi haiwan seperti ular senduk yang mempunyai ekor anjing, katak yang boleh menyalak dan mutasi lain yang mempunyai sebahagian badan anjing. Anjing  tersebut melarikan diri dari makmal dan diselamatkan oleh Carly Douglas (Zena Grey) dan dibawa balik ke rumahnya. Dave Douglas (Tim Allen), Penolong Peguam Daerah mendakwa cikgu Carly yang bertanggungjwab atas letupan makmal Dr. Kozek. Dave membenci anjing dan menghantarnya ke tempat kurungan haiwan. Setelah Dave digigit oleh anjing itu, dia telah berubah menjadi seekor anjing penggembala biri-biri. Barulah Dave mengetahui kebenaran tentang keluarganya dan syarikat ubat selepas itu.


Pelakon: Tim Allen, Kristin Davis, Zena Grey, Spencer Breslin, Danny Glover, Robert Downey Jr.


“Mr. Bean Holiday”

Jumaat (1 Januari 2010), 10.00 malam

Mr. Bean telah memenangi sebuah percutian ke Perancis dan juga perakam video. Selepas tiba di Paris, bahasa Perancis telah menjadi halangan kepada Bean. Dia menghadapi pelbagai masalah hanya untuk menaiki keretapi ke sebelah Selatan di Perancis. Sebelum menaiki keretapi, Bean seronok membuat rakaman video dan telah meminta tolong Emil, seorang pengarah Russia yang sedang dalam perjalanan ke Festival Filem Cannes. Emil telah terlepas untuk menaiki keretapi dan terpisah dengan anaknya Stepan. Bean cuba untuk memujuk  Stepan tetapi keadaan bertambah rumit dan kelam kabut apabila Emil melaporkan anaknya diculik. Malah, Bean juga tercicir duit dompet dan dokumen perjalanan ketika cuba menelefon Emil. Dalam perjalanan ke Cannes, Bean terlibat dalam penggambaran iklan oleh pengarah yang ego, Carson Clay. Akhirnya, Bean dan Stepan telah menumpang Sabine, seorang pelakon muda yang juga menuju ke Cannes untuk menghadiri tayangan ulung filem Clay yang disertai olehnya. Selepas Bean mencuri masuk untuk mencari Emil, imej yang direkod oleh video perakam Bean disiarkan di skrin.

Pelakon: Rowan Atkinson, Steve Pemberton, Lily Atkinson, Preston Nyman, Sharlit Deyzac.