Konsep Arab Pilihan Akhil-Waheeda
KL, 31 OKTOBER 2009: Agak lama menyepi, pasangan pengantin paling kontroversi, Akhil Hayy dan Waheeda akhirnya kembali mendapat perhatian apabila akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka (di sebelah Waheeda) hari ini, bertempat di Shah Alam, Selangor.Majlis itu bakal diadakan di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong, bermula dari jam 12 tengah hari hingga 5 petang nanti. Murai Batu dimaklumkan, pasangan mempelai itu akan mula muncul di depan tetamu majlis sekitar jam 2.30 petang.
Dengar kata konsep majlis itu nanti ialah ala Timur Tengah atau Arab dan ia terhad untuk 1,000 jemputan saja. Tak pastilah nanti adakah ia berkonsepkan macam Mawi & Ekin dulu atau macam Laila & Majnun tapi yang jelas, ia tentu akan mendapat perhatian ramai pihak media tempatan.
Beberapa artis khabarnya telah diundang membuat persembahan dan mereka termasuklah kumpulan In-Team, Far East dan Wildan. Difahamkan lagi, selepas majlis di sebelah pihak perempuan itu, Akhil pula akan membuat satu lagi majlis resepsi untuk orang kampungnyaiaitu Gopeng, Perak pada 7 November nanti.
Harapan Murai Batu agar semuanya akan berjalan lancar dan siapa tahu dalam sedikit masa lagi Waheeda pula akan berbadan dua (entah-entah sedang). Harap-harap, semua kenangan pahit yang pernah terjadi dalam hidup Akhil, Waheeda mahupun Maizawati (bekas isteri Akhil) sebelum ini akan dibuang jauh-jauh dan biarlah mereka tenang menempuh kehidupan seterusnya. Amiiin..
*credit to murai.com*
0 ayat cinta: