Yalal Chin Meninggal Dunia

Saturday, October 16, 2010 marina 0 Comments

Pelakon Yalal Chin Meninggal Dunia

Pelakon drama lelaki yang kita anggap senior dalam industri drama, Yalal Chin atau nama sebenarnya, Yalal Abu Achin telah meninggal dunia jam 12.30 tengah malam tadi. Berita ini dikhabarkan juga oleh rakan artis, antaranya Afdlin Shauki dan Vanidah Imran di status Twitter mereka.
“Salam semua,Seniman Yalal Chin telah pulang ke Rahmatullah.pd jam 12.30 sebentar tadi.AL-Fatihah. He was one of the nicest man / actor i kno” – Afdlin Shauki
“Al-fatihah buat Yalal Chin yg telah pulang ke Rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Amin.” – Vanidah Imran

Allahyarham berasal dari Melaka. Selain berlakon, arwah juga pernah mengarah drama, menjadi pengurus produksi dan jururunding skrip. Pernah berlakon filem Wanita Bertudung Hitam dan filem Paloh sebagai pelakon tambahan. Filem Allahyarham yang masih belum ditayangkan ialah filem Misteri Jalan Lama arahan Afdlin Shauki. Antara telemovie terbaru lakonannya ialah Aku Yang Aku Cari di RTM arahan Arief Kamarhani yang turut berganding dengan Syed Aiman dan Arif Yamin.

Jenazah Yalal Chin dibawa ke Melaka dari HUKM pada jam 3 pagi untuk pengebumian.
Walaupun nama Yalal Chin tidak sehebat Allahyarham M Rajoli dan Allahyarham Din Beramboi, namun lakonan hebatnya menerusi telemovie-telemovie Rashid Sibir sedikit sebanyak memberi impak dalam industri drama tanahair.

Marilah kita sama-sama sedekah Al-Fatihah kepada arwah Yalal Chin. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmat. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham.
Al-Fatihah.
yalal chin

0 ayat cinta: